Najib Gagal Jika Teruskan Tradisi Kepemimpinan Pak Lah
0 Comments
»
Mohd Najib Abdul Razak www.daylife.com |
Kemenangan pencalonan pukul 4:11 petang tadi, melayakkan Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden UMNO.
Kemenangan ini akan diumumkan pada 24 - 28 Disember 2008 ini.
Tetapi kemenangan ini hanyalah rasmi bila Abdullah Ahmad Badawi bersara pada 9 Mac 2009.
Zubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.
Biarlah Abdullah Ahmad Badawi dengan kedegilannya mengelirukan kerana tidak mahu melepaskan kerusi yang didudukinya kini.
Tidak mengelirukan jika Abdullah Ahmad Badawi melakukan pelan peralihan pada 24 - 28 Disember 2008 ini.
Tidak mengelirukan jika Mohd Najib Abdul Razak kekal di jawatan dahulu, dan mengambil masa ini untuk merancang untuk PRU 13.
Dalam perancangan ini Najib dianggap gagal jika meneruskan tradisi kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Kerana Abdullah Ahmad Badawi dari persepsi ramai dan banyak pihak ialah pemimpin paling teruk dan paling buruk dalam sejarah kepemimpinan negara.
Abdullah Ahmad Badawi bukan teladan. Jadikanlah dia sempadan. Kita tidak mahu lagi Malaysia mempunyai pemimpin sepertinya. Cukuplah satu ini. Serik dah!
Jadilah diri sendiri, dan pimpinlah Rakyat dan Negara Malaysia terbaiknya.
Berkaitan:
InsyaAllah, bersambung...mSTAR OnLine Reports:
Ahad November 2, 2008[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Sah! Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mengungguli jumlah pencalonan diterima bagi jawatan Presiden Umno setakat ini, menangani kerusi tersebut tanpa bertanding.
Kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang tadi.
Dengan kemenangan itu, Najib bakal diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno yang baru apabila Perhimpunan Agung Tahunan dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.