Gelombang Rakyat

biGlory - Kompilasi Bahan Setempat - Pada Anda Kenapa Najib Tak Layak Jadi PM..? Malaysiakini

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia




















Pemaju Masyarakat biGlory - Blogger Rakyat

P
rima Maya
- Bloggers Network Selangor @ Malaysia





Tok Iskandar telah bersuara.

Kini peranan kita untuk mempastikan jaminan bahawa Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia selamat.

Khususnya, kita tolak pemimpin dan kepemimpin yang merbahaya.

Jadi ini ialah kompilasi setempat bertujuan mengumpul bahan berselerak di Maya.

Kompilasi setempat ini ialah supaya dapat menjadi rujukan Rakyat Malaysia.

Sila elakkan tuduhan, dakwaan, pra-sangka, atau flaws dan falsehood.

Kita mahukan facts, ya fakta.

Saya mulakan dengan

Kenyataan:

Mohd Najib Abdul Razak Sebagai Presiden UMNO

Undian:

Pilihan Paling Tepat

Pilihan Paling Silap

Entah, Tak Pasti

Sejumlah 132 undi setakat ini.

Pilihan Paling Tepat, 13 undian bersamaan 10 %.

Pilihan Paling Silap 117 undian, bersamaan 88 % (sebelum dibundarkan)

Entah, Tak Pasti, 2 undian bersamaan 2 %.

Soalan seterusnya,

Pada Anda Kenapa Mohd Najib Abdul Razak Tidak Layak Jadi PM..?

Kemukakan bukti ya.

Malaysiakini melaporkan:

Kabinet tunda kenaikan tol di lima lebuhraya
Feb 27, 09 12:53pm

kemaskini 4:48pm Kabinet hari ini menunda keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed semalam.

Bagaimanapun, di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat atau sehingga akhir tahun ini seperti yang diumumkan oleh Mohd Zin.

Seorang Perdana Menteri Malaysia mesti prihatin dalam membuat keputusan supaya tidak dengan sengaja membebankan Rakyat dan Negara.

Tidak molek main-main sepertimana contoh naik dan turun bayaran tol.

Berdasarkan flip-flop keputusan begini, Mohd Najib Abdul Razak tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Kita tolak Mohd Najib Abdul Razak.

Kita mahukan pemimpin dan kepemimpin yang prihatin kepada memanfaatkan khususnya memajukan Rakyat Malaysia, dan Memakmorkan Negara Malaysia.

Kata Tak Nak

Pada Mohd Najib Abdul Razak.

Gambaran buruk dan memalukan Mohd Najib Abdul Razak, Bakal Perdana Menteri Malaysia di WikiPedia:

http://en.wikipedia.org/wiki/Najib_Tun_Razak


Reblog this post [with Zemanta]

Najib Gagal Jika Teruskan Tradisi Kepemimpinan Pak Lah

Mohd Najib Abdul Razak
www.daylife.com

Kemenangan pencalonan pukul 4:11 petang tadi, melayakkan Mohd Najib Abdul Razak sebagai Presiden UMNO.

Kemenangan ini akan diumumkan pada 24 - 28 Disember 2008 ini.

Tetapi kemenangan ini hanyalah rasmi bila Abdullah Ahmad Badawi bersara pada 9 Mac 2009.

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Biarlah Abdullah Ahmad Badawi dengan kedegilannya mengelirukan kerana tidak mahu melepaskan kerusi yang didudukinya kini.

Tidak mengelirukan jika Abdullah Ahmad Badawi melakukan pelan peralihan pada 24 - 28 Disember 2008 ini.

Tidak mengelirukan jika Mohd Najib Abdul Razak kekal di jawatan dahulu, dan mengambil masa ini untuk merancang untuk PRU 13.

Dalam perancangan ini Najib dianggap gagal jika meneruskan tradisi kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Kerana Abdullah Ahmad Badawi dari persepsi ramai dan banyak pihak ialah pemimpin paling teruk dan paling buruk dalam sejarah kepemimpinan negara.

Abdullah Ahmad Badawi bukan teladan. Jadikanlah dia sempadan. Kita tidak mahu lagi Malaysia mempunyai pemimpin sepertinya. Cukuplah satu ini. Serik dah!

Jadilah diri sendiri, dan pimpinlah Rakyat dan Negara Malaysia terbaiknya.


Berkaitan:

mSTAR OnLine Reports:

Mutakhir »
MUKTAMAD, NAJIB MENANG TANPA BERTANDING

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Sah! Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mengungguli jumlah pencalonan diterima bagi jawatan Presiden Umno setakat ini, menangani kerusi tersebut tanpa bertanding.

Kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang tadi.

Dengan kemenangan itu, Najib bakal diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno yang baru apabila Perhimpunan Agung Tahunan dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

InsyaAllah, bersambung...