Gelombang Rakyat

Kerusi Ketua Wanita UMNO - Kesian Shahrizat Siapa Lah Yang Paksa Dia Jadi Pengiya dan Penerima Sahaja

Shahrizat Abdul Jalil tidak boleh berdiam lagi. Dia mesti bersuara. Dia perlu beritahu apa yang sebenarnya berlaku dalam Wanita UMNO supaya ahli parti dan Rakyat Malaysia tahu.

Sebab sejak dahulu dikatakan Shahrizat pemimpin yang lemah, lembik, ikut saha, dan tukang kata iya, walaupun dia tidak bersetuju.

Sampai begitukah grooming ke atas Shahrizat sekiranya dia pemimpin pelapis. Sehingga belum apa pun Kamalia Ibrahim sudah pun kelihatan hebat.

Shahrizat Abdul Jalil tidak boleh duduk dibayangi dan dipayungi pemimpin atasan. Dia perlu menjadi dirinya dan pemimpin sebenar jika pergerakan Wanita UMNO kembali relevan dan mantap.

mSTAR OnLine melaporkan:

PETALING JAYA: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kelmarin mendedahkan pendiriannya mahu mencabar Tan Sri Rafidah Aziz bagi kerusi Ketua Wanita Umno berkata, beliau telah dipaksa untuk menerima pelan peralihan kuasa pergerakan tersebut.

Kesian Shahrizat Abdul Jalil.

Tak ngapa. Apa yang sudah, sudah lah. Kini cerita sedikit apa perjuangan dan hala tuju Wanita UMNO bila Shahrizat Abdul Jalil jadi ketua kelak.

4 comments:

Anonymous said...

nak cerita apa zubli? cerita projek perumahan untuk syarikat island & pininsular la kalau dah dapat kerusi tu,kan ka najib dah announce berapa ratus million punya projek perumahan,tapi dia nanti kena second card lah..!!

tepet said...

hik hik hik.. di pakso...hik hik hik... sapo lah yang pakso tu?.... hik hik hik.. jadi ikhlas ke bekerja nanti atas dasar paksaan.. den kalau keno buat bendo secaro pakso memang buat ala kadar je...

Gelombang Rakyat said...

Haa...

Kan dah pecah lobang.

Pendedahan begini, depa tak boleh sembunyikan lagi.

Tak habis-habis perangai lama.

Bila nak berubah, tak tau Lah.

CucuPakKasim, lagi..?

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

Den kalau ngan pompuan, den tak suko dipakso dan den tak suko memakso.

Bilo sesamo relo, kojo beres hati gumbiro.

Dak gitu?