Gelombang Rakyat

Pahang Daily OnLine - Pos Eksklusif - Contoh Blogger Dedah Kebenaran..!

Syed Hamid Albar
www.bernama.com
Untuk pengetahuan Syed Hamid Albar, pendekatan beberapa blogger yang mendedah kebenaran berdasarkan fakta yang pemimpin UMNO dan kerajaan Barisan Nasional sendiri dedahkan, ada banyak contohnya, dan ini satu daripadanya:

Dari Blog Pahang Daily OnLine:

Sunday, November 23, 2008

Eksklusif: Politik Wang Dalam UMNO, Jika 30% Fitnah Maka 70% Lagi Adalah Benar Belaka !!

KUALA LUMPUR - Di sebalik kecaman lantang pelbagai pihak terhadap amalan rasuah politik dalam UMNO serta peraturan dan tindakan tegas parti bagi membanteras gejala ini, perbuatan ini dikatakan terus berleluasa setiap kali parti itu melalui proses pemilihan pemimpinnya di pelbagai peringkat.
...

[Jika hanya 30% sahaja yang fitnah, maknanya terbukti 70% daripada aduan tersebut adalah benar dan ada bukti belaka. Ini amat berbahaya untuk orang Melayu. parti UMNO sudah rosak dan punah. Politik wang atau hakikatnya adalah "Rasuah" kini menjadi barah dalam diri mereka...

Selanjutnya dan sepenuhnya di sini:

http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/eksklusif-30-aduan-politik-wang-dalam.html


Apa macam Kod Etika Oleh Blogger Untuk Blogger?

Hakikatnya, UMNO perbetul dahulu para pemimpinnya. Buat baik sehingga Blogger pos tidak beretika menjadi tidak laris.

Bila pemimpin UMNO sendiri menunjukkan kelemahan serba-serbi, media dan blogger sekongkolan lapor baik punyia.

Kemudian Blogger Yang Mendedahkan Kebenaran, pos di Blog nya dengan niat nan suci dan murni.

Pelawat dan Pembaca akan tertarik kepada Blogger sebegini, kemudian mula tidak percaya kepada para pemimpin UMNO, dan tidak lagi membaca media dan Blogger pro-UMNO, yang dikatakan Syed Hamid Albar, sebagai yang beretika itu.

Harap Syed Hamid Albar faham. Jika tidak...entah Lah! Nasib kamu ler...

0 comments: