Gelombang Rakyat

Selepas Syed Hamid Disusuli Tindakan Bijak Adnan Yaakob

Syed Hamid Albar
thestar.com.my
Adnan Yaakob
rulers.org
Selepas PRU 12, kerajaan Barisan Nasional terus memperlecehkan Bloggers. Macam-macam nama sindiran diberikan kepada mereka ini yang terdiri daripada kalangan Mak Chik yang tidak ada kerja lain, dan para penganggur yang tiada didikan fofesyenal dalam journalisme.

Mereka yang dikatakan sebagai Beruk ini telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada keputusan PRU 12.

Pun begitu, ada di kalangan mereka yang mencemik Blogger sebagai Beruk, kemudian mereka juga menyertai Bloggosphera. Adakah mereka ini Beruk juga?


Entah Lah

Kesan peranan Blogger kelihatan semakin besar dalam kemenangan Anwar Ibrahim di pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh. Jelas menunjukkan kegagalan berterusan Mohd Najib Abdul Razak untuk memenangkan calon Barisan Nasional.

Kemudian, ketika para pemimpin Barisan Nasional sibuk bercakaran sesama sendiri, jumlah Blogger meningkat untuk memenangkan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 kelak.

Dari ramai yang prihatin, Syed Hamid Albar mendahului senarai dengan mengesyorkan Kod Etika oleh Blogger Untuk Blogger.

Faham-faham ya niat dan maksudnya.

Terkini, pos dari Lawyer Kampung, dan Blog Kerajaan Rakyat adalah berkaitan...

Dari Blog Lawyer Kampung:

Sunday, November 23, 2008

Pahang: State Government-sponsored Bloggers

Pahang government paying pensioners to...

Sambungan di sini:

http://lawyer-kampung.blogspot.com/2008/11/pahang-state-government-sponsored.html
Dari Blog Kerajaan Rakyat:

Penulis Blog Diperlukan - Laptop Dan Alaun Lumayan

Posted by: Kerajaan rakyat // Category: Blogger

Setelah hampir kesemua blog pro gomen tidak...

Sambungan di sini:

http://kerajaanrakyat.com/
Adnan Yaakob
no2umno.wordpress.com
Ertinya, seorang lagi pemimpin yang sehebat Syed Hamid Albar, yakni Adnan Yaakob, telah memulakan siri Blogger Pro-Kerajaan, bermula dengan 3 orang yang telah pun bersara.

Jika dapat URL mereka, sila kongsikan. Walaupun mereka mungkin mengambil masa 3 bulan atau lebih untuk membina blog, sama ada wordpress atau blogspot atau apa yang mereka opsyen.

Boleh dikatakan, Blogger Upahan berkembang sebagaimana dahulu Penulis Upahan wujud dalam menjernihkan imej UMNO.

Sama-sama kita saksikan kemunculan Blogger yang sedemikian itu, di arena yang kita kecimpungi ini. Khususnya pendekatan tulisan mereka bertiga perihal ini...
Adnan Yaakob
no2umno.wordpress.com
InsyaAllah, bersambung...

4 comments:

tepet said...

ado laie kekosongan tak? hik hik hik

Anonymous said...

dulu UITM nk adakan kos utk penulis blog..saya cuba nk mohon.. tapi surirumah tak diterima.

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

Memang bunyinya sedap...

dapat laptop free

dapat elaun.

Tetapi jika pemimpin begini dan blogger begitu, yang tidak diketahui ramai ialah rantai bercangkok duo. Satu dicocok kat hidung satu kat two-eggs.

Membongkok sakit, mendongak apa tah lagi.

Menyapu lagi best. Tak caya tanya Dinsman...

Hahahahaha...

Gelombang Rakyat said...

Oh Kujie ya.

Syaratnya barangkali suripejabat bukan surirumah.

Begitu jugak yang ini kot, mereka cari yang dah pencen belaka.