Gelombang Rakyat

Pak Lah Rafidah Najib Shahrizat - Bagaimana Jadinya?

Abdullah Ahmad Badawi kekal jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Mohd Najib Abdul Razak kekal jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Rafidah Aziz kekal jawatan Ketua Wanita UMNO dan menjawat jawatan Menteri Kanan.

Shahrizat Abdul Jalil kekal jawatan Naib Ketua Wanita UMNO dan menjawat jawatan Menteri.

Sehinggalah selepas PRU 13.

Situasi begitu tidak menjadi kenyataan sepenuhnya.

Kemudian...

Abdullah And Najib
thestar.com.my

Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak akan melakukan peralihan kuasa pada pertengahan 2010.
Rafidah And Shahrizat
kubiac73.blogspot.com

Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil akan melakukan peralihan kuasa pada 1 Jun 2009.

Situasi begitu pun tidak menjadi kenyataan sepenuhnya.

Seterusnya...

Abdullah Ahmad Badawi tidak bertanding jawatan Presiden UMNO, dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia juga, kepada Mohd Najib Abdul Razak pada 9 Mac 2009.

Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil bersetuju peralihan kuasa Ketua Wanita kekal 1 Jun 2009.

Situasi begitu belum menjadi kenyataan sepenuhnya.

Apa yang disaksikan ialah...

Mohd Najib Abdul Razak kini agak selesa bakal menjawat jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia pada 9 Mac 2009. Itu pun jika tiada kemungkinan lain berlaku.

Shahrizat Abdul Jalil akan memberi kata putus sama ada mementingkan suara akar umbi lalu bertanding jawatan Ketua Wanita menentang Rafidah Aziz. Atau, kekal bertanding jawatan Naib Ketua Wanita berhadapan dengan tentangan Kamalia Ibrahim.

Ini baru November 2008. Macam-macam lagi boleh berlaku. Sama-sama kita saksikan pemimpin dan kepemimpin ini dalam peralihan kuasa dan situasi yang menarik dikaji.

1 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Apapun terjadi kita berharap Rafidah, Shahrizat dan Kamalia dapat berbincang baik baik secara makcik makcik kerana Azalina yang berada di antara dua alam (Puteri dan Wanita) serta Puteri Puteri sedang memerhati tingkah laku mereka.

Seluruh rakyat Malaysia juga berharap mereka tidaklah sampai bergaduh tarik tarik rambut atau londeh melondeh sesama mereka kerana kita 'kurang berselera melihat adegan tersebut'.