Pengajaran Kemenangan Obama Di Amerika Untuk Pemimpin Di Malaysia
0 Comments
»
Barak Obama blog.mackburnett.com |
Akan ada satu ketika seorang pemimpin khususnya yang duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia merasakan dirinya sungguh berkuasa.
Dengan kuasa inilah dia melakukan sepenuhnya pelaksanaan untuk memajukan Rakyat dan memakmorkan negaranya Malaysia.
Disusunkan barisan pemimpin yang membentuk pasukan kepemimpinan di peringkat pusat dan negeri yang memanfaatkan Rakyat dalam perkongsian nikmat penuh kemewahan.
Itu satu kelebihan kepemimpinan di Amerika Syarikat. Individu yang terbaik disebut dan dikenang legasinya.
Suasana berubah menjelang Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sehinggalah membawa kepada kepemimpinan terburuk terkini. Ada unsur kelompok menggunakan wang dan menentukan siapa naik ke puncak dan berkuasa.
Mudah cakapnya, beritahu saya apa yang anda mahukan tanpa batas, kami cuma mahu pegang bola anda.
Seronoknya menggelapkan mata. Tahta, Harta dan Wanita, disediakan lumayan tanpa batas.
Jika setakat pegang bola, I Say Man, peganglah.
Namun setiap kali Presiden memilih untuk membuat keputusan bola yang dipegang, dipicit, sehingga jadilah dia patung bernyawa, dan dasarnya ditentukan oleh kelompok yang memicit. Jika berdegil atau belot, diramas.
Ini berlanjutan sehinggalah pemimpin terkini lagaknya seperti ketua polis dunia. Dasar domestiknya menekan dan dasar luarnya menghancurkan.
Sesiapa yang pernah pergi Amerika Syarikat khususnya belajar di sana, akan tersenyum bila mendengar orang berkata, "Amerika Jahat". Negaranyakah? Orangnyakah? Pemimpinnyakah? Sedangkan ada ciri budaya mereka masih terpuji.
Dari seorang menjadi dua, dari dua menjadi pasukan, dan kemudian kumpulan yang besar, mereka mula memanfaatkan Internet dan Blog. Pengaruh mereka cukup kuat dalam mengimbangi pengaruh siapa di belakang Presiden yang memiliki bolanya.
Matangnya mereka ialah melihat trend kepemimpinan dan pemimpin pengganti yang akan meneruskan tradisi haprak, semenjak Perang Dunia Pertama dan Kedua. Mereka melaungkan perubahan.
Apa yang menarik ialah, pertama - pemimpin pengganti yang semacam pemimpin lalu; kedua - pemimpin wanita yang tiada bola; dan Barack Obama yang menerajui kekentalan perubahan.
Perubahan ini bukan perubahan pemimpin sahaja. Tetapi perubahan kepemimpinan. Pemimpin yang akan meneruskan kepimpinan lama, mereka akan gagalkan dan tumbangkan. Sebab itu sokongan besar diberikan kepada Barack Obama, kerana tawaran dirinya sebagai pemimpin dituruti perubahan kepemimpinan termasuklah perubahan besar dasar.
Perubahan begini bukan sahaja memanfaatkan Rakyat dan Negara Amerika, tetapi bakal memberi impak kepada pemimpin dan kepemimpinan dunia.
Hal ini diketahui dan diikuti penuh minat oleh para pengguna Internet dan Blogger di Malaysia. Ada asas nan murni dari pengamal di Amerika Syarikat yang terpercik ke dalam amalan di Malaysia.
Di Malaysia, putaran pemimpin dan kepemimpinan, walaupun lebih kecil, namun ada persamaan dengan yang sedang berlaku di Amerika Syarikat.
Seperkara yang nyata, kita sudah mula kepupusan pemimpin Melayu yang bersifat Malaysia. Pemimpin yang ada ialah kepemimpinan yang melazati kuasa untuk kelompok kecil dan menekan Rakyat Malaysia yang jamak bilangan.
Dalam lalai dan leka itulah, muncul suatu kuasa asas, yakni doa setiap Rakyat Malaysia yang teraniaya, dalam berhadapan dengan pemimpin dan kepemimpinan seronok dalam budaya yang paling tercemar.
Seperti muncul Barack Obama di Amerika Syarikat, maka di Malaysia munculnya Anwar Ibrahim.
Ketika para pemimpin yang sedia ada sudah kehilangan daya, tuju dan arah. Anwar Ibrahim menerajui perubahan. Perubahan itulah rumus yang berjaya menyatukan Parti KeADILan Rakyat, PAS, dan DAP, dalam satu Pakatan Rakyat.
Anwar Ibrahim adalah pembuka pintu kepada kebaikan mengatasi tradisi lapok Barisan Nasional. Menjelang PRU 13, ramai para pengundi muda, mereka tidak punyai ikatan kaum seperti datok mereka. Mereka mengundi pemimpin dan kepemimpinan terpuji. Bukan lagi kerana sekaumnya.
Saifuddin Nasution gerbanginformasi.wordpress.com |
Husam Musa ... anwaribrahimblog.com |
Nurul Izzah Anwar lakaranhatii.blogspot.com |
Lim Guan Eng lot250.blogspot.com |
Ketikamana pemimpin tua yang tidak berguna lagi masih terhegeh-hegeh mempertahankan kelompok kecil mereka. Mengekal kuasa duduk di kerusi demi kelompok terus kekal kecapi nikmat kemewahan kehidupan.
UMNO dan Barisan Nasional akan alami pihak yang kalah besar di Amerika Syarikat.
Barak Obama eebatou.wordpress.com |
Anwar Ibrahim zainulfaqar.wordpress.com |
2008 Nov 6
Barack Obama Vs Husam Musa ~ Malaysiakini
Barack Obama
Sumber Foto: http://pemudabesut.blogspot.com/
Sebelum dan PRU 13, InsyaAllah, kemenangan kepada perubahan murni pemimpin terpuji. Anwar Ibrahim dan rakan pemimpin dari Pakatan Rakyat.