Gelombang Rakyat

Gelut Najib Di Arena Politik Malaysia
























Jika ada pemimpin politik di Malaysia kini yang sedang bergelut sekarang ini, dia ialah Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama: Apa pergelutannya?

Kedua Menarik, siapa pasukan penasihat atau penyumbang informasi kelilingnya?







Memang kini Mohd Najib Abdul Razak tahu dia menduduki kerusi itu yang merupakan kerusi tertinggi kepemimpinan negara.

Namun, jelas sekali Mohd Najib Abdul Razak pun tahu dia bukan pemimpin politik negara satu Malaysia.

Ini jelas dari kedudukan kerusi di Parlimen, kerusi kerajaan negeri, dan sokongan Rakyat yang terbahagi dua. Mohd Najib Abdul Razak dapat sebahagian dari jumlah total.

Tentu ada yang kata, "biasalah itu..."

Pada saya tidak biasa, sebab pembahagian ini, kelihatan lebih ramai memihak kepada Anwar Ibrahim, Para Pemimpin Utama, Menteri Besar, Ketua Menteri, dan ahli parti serta penyokong Pakatan Rakyat. Ya, berbanding Mohd Najib Abdul Razak dan lain-lain kerusi yang didudukinya sebagai ketua.

Maka itu...

1Malaysia dibaca sebagai satu cara pembinaan imej Mohd Najib Abdul Razak.

Ya, satu daripada mimpi fantasinya yang bukan suatu realiti.

Untuk menjadikan erti itu dengan mengisi kekosongan supaya berisi sebagai realiti, Mohd Najib Abdul Razak melakukan dua langkah yakni gerak dan kawal.
Gerak

Geraknya menawan Selangor sepertimana Perak.

Alahai! Membaca pemikiran politik pemimpin baru dalam Pakatan Rakyat, mereka nampak ini "impossible" mengikut congakan logik mereka sendiri-sendiri.

Molek mereka matang segera. Ini politik Malaysia era siapa? Ya...

Era ini YB, kenaifan simpan dahulu dalam poket dahulu, selagi ada pemimpin pihak Barisan Nasional yang berkuasa dan mengguna kuasa itu, usah fikirlah dahulu salah atau benar, itu bukan persoalannya, namun cita politik capai akhirnya.

Tak percaya? Renung alasan insiden arak kepala lembu di Shah Alam. Setaraf tidak alasan itu dengan yang diarak?

Pusing-pusingan alasan diberikan oleh pasukan keliling Mohd Najib Abdul Razak. Mereka itu mudah dikenali, "They are exhausting every possibility, and they shall find one that is probably possible".

Pasukan ini saya sebut sebagai The Grand Design, dengan misi rebut atau rampas, Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Pemimpin Pakatan Rakyat boleh pantas jerit, "No Way!!!".

Pada saya, katalah yang sama, sebelum dan setelah Perak Dirampas.

Ramai tidak menyedari siapa dan di mana dalam struktur kuasa di Perak yang boleh memanfaatkan sesuatu rencana.

Molek Abdul Khalid Ibrahim, dan lain-lain pemimpin peneraju negeri, kaji dan fahami apa yang berlaku kepada Muhammad Nizar Jamaluddin.






Pun begitu, adakah pemimpin Pakatan Rakyat di negeri masing-masing nak tunggu terjadi baru menyusun tindakan. Perhatikan betapa letihnya Muhammad Nizar Jamaluddin nak masuk dewan persidangan DUN.

Lagi, pun begitu, apa yang diinginkan berlaku belum berlaku, dan yang hajat diinginkan terjadi belum terjadi, kerana Mohd Najib Abdul Razak bukan sahaja kekurangan sokongan 1Malaysia, dia juga kekurangan sokongan 1 UMNO dan 1Barisan Nasional.

Walaupun ada kalangan para Menteri dan beberapa organisasi strategik kerajaan dalam kawalan Mohd Najib Abdul Razak, namun dia kehilangan tokoh dari kalangan Vateran UMNO kecuali beberapa yang bergerak dalam NGO. Mohd Najib Abdul Razak juga ketiadaan tokoh politik handal dalam Sayap Wanita. Begitu juga kelihatan berbelah bahagi kepercayaan sebenar dalam pemimpin, pasukan, dan Sayap Pemuda.

Menekan lebih lagi ialah kehebatan rancak pemimpin dan kepemimpinan dalam MCA dan MIC berebut kerusi tertinggi parti. Manakala apa yang boleh diharapkan dari Gerakan dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional. Barangkali bila diarah jala mereka ada tali pancing lilit tin susu kosong sahaja.

Semua ini, setakat kini membantutkan pencapaian manis nak dikecapi Mohd Najib Abdul Razak.

Dia masih bergelut.

Ketika masih ada satu lagi kemungkinan...

















Ini the weakest point dalam kekuatan politik Mohd Najib Abdul Razak.

Sedangkan pemimpin puluhan tahun berpolitik dalam Pakatan Rakyat, mereka tahu apa yang disebutkan di sini, dan pada saya, enjut kembali gerak bulatan padu tuju Putrajaya!

Jom! Kita tawan Putrajaya!!!

Siapkan Piagam Pakatan Rakyat dahulu.

Kemudian informasi akan dikongsi dengan semua, cara bagaimana ini boleh dilakukan sebaiknya, sehingga Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang akan restui ini kerana menepati dilaku langsungkan bertepatan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Demi itu, dua manfaat molek dicapai:

Pertama: Mohd Najib Abdul Razak yang bergelut akan bertambah keliru dan sumbang pula jurus dan langkahnya.

Kekuatan pasukannya akan terbelah dua dari aspek tumpu dan laksana.

Anwar Ibrahim boleh menerajui keyakinan bertambah bahawa usaha pemimpin yang dihilangkan di Selangor dapat dihalang, lompatan bersebab lain-lain pemimpin tidak menjadi kerana yakin setia mereka di negeri lain dikuasai Pakatan Rakyat.

InsyaAllah bersambung...

Kebijaksanaan Pemimpin dan Kepemimpinan Politik Malaysia
























Dari jumlah undi di PRU 12, kita dapat anggarkan sokongan Rakyat kepada bulatan Pakatan Rakyat.

Angka ini mungkin berubah, boleh turun rendah, namun usah terkejut, boleh meningkat berdasarkan paling tidak dua faktor:

01. Pakatan Rakyat ialah bulatan terdiri daripada pemimpin yang hebat dan ke semua prinsip terbaik yang menjadi asas murni ada dalam gabungan ini.

02. Barisan Nasional ialah gabungan parti politik yang bersifat kekelompokan yang dibariskan tidak sama, dalam amalan budaya yang kebanyakannya tidak baik lantaran tidak memanfaatkan Rakyat dalam ertikata sebenarnya, melainkan cakap kosong, dan tidak konsisten pula amalannya.

Rakyat menilai, Pengundi menentukan kerajaan pusat dan negeri.

Ada yang beranggapan pakatan ini ialah untuk menang pilihanraya sahaja, sebab saingan politik utama yang sama.

Kejayaan Anwar Ibrahim diakui menyatukan pakatan Parti Pakatan KeADILan Rakyat - PKR, dengan Parti Islam Se-Malaysia - PAS, dan Democratic Action Party - DAP. Tentulah ini juga kebijaksanaan Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, dan ramai lagi para pemimpin berwibawa dalam ketiga-tiga parti yang bergabung.

Suasana berubah dan menarik sekali ialah kemenangan di PRU 12, di luar jangkaan, dan membolehkan kemenangan Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.

Kemenangan manis.

Semua ini disusuli dengan Anwar Ibrahim bertanding di P 44 Permatang Pauh, dalam laluan ke Parlimen dan ke PutraJaya. Niat ini baik, namun perjuangan ini bukanlah boleh dibiarkan berseorangan, dan beberapa kelemahan teknikal dari aspek strategi.

Saya masih lagi menyokong usaha ini, seandainya pemimpin PAS dan DAP sama berjuang meletakkan seluruh Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Rakyat di PutraJaya yang mampu segera memanfaatkan Rakyat ketika mana yang bengkok diluruskan segera, atas dasar kemurnian Islam, keadilan, dan kesaksamaan Rakyat.

Ini boleh dilakukan sekali lagi.

Jika penting, maka utamakanlah Piagam Pakatan Rakyat, atau Piagam Bulatan Rakyat. Ini akan meningkatkan pakatan ini jauh melebihi barisan sedia ada, dalam menjadi model gabungan parti politik yang istimewa di Malaysia.

Istimewa kerana, ketiga-tiga parti ini tidak mewakili kelompok tertentu di Malaysia. Dasar kepartiannya besar dan lebar mencakupi semua Rakyat berpeluang menyertai.

Cuma, dari aspek teknikal kehalusan amat diperlukan untuk benar-benar menjayakan bulatan Pakatan Rakyat.

Kehalusan ini saya nampak ada pada natijah satu fikir - Anwar Ibrahim, dan Nik Aziz Nik Mat, dan Lim Kit Siang, disokongi para pemimpin dalam setiap parti dalam Pakatan dan Rakyat Malaysia.

Kehalusan ini penting kerana apa juga ketebalan tidak memanfaatkan ahli parti dan Rakyat Malaysia.

Sekarang, mahu atau tidak mahu.

Satu Bulatan Rakyat melalui rombakan tidak berombak, kemudian dimantapkan menjadi satu, mengertikan Reformasi menjadi Transformasi.

Ketika itu UMNO dan Barisan Nasional yang tidak lagi relevan sejak 2003, akan menjadi pembangkang yang kecil dengan perjuangan asal mereka yang tidak akan berubah mungkin untuk 100 tahun lagi.

Mantap! Mantap!! Mantap!!!

UP Malaysia - Untuk Perubahan Malaysia.

Untuk kemenangan paling manis dan paling besar Rakyat Malaysia

Rujukan Lanjut:

Usul Tian Chua dimoleki Nik Aziz Nik Mat

Oleh

Ibnu Hasyim

http://www.ibnuhasyim.com/2009/09/setuju-tubuh-kompenan-pas-sedia.html

Kerajaan Di Malaysia - Antara Barisan Dan Bulatan
























Rakyat sedang menuju PRU 13.

Dalam penujuan ini, mungkin ada pilihanraya kecil, contohnya di Kota SiPuteh.

Seandainya Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) membuat keputusan sebagaimana mulia organisasi ini ditubuhkan, maka keputusan sudah jelas diumumkan.

Andai sekiranya mungkin perlukan pula merujuk terlebih dahulu untuk mendapatkan suruhan, maka setakat ini belum ada pengumuman dibuat, dan kita tidak tahu ada atau tidak Pilihanraya Kecil di DUN ini.

Tungguuuuuu...

Sementara itu, bilamana Piagam terbentuk, besar peluangnya, ada dua pilihan di Malaysia, dan Rakyat boleh memilih sama ada Barisan Nasional, atau Pakatan Rakyat, (Jika saya, saya sebut Bulatan Rakyat).

Barisan Nasional

dan

Bulatan Rakyat

Sebagai permulaan, katakanlah 50 % menyokong Barisan Nasional, dan 50 % menyokong Bulatan Rakyat.

Usahlah khuatir, kerana angka tersebut dijangka berubah-ubah menjelang PRU 13.

Kemenangan berdasarkan ketentuan Pengundi di hari mengundi. Sebab itu penting sangat SPR faham cara laksananya dalam sesuatu pilihanraya. Diharapkan tidak cemar, sepertimana dalam pemutusan calon di N 11 baru-baru ini. Semoleknya organisasi ini, bukan penentu pembentukan kerajaan, malah lebih kepada pengurusan rapi, supaya kerajaan pilihan Pengundi, menang.

Dengan demikian, trend parti politik kini bukan kepada membina angka ahli parti, tetapi mesra Pengundi. Ini terbukti, jumlah ahli parti tidak lagi ada kesetiaan tulen dalam pemangkahan di hari undi. Sebagaimana mantan dan kemantanan pemimpin lalu pernah bersuara perihal sabotaj dalaman. Dan pemimpin dan kepemimpinan kini yang bergelut kerana terjepit dengan drama lompat lompatan.

Maka, ada baiknya, parti politik menjadi organisasi kualiti dan bukan kuantiti. Usaha ialah memberikan khidmat terbaik untuk Pengundi, dan turut mendapat nikmat ialah Rakyat secara menyeluruh. Ataupun memberi khidmat terbaik kepada Rakyat, dan Pengundi adalah termasuk dalamnya sekaligus.

Jika demikian, congakan boleh dibuat akan jumlah pengundian padu, dan pengundian potensi.

Peningkatan kepada dua kategori Pengundi ini, membolehkan sesebuah parti menang di pilihanraya, dan seterusnya membentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Ada yang nampak, Mohd Najib Abdul Razak, UMNO, Barisan Nasional, akan berhadapan dengan Anwar Ibrahim, PKR, Bulatan Rakyat.

1Malaysia

dan

UP Malaysia

Sebagai permulaan, 50 peratus menyokong Najib, dan 50 peratus menyokong Anwar.

Usahlah khuatir, angka ini juga bakal berubah-ubah menjelang PRU 13.

Yang mana satu pilihan kalbu?



















InsyaAllah, bersambung...

biGlory - Pemimpin dan Kepemimpinan Politik Malaysia Satu Imbasan..! Malaysiakini

Zubli Zainordin


P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia



Betul!

Sedar tak sedar, sudah setahun.

PRU 12 8 Mac 2008.

Kini dah 9 Mac 2009.

Mulanya saya memblog di A Total Blog:

Setiap hari 1 pos

Terkini, jumlah pos ialah = 1,111

Setahun, barulah capai hits 100,000.

Kemudian menambah blog ini.

Bermula dengan Satu Blog Total, menjadi BLOW, dan nama terkini biGlory. Namun tidak bertukar ialah Blogger Rakyat.

Setiap hari 1 pos.

Ada hari 20 pos.

Terkini, jumlah pos = 1,500.

Telah Sertai Bloggosphera Sejak 1:37 Pagi, 22 September 2008 Capaian 100,000 hits pada 9:27 Malam, 16 Februari 2009.

Di kedua-dua Blog, asalnya mahu selamatkan Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia, daripada kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi, sebagai pemimpin tinggi, Perdana Menteri Malaysia.

Nothing personal.

Cuma, berpendapat dan sudi berhujjah, Rakyat Malaysia mampu dimajukan, dan Negara Malaysia boleh dimakmorkan, jika Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia Ke-6.

Itu sahaja.

Dulu cukup seronok jika Mohd Najib Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke-5.

Namun, pada 2008 Mohd Najib Abdul Razak, meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang merudum seburuk dan seteruk Abdullah Ahmad Badawi.

Kini, terus merudum lagi barangkali sedang mencipta nama sebagai pemimpin paling teruk dan paling buruk dalam sejarah kepemimpinan negara.

Jika dilihat Episod Perak, dan kewujudan The BN Grand Design, tambah pula condongnya SPRM dan PDRM, dan lain-lain lagi, memang ngeri, Mohd Najib Abdul Razak sebagai pemimpin dan kepemimpinannya.

Former Malaysian Prime Minister, Tun Dr Mahath...Image via Wikipedia


Masih nostalgia dengan Mahathir Mohamad. Dia pun bukannya sempurna. A
da beberapa pandangannya tidak dipersetujui. Namun, Mahathir Mohamad, masih relevan, masih aktif, masih memberi sumbangan, dan saya banyak belajar dari kepemimpinannya. Sebagai pemimpin, Mahathir Mohamad masih World Class.

Kehebatan Mahathir Mohamad, meletakkan dirinya di nombor Wahid, mengatasi Abdul Rahman Putra, Abdul Razak Hussein, dan Hussein Onn.

Sejurus sebelum PRU 12 baru lah saya ikuti perkembangan dan kemajuan Anwar Ibrahim.

Sejak itu, saya merasakan sememangnya Anwar Ibrahim molek menjadi Perdana Menteri Ke-6.

Jika tidak, menjadi Perdana Menteri Malaysia, berikutnya.

Selain Anwar Ibrahim, saya masih minat Nik Aziz Nik Mat. Kepemimpinannya luar biasa hebat.

Disamping itu saya hormat Lim Kit Siang. Konsisten sejak dahulu.

Selepas PRU saya mula melihat kehebatan pemimpin muda dan baru. Seperti Nurul Izzah Anwar, Lim Guan Eng, Husam Musa, Khalid Samad, Saifuddin Nasution, dan ramai pemimpin lagi dalam Pakatan Rakyat.

Terutama Muhammad Nizar Jamaluddin.

Manakala itu, sukar untuk melihat para pemimpin yang perjuangkan Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia, dalam UMNO mahupun dalam Barisan Nasional. Boleh disaksikan, tembolok siapa diisi dahulu.

InsyaAllah, saya ikuti lagi pemimpin dan kepemimpinan politik Malaysia, dan bagaimana setiapnya mempengaruhi Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia.

Di Malaysiakini:

  • 2008: Kelahiran baru nasionalisme
    Mar 8, 09 9:00pm
  • Sempena kejayaan 8 Mac 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tsunami politik yang melanda negara setahun lalu sebagai "satu kelahiran baru nasionalisme".LAGI
  • Jurang miskin-kaya meluas
    Kerajaan Pakatan berjalan baik

Bersambung...

Reblog this post [with Zemanta]

BiGlory - Pidato Ketuanan Rakyat Oleh Pejuangnya Anwar Ibrahim...! Malaysiakini

ANWAR IBRAHIMImage by KamalSell via Flickr










08
Mar
09

Siaran Langsung Pidato Kebangsaan “Ketuanan Rakyat”

Siaran Langsung Pidato Kebangsaan “Ketuanan Rakyat”

Butiran program:
Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 4.30 petang
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
http://www.justin.tv/tvantara

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Malaysiakini:

  • One year later, lessons for Pakatan
    Ong Kian Ming | Mar 8, 09 10:34am
  • March 8 anniversary If the opposition parties are not careful, the politics of patronage that has weakened the BN over the years might afflict it, sooner rather than later.MORE
  • Institutional safeguards needed
    Still no shadow Pakatan cabinet


Saya pun tidak faham Ketuanan Rakyat ini.

Jadi, sama-sama kita saksikan...


Reblog this post [with Zemanta]

BiGlory - Kemelut Perak Tempah Gagal Jika BN Bubar DUN..! Malaysiakini

Composition of Malaysian 13th Parliament follo...Image via Wikipedia

Foto Dari Blog CINA ISLAM (林川興) DRS. KHALIL IDHAM LIM



Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia

Pada masa ini semakin ramai mahukan DUN Di Bubarkan, supaya kuasa Rakyat ditentukan untuk memilih pemimpin, parti, dan pakatan politik.

Ini paling tidak, demokrasi yang kita fahami di Malaysia.

Siapakah di antara pemimpin dalam Barisan Nasional yang berani bubarkan DUN Perak..?



KAMI RAKYAT PERAK MENCABAR UMNO/BN BUBARKAN DUN PERAK...!!

TAK PAYAH BANYAK2 PIKIR SAH KE TAK SAH SIDANG BAWAH POKOK...KALAU UMNO/BN BENAR2 SEBAGAI PEMBELA RAKYAT..KAMI MINTAK UMNO/BN BUBARKAN DUN...INI KEHENDAK RAKYAT BUKAN KEHENDAK PAKATAN RAKYAT SEMATA-MATA

BERANIKAH UMNO/BN MENYAHUT CABARAN INI....WAHAI PEMBELA RAKYAT..!!



--
Dicatat Oleh ~♥ UmmiAnni ♥~ ke (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´) di 3/04/2009 12:44:00 PM

Jelas bahawa jika ada Ayam di kampung anda berketak, maka itulah ketakan yang jauh lebih hebatnya.

Di kalangan pemimpin Barisan Nasional tiada hasil ketakan sedemikian itu. Ketakan Ayam paling tidak ada telornya.

Barisan Nasional, setiap mereka tidak berani lagi bubarkan DUN Perak.

Apatah lagi, selepas PRU 12, kekalahan di P 44 Permatang Pauh dan P 36 Kuala Terengganu, UMNO Barisan Nasional tidak lagi mampu membaca mesej utusan Rakyat Malaysia.

Mereka hilang sentuhan, hilang, rentak, hilang hampir segalanya termasuk sokongan atau simpati Rakyat Malaysia. Sedangkan ahli parti mereka siap sedia sentiasa melakukan sabotaj dalaman. Undi Pakatan Rakyat.

Usul terkini:

Pos di Malaysiakini:

"Usul bubar DUN"-Nizar akan mengadap sultan Perak
WARUNG PAK KATIB | Mar 3, 09 11:11am
Selepas itu Nizar akan mengadap Sultan..untuk mohon sembah derhaka BUBAR DUN PERAK..!10.31am: Sivakumar is now heading towards the DAP headquarters nearby where he will be holding a press conference to explain the.
Lagi:

http://www.malaysiakini.com/inblogs.php?p=13&l=en


Ini seruan satu-satunya lagi pemimpin UMNO yang berwibawa:

erdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.

terdapat cara yang mudah dan terhormat untuk meredakan situasi buat selama-lamanya: kembali kepada satu-satunya sumber kerajaan yang sahih, kehendak orang ramai yang diluahkan menerusi pilihan raya yang bersih dan adil.Barisan (Nasional) kemungkinan ingin memperlihatkan sedikit kemurahan hati dan keyakinan dengan memanggil pilihan raya (baru) - Ku Li

http://razaleigh.com/


Di Perak, jika DUN dibubarkan, UMNO Barisan Nasional terpaksa menghantar pemimpin yang biasa hadir di pilihanraya kecil yang lalu. Hadirpun sudah cukup untuk memberi sumbangan besar kepada kekalahan calon yang seumpama Omar Shah Arif Shah dan WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Barisan Nasional tiada lagi pemimpin mampu menang pilihanraya. Mohd Najib Abdul Razak, Khairy Jamaluddin, Ezam Mohd Noor dan ramai lagi, adalah penyumbang kekalahan Barisan Nasional.

Membubar DUN Perak bakal menempah kegagalan Barisan Nasional. Mereka ada statistik sokongan Rakyat Perak. Di antara 70 ke 90 peratus pengundi di Perak sekarang bakal mengundi Pakatan Rakyat.

Siapakah akan mengundi umpamanya:

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/02/adun-new1.jpg?w=315&h=434

dan


ZAMBRY (kanan) bersama barisan Exco Perak memasuki bilik mesyuarat bagi membincangkan penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN di Ipoh semalam.

Oh tidak sekali-kali.

No To UMNO.

Tolak Barisan Nasional.

Peluang Barisan Nasional menang di Perak sekadar 10 peratus ke 30 peratus sahaja, statistik terkini.

Gelap!

Masa depan UMNO dan Barisan Nasional di Perak kini dan terutama PRU 13.

Seboleh mungkin pemimpin yang membuat keputusan perihal pembubaran DUN Perak, akan seboleh mungkin mengelaknya.

Mereka akan cari cara lain untuk kekal berkuasa. Termasuk kuasa yang waima expired sekali pun.

Mar 5, 2009

Hakim Ridwan dah expired !


http://notoumno.blogspot.com/2009/03/hakim-ridwan-dah-expired.html

Ini kerana, di mana DUN di Malaysia kini UMNO dan Barisan Nasional sudah expired.

Barisan Nasional tidak akan mampu menang pilihanraya jika sokongan terhadapnya hanyalah dari ahli parti penyokong tegar dan undi pos sahaja.

Reblog this post [with Zemanta]

BiGlory - Kemelut Perak BN Terus Kantoi dan Memilih Tindakan Memperkekantoian Seluruh..! Malaysiakini

Districts of PerakImage via Wikipedia





















Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia

Jika dalam permainan Badminton, kedengaran sekali sorakan Barisan Nasional 1 dan Pakatan Rakyat 0.

Seterusnya, Pakatan Rakyat 1 dan Barisan Nasional 1.

Dari situ, Pakatan Rakyat sudah 14 dan Barisan Nasional masih 1.

Ibarat Game Penentu, kekalahan ini, akan menyebabkan overall Pakatan Rakyat menang 5 perlawanan dan Barisan Nasional kalah semua.

Jika pun Barisan Nasional menang di Perak, namun di negeri lain Barisan Nasional kalah seluruh negara.

Ertinya kekalahan UMNO, MCA, MIC, dan lain-lain parti komponen.

Rakyat Malaysia mula menolak kesemuanya parti komponen itu dan tolakan total Barisan Nasional.

Barangkali inilah parti dan gabungan yang deras kehilangan kepercayaan seluruh Rakyat Malaysia dan pengundi, terutama para pengundi muda.

Para pemimpin Barisan Nasional, sudah dan akan tahu, statistik menunjukkan penolakan ini.

Jika kekejian di Perak berterusan, apakah kelak Barisan Nasional dan parti komponen hanya tinggal logo dan bendera sahaja sebagai kenangan berharga. Selainnya rosak teruk dalaman dan luaran.

Rentetan kekantoian yang memperkekantoian Barisan Nasional di Perak yang amat mengkantoikan...

biGlory - Catatan Drs Khalil Idham Lim - Turutan Tarikh & Peristiwa Perak Darul Ridzuan Ke Darul Rampas! Malaysiakini

Pos kantoi Barisan Nasional oleh Bloggawan Hebat:

zambry kantoi lagi...Ridwan Ibrahim telah tamat tempoh perkhidmatannya - Semalam Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah melarang Speaker DUN Perak daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang didakwa tidak mengikut undang-undang....
3 hours ago

Berita Yang Masih Panas : Zamry Kantoi Lagi!!! - Entri kali ini, teman salin dan tampal dari blog Ummihanni yang boleh di baca disini Dan dibawah tulisan Umi , teman letak klip video yang ada kaitan deng...
1 hour ago



Di Malaysiakini:

Lagi

  • Emergency motion filed on Perak
    S Pathmawathy | Mar 4, 09 2:00pm
  • parliamentbreaking news updated 6pm Taiping MP Nga Kor Ming today filed an emergency motion on alleged abuse of power by the Perak state secretary and the police in Ipoh yesterday.MORE
  • Entry to state secretariat barred
    House speaker to decide
Lagi Lagi

  • More calls for fresh elections in Perak
    Hafiz Yatim | Mar 4, 09 5:22pm
  • The pressure is growing for new polls to resolve the ongoing crisis where the state and its people are stuck in a political quagmire.MORE
  • Param: Appeal to dissolve assembly
    Malik and Ambiga: Legal basis to disagree
Lagi Ada

Ada Lagi

  • MACC probes speaker and his lawyer
    Andrew Ong | Mar 4, 09 10:49pm
  • Perak assembly speaker V Sivakumar's lawyer suspects something is fishy after the Malaysian Anti-Corruption Commission officers took his statement today.MORE
  • 'This is harassment'
    Speaker probed on Feb 24
Banyak lagi ada di sini:

http://www.malaysiakini.com/

Mata penamat Pakatan Rakyat, dan Barisan Nasional 1.
Reblog this post [with Zemanta]

BiGlory - Kemelut Perak Sahkah Ridwan Perentah Larangan Sidang Oleh Speaker DUN..! Malaysiakini

Districts of PerakImage via Wikipedia





















Zubli Zainordin

P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia


Dilaporkan, bagaimana kalau perentah serahan Mahkamah bahawa larangan ke atas Speaker DUN mengadakan sidang ialah penjawat yang tidak sah?

The Malaysian Insider melaporkan:

Perak muddles further with Ridwan's eligibility to judge

IPOH, March 4 — With his term as judicial commissioner ending February 28, the Perak constitutional crisis has taken another twist with the question whether Ridwan Ibrahim was eligible to hear or grant a restraining order against state speaker V Sivakumar yesterday.

Lagi di sini:

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/19638-perak-muddles-further-with-ridwans-eligibility-to-judge

Ini jelas memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat terus murni di Perak dengan sabar mengikuti lunas undang-undang untuk kembalikan kuasa kepada Rakyat Malaysia di Perak.

Manakala, Barisan Nasional memperlihatkan bahawa apa jugak cara digunakan membabitkan siapa sahaja yang boleh dipergunakan hanya untuk mengekalkan kuasa melalui rampasan keji di Perak.

Boleh dikatakan, individu tertentu, dengan cubaan menegakkan kerajaan Barisan Nasional di Perak, telah sanggup menanggung risiko dipenjarakan atau dihina masyarakat sepanjang zaman.

Bayangkan bagaimana seseorang manusia sanggup ibarat flush segala kebaikan dan jasa ke dalam lubang jamban, hanya untuk maksud menghalalkan rampasan di Perak itu.

Dikatakan The World is Watching.

Begitu juga pada hari ini beberapa badan bebas dan objektif telah melaksanakan kajian empirikal, apa yang terjadi di Perak ialah umpamanya individu yang nak rebut satu stanjak sedangkan baju dan seluarnya terlondeh sudah.

Walaupun di Perak, menang atau kalah, UMNO Barisan Nasional mula ditolak oleh Rakyat Malaysia di Perak, sedangkan UMNO Barisan Nasional mula ditolak oleh Rakyat Malaysia di negeri-negeri lain.

Jika selepas PRU 12, Barisan Nasional dijangkakan akan kalah teruk di PRU 13, apa yang terjadi di Perak jelas melipatgandakan peluang Barisan Nasional kalah teruk di PRU 13, dengan kemungkinan mendapat jumlah sokongan total di bawah 30 peratus. Dalam kelompok pengundi muda, 90 peratus kini menyokong Pakatan Rakyat.

Kemenangan total sekarang memihak kepada Rakyat Malaysia, dan kerusi Perdana Menteri Ke-5 yang tidak pun dipanaskan, betapakah Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sempat memanaskan kerusi tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan menjadi perhatian umum ialah:
  • 'I can prove Najib tried to bribe me'
    Kuek Ser Kuang Keng and Hafiz Yatim | Mar 4, 09 3:33pm
  • PKR's Fauzi Muda says he is prepared to reveal all evidence regarding his allegation of being offered RM50 million to engineer defections in Perak.MORE
  • Report with MACC but cops launch probe
    Police intimidating and harassing me

Ini akan membawa kepada hakikatnya ada individu yang sedang menuju puncak sedangkan 2 lagi Institusi DiRaja dan Awam akan memilih untuk dihinakan dengan pilihan tersendiri. Kelihatan kemungkinannya ialah PDRM dan SPRM.

Selain itu, berapakah institusi lagi akan dirosakkan hanya kerana...





Reblog this post [with Zemanta]