Gelombang Rakyat

PM Baru Jom Naik Pengangkutan Awam Setiap Hari

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin ialah Blogger pengkhususan Pemimpin Politik di Blog nya A Total Blog, dan Satu Blog Total. Di Blog Combined Forces Of Malaysian Bloggers, Zubli Zainordin Penulis Jemputan Dr Sid.



Perdana Menteri Malaysia yang baru bila memimpin kelak perlulah faham betapa pengangkutan awam membabitkan ramai di kalangan Rakyat Malaysia yang berpendapatan lebih rendah dari pendapatannya.

Sekadar itulah kemampuan untuk ke sana ke sini berurusan seharian.

Bas, Komuter, Teksi dan seumpama, adalah kemudahan yang memanfaatkan Rakyat Malaysia. Isunya ialah perkhidmatan yang terbaik.

Apa ceritanya para pengusaha pengangkutan awam menghadapi himpitan ekonomi, hendaklah diketahui puncanya.

Bukan Rakyat Malaysia yang perlu dikorbankan setiap kali pemimpin dalam kerajaan menerima aduan dari mereka.

Bila Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel naik secara mendadak dan serta merta, perkhidmatan pengangkutan awam turut terjejas.

Itu sebenarnya.

Jika mereka mengalami kesusahan kini, dan mungkin tidak dapat mengusahakan perniagaan mereka kini, kenapa pula Rakyat Malaysia mesti dibebankan dengan kenaikan harga tambang dijangka tahun depan?

Pengangkutan awam yang terbaik untuk Rakyat Malaysia adalah satu lagi kegagalan Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan Barisan Nasional.

Apakah ini pun Perdana Menteri baru tidak boleh tangani?

Jika demikian keyakinan Rakyat Malaysia berpindah segera kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang mempunyai pemimpin yang lebih prihatin kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Pemimpin dan Kerajaan Barisan Nasional asyik-asyik nak mengenakan Rakyat Malaysia sahaja. Mereka ini sudah tidak berguna lagi duduk dalam kepemimpinan kerajaan. Ramai lagi pemimpin yang mampu memenangkan Rakyat Malaysia dan menyuburkan industri pengangkutan awam yang terbaik.



Berkaitan:

The Malaysian Insider melaporkan:

Public transport fares up next year

PUTRAJAYA, Nov 2 - New fares for buses and taxis would be announced early next year, Entrepreneur and Cooperative Development Minister Datuk Noh Omar said today.

While ensuring that the new fares would not burden the majority of users, he said the government would also give equal consideration to public transport operators.

Bersambung:

The Malaysian Insider

4 comments:

. said...

Selain isu kenaikan harga, saya fikir soal kualiti juga harus diberikan perhatian oleh kerajaan.

Gelombang Rakyat said...

Nobisha,

Ada pemimpin kerajaan BN hendak mempastikan pengusaha perkhidmatan pengangkutan beroperasi, lalu mahu membebankan Rakyat Malaysia khususnya orang awam.

Sedangkan puncanya ialah kenaikan harga petrol dan diesel pemimpin mereka ini juga yang memutuskannya.

Kualiti?

Mampukan para pemimpin demikian memikirkannya?

Anonymous said...

aku cukup menyempah sekarang , kata dah lama tambang tak naik , tapi baru dua bulan lepas tambang bas dah naik , nak naik apa lagi , naik kepala bapak dia .
Ni lah pasal , YB ,YAB , tak pernah naik bas , cubalah kalau nak taw macamana henjutnya ....

Gelombang Rakyat said...

Barangkali mungkin, yang selain kenderaan awam, mereka suka naik...