Gelombang Rakyat

UMNO Di Persimpangan Tiada Hala Tuju Untuk Perubahan

Dari Wikipedia Bahasa Melayu
ms.wikipedia.org

2008 UMNO - pemimpin dan ahlinya, belum reda letih PRU 12, berhadapan pula dengan Pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh, dan pemilihan pemimpin menjelang Perhimpunan Agung. Letih yang berpanjangan.

Tidak jelas ada atau tidak post-mortem untuk ini semua. Cuma yang adapun khabarnya retreat yang tiada banyak membawa makna.

Dalam pada itu, UMNO disurami dengan amalan politik wang. Berkemungkinan membabitkan para pemimpin tertinggi parti. Jika benar, inilah kepemimpinan melalui teladannya. Bakal semarak sampai ke akar umbi.

Pun begitu, sayap pergerakan Wanita UMNO sedang bergelora bila Shahrizat Abdul Jalil umum lawan Rafidah Aziz untuk jawatan Ketua.

Sementara sayap Pemuda UMNO, entah apalah yang mereka sedang lakukan. Belum nampak usaha menawan hati 2 Juta Pengundi Baru.

Namun, kini kelihatan UMNO berada di persimpangan. Tiada hala tuju untuk perubahan. Jika diharapkan perubahan bermula dan dimulakan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Habuk pun tarak. Dia sibuk dengan hal yang remeh-temeh. Yoga pun hadhari juga kah? Entah lah. Jika basmi kemiskinan, tiada nampak pun dalam agendanya. Cakap ada lah. Tindakan? Emmmm...

Pun begitu, ada yang menunggu, barangkali mungkin perubahan itu akan ada permulaannya, yakni 9 Mac 2009. Itu pun jika benar-benar Abdullah Ahmad Badawi bersara awal. Mohd Najib Abdul Razak mula berkuasa.

Tetapi, Mohd Najib Abdul Razak sendiri setakat ini hanya mampu meletakkan kepemimpinannya setaraf, atas sikit daripada Abdullah Ahmad Badawi. Setelah letih orang dalam UMNO usahakan supaya Abdullah Ahmad Badawi bersara awal. Seterusnya sambung lagi keletihan mengusahakan supaya Mohd Najib Abdul Razak pula bersara awal.

Pada congak perkiraannya UMNO dan Barisan Nasional belum ada poin yang telah ianya skor untuk menang PRU 13. Petanda terkini, buat lah apa pun pilihanraya kecil pun, kalah juga.

Namun ini semua adalah kemenangan untuk Rakyat Malaysia!

0 comments: