Rafidah - Mana Lebih Penting Perpaduan Atau Perpecahan
0 Comments
»
Rafidah Aziz www.zainalhalim.com |
Nampak perkara utama berada seperti biasa. Rafidah Aziz menang kerusi Parlimen Kuala Kangsar. Rafidah Aziz masih Ketua Wanita UMNO. Rafidah Aziz masih Menteri Kanan Kerajaan.
Suasana menjadi sedikit kelainan apabila Rafidah Aziz tidak disenaraikan dalam barisan jemaah Menteri. Sebaliknya pemimpin seperti Shahrizat Abdul Jalil masih berjawatan Menteri walaupun kalah kerusi Parlimen Pantai. Sementara Azalina Othman dan Noraini Ahmad juga berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri.
Walaupun menerimanya, namun rasa terkilan sekiranya ada, tak kan tiada, sedikit barangkali ada.
Ketika itu desakan ialah Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Namun ada lagi suara yang mahu ramai lagi pemimpin tertinggi UMNO meletakkan jawatan. Nama Rafidah Aziz disebut.
Rafidah Aziz bukan tidak mendengarnya. Malah mengumumkan satu pelan peralihan kuasa darinya kepada Shahrizat Abdul Jalil. Walaupun bagaimana pengumumannya menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan wanita UMNO.
Perincian rasa tidak puas hati ini dipetik oleh Blog no2umno dari berita Malaysiakini.
Sah ... Opah Pidah Memang Gila Kuasa
Pengumuman 4 Ogos Didakwa Cetus Perpecahan
Pengumuman 4 Ogos didakwa cetus perpecahan Wanita Muda Mohd Noor | Nov 28, 08 3:03pm - Perpecahan dalam Wanita Umno tercetus sejurus selepas Tan Sri Rafidah Aziz mengumum mengejut mengenai peralihan kuasa pada Jun 2009 di hadapan perdana menteri pada 4 Ogos lalu.LAGI
'Ramai tak puas hati' Kemunculan Kamilia
Selanjutnya di sini:
http://www.malaysiakini.com/
Dalam UMNO dan parti komponen Barisan Nasional, masing-masing perlu ingat bahawa duduknya dia di kerusi itu, adalah pilihan dan pemilihan ahli. Begitu juga jika nak lanjutkan tempoh duduk di kerusi tersebut.
Apa yang ditumpukan ialah alasan Rafidah Aziz perihal peralihan kuasa itu ialah supaya perpaduan dicapai dan perpecahan tidak berlaku dalam Wanita UMNO.
Mesej yang disampaikan oleh ahli sudah jelas. Namun di sinilah pada titik ini Rafidah Aziz sebagai ahli politik terbit keputusan dari kebijaksanaan dan kematangannya.
Namun ini tidak kelihatan. Persepsi orang lain, yang kedengaran ialah Rafidah Aziz gila kuasa dan tidak matang.
Dalam pada tidak mahukan saling buruk memburuki, telah buruk jadinya.
Dalam pada tidak mahukan perpecahan, jelas tiada perpaduan lagi dalam Wanita UMNO.
Rafidah Aziz ada satu ciri yang sama dengan Abdullah Ahmad Badawi dan S Samy Vellu. Ketokohan mereka membuat orang lain susah untuk berterus-terang.
Bersaralah sekarang! Tak kanlah nak duduk di kerusi kuasa ini lama dan selama-lamanya?
Sudah-sudahlah tu. Usahlah sampai ingat diri sahaja yang hebat, maka tiada lagi orang lain yang mampu memimpin sayap pergerakan dan parti.