Gelombang Rakyat

Al-Fatihah - Saya Yang Terfikir Pasal Tarikh Kematian Namun Rakan Yang Pergi Tak Kembali

Rakan saya, di fakulti tempat saya belajar dan mengajar, telah pergi menghadap Ilahi.

Sebenarnya, sejak menyambut harijadi baru-baru ini, saya sering terfikir mengenai tarikh kematian saya sendiri. 2 kali saya hampir maut, namun usia saya masih dilanjutkan-Nya. Insaf.

Tuesday, December 2, 2008

Yang Menunggu Giliran Mereka Telah Dahului Kembali Pada-Nya

Sejak 16 November 2008, sering memikir hal ini, ketika masih hidup, menunggu giliran untuk kembali kepada-Nya.
2 minggu lalu, saya terserempak dengannya, ketika menghantar keputusan akhir peperiksaan mahasiswa di fakulti ini. Senyumannya manis bagai selalu, terpancar dari hati nan suci. Shafiee Ahmad.

Lewat semalam Maisarah Atan memberitahu saya hal ini, dan saya hubungi Adnan Hashim, yang ketika itu berada di rumah Allahyarham bersama pegawai dan lain-lain pensyarah.

Baru sebentar tadi membaca berita ini di Utusan Malaysia OnLine:

Dipetik penuh dari Utusan Malaysia OnLine:

Pensyarah, pelajar UiTM maut nahas di New Zealand




KUALA LUMPUR 3 Dis. – Seorang timbalan dekan dan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengadakan lawatan sambil belajar di New Zealand terbunuh, manakala empat lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di utara Putaruru, daerah Tirau di negara itu malam ini.

Mereka yang terbunuh ialah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Shafiee Ahmad, 51, (gambar) dan Mariam Ahmad, 19, dari Sabah, penuntut jurusan penyiaran di universiti terbabit.

Tiga lagi mangsa iaitu Amirul Rashid, Siti Murni Ayu dan Khairul Siti Mohd. cedera parah manakala Siti Aishah Razi mendapat cedera ringan.

Berita lanjut sila dapatkan akhbar Utusan Malaysia atau langgani e-paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/

Al-Fatihah...

0 comments: