Lawak Pemimpin - Sidai Kain
2 Comments
»
Marah betul isterinya.
Suaminya membiarkan.
Setelah setengah jam, suami pun bertanya.
...
Suami: Apa hal yang awak mengamok nii Sayang? Habis ditereban pakaian ke lantai nii!
Isteri: Sidai pakaian kat situ pun tak boleh? Habis nak sidai kat mana? Tingkap, balkoni...itu sahaja tempat ampaian yang sesuai.
Suami: Sidai lah pakaian kat bawah.
Isteri: Sidai kat bawah? Dulu dah sidai dah, orang curi kain kita. Depa tak apalah dapat kain free setiap kali ada pemilihan. Kita nak tukar setahun sekali pun payah.
Suami: Kalau pakaian kita kena curi, kita ubahlah persepsi kita.
Isteri: Awak tak apalah boleh tukar persepsi. Nanti pergi Masjid pakai spender sahaja baru tahu.
Suami: Dia kata beli alat pengering.
Isteri: 10 salesmen datang dari siang tadi. Awak tahu berapa harga satu alat pengering itu? Mahal nak mampos! Walaupun pakaian kering, kita ibarat tak makanlah bulan depan jawabnya.
Suami: Nanti kita cari Lah, kita beli yang second-hand.
Isteri: Tak payah beli yang second-hand. Ini arahan pemimpin yang otak sudah second-hand. Dia tak tahu kesusahan orang macam kita. Depa ini kerja nak saman saja. Saman pulak tu, sampai RM 50 ke RM 150. Senang saja cari makan...
Suami: Tak usahlah begitu, sidai sahajalah di tempat lain, jangan sidai pakaian di balkoni atau tingkap tu.
Isteri: Saya tak peduli saya nak sidai juga. Tak larat saya nak turun naik lift setiap hari. Pulak tu lift asyik rosak memanjang. Saya nak sidai juga kat balkoni dan tingkap. Saya tidak peduli.
Suami: Awak tak usahlah cari pasal. Ikut sahajalah. Begini sahajalah, kain awak dengan kain saya, semuanya 6 helai sahaja. Kita kumpul ramai-ramai kita basuh kat rumah pemimpin yang beri arahan ini, depa ada banyak tukang gaji. Pakaian lain awak sidai macam biasa di tempat biasa.
Isteri: Kenapa pulak begitu?
Suami: Dia kata kain sahaja yang tidak boleh sidai. Lain-lain pakaian dia tidak sebut.
Isteri: Iya tak iya jugak, bangang jugak pemimpin kita ni ya? Punya banyak isu negara, isu sidai kain sekecik inipun pemimpin paling besar kena umumkan. Adeh!
...
Berkaitan:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/13709-housewives-angered-at-ban-against-airing-laundry-in-public