Gelombang Rakyat

Apa Perlunya Pak Lah Rombak Kabinet Sedangkan Najib Akan Tentukan Pemimpin Untuk Kabinetnya..?

Sememangnya terdahulu Abdullah Ahmad Badawi diberitakan akan merombak kabinet jemaah menterinya. Ketika itu, tempoh yang diingininya untuk kekal di kerusi Perdana Menteri Malaysia lebih lama lagi.

Para pemimpin setia, yang menaruh idaman menjawat jawatan Menteri, dalam lamunan yang mengasyikkan.

Sebab, ada suara yang mencadangkan semua Menteri yang ada sekarang, terkecuali yang berkhidmat memanfaatkan Rakyat Malaysia, digugurkan sama sekali. Gambaran yang dirasakan ialah, inilah barisan kabinet jemaah menteri yang paling teruk dan buruk Abdullah Ahmad Badawi bariskan.

Namun, di atas asakan dan desakan beberapa pemimpin, Abdullah Ahmad Badawi disedarkan bahawa dia tidak berguna lagi. Semoleknya bersaralah awal.

Abdullah Ahmad Badawi
pinkturtle2.wordpress.com
Maka dengan tempoh yang sedikit cuma, jika betul-betul Abdullah Ahmad Badawi ikhlas mahu menyerahkan kerusi dan kuasa kepada Mohd Najib Abdul Razak, apakah perlunya dia merombak kabinet jemaah menteri sekarang?

Sedangkan, Mohd Najib Abdul Razak, barangkali mungkin mahu senarai dan bariskan pemimpin bertaraf menteri pilihannya. Terkecuali Mohd Najib Abdul Razak meneruskan tradisi dan mengekalkan semua menteri dalam kabinet sekarang.

Apapun, mereka yang ingin merasa menjawat jawatan Menteri, idaman itu terpendam, bersama bersaranya Abdullah Ahmad Badawi.

Mereka yang barangkali telah mencadangkan supaya beberapa Menteri yang lantang bersuara terhadap Abdullah Ahmad Badawi digugurkan, nampaknya terus duduk selesa di kerusi dan kuasa masing-masing.

Dijangkakan tiada rombakan kabinet jemaah menteri dalam masa terdekat. Bukan ketikanya bila Barisan Nasional sedang berhadapan pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu. Bukan juga sebelum Perhimpunan Agong UMNO 9 Mac 2009.

Pun begitu, dengan mengekalkan jemaah Menteri yang ada sekarang, sudah ada tanda, di kalangan Rakyat Malaysia, yang mula berubah angin untuk mengkagumi para pemimpin hebat di kalangan Pakatan Rakyat.

PRU 13..?

P 36 Kuala Terengganu dahulu. Usahakan Barisan Nasional kalah teruk.

Kemudian kalah total di PRU 13.

Kerajaan baru terbentuk, dan pemimpin utama baru dan barisan pemimpin hebat kalangan Pakatan Rakyat yang jauh lebih dari Barisan Nasional yang semakin tidak relevan lagi.

Dalam Barisan Nasional, mungkin para pemimpinnya senyap seketika. Tunggulah selepas pilihanraya P 36 Kuala Terengganu, mereka bercakaran lagi walaupun melalui media.

2 comments:

tepet said...

rombakan totap ado....

sebelum mac 09 timb perdana menteri si ali rustam..najib keno tondang....pastu dlm umno pun dipakso lotak jawatan....pak lah kokal jadi pm....sampai pru13....peh tu...den jadi adun hik hik hik

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

Impossible?

Possible!

In politics all these are possible.

Pak Lah nii, den macam tak cayo jo dio nak bersaro.

Boleh pakai kor cakap eiy?