Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Najib Terpaksa Wan Ahmad Farid Terkena..?

Tentulah ada beberapa calon yang telah dicadangkan oleh ahli dan pemimpin UMNO Terengganu. Dari laporan media dan penulisan Blog, beberapa nama telah disebut.

Akhirnya calon yang disebut-sebut sedangkan ada yang menjangkakan bukan, telahpun dipilih menjadi calon rasmi Barisan Nasional.

Wan Ahmad Farid Wan Salleh ...
www.malaysiakini.com
Dengan pengumuman Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Sabtu lalu, terlepaslah peluang beberapa pemimpin, khususnya mereka yang telah disenarai-pendekkan.

Kecewa?

Mahu lakukan sabotaj dari dalam, dan mengundi calon lawan, atau pilih calon bebas untuk melempias geram?

Entah Lah. Masih belum nampak riaknya.


Mohd Najib Abdul Razak

omong.files.wordpress.com

Namun, dalam pemilihan calon, nampak bahawa Mohd Najib Abdul Razak, terpaksa memilih Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan terpaksa juga mengenepikan lain-lain pemimpin yang telah dicadangkan kepadanya.

Apapun Wan Ahmad Farid Wan Salleh dikatakan mampu menyamai rekod baik pemimpin terdahulu di P 36 Kuala Terengganu.

Walaupun semoleknya dia kekal di semua jawatan sekarang, dan memberi laluan peluang kepada seorang pemimpin lain yang turut mahu rasakan nikmat yang dirasainya sekarang.

Namun kerana takut kalah di P 36 Kuala Terengganu disebabkan faktor calon, maka Wan Ahmad Farid Wan Salleh terkena.

Khabarnya, untuk pertandingan ini, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kena melepaskan jawatan yang disandangnya sekarang.

Apa janji kepadanya jika dia kalah atau menang?

Perhatikan apa yang telah berlaku kepada calon Barisan Nasional terdahulu, Arif Shah Omar Shah, di P 44 Permatang Pauh.

2 comments:

bungaraya said...

Biasalah kalau ada 5 calon dan hanya seorang terpilih tu. Ia luar biasa kalau seorang calon dan 5 terpilih. keksosongan hanya satu, tentulah satu calon saja yang terpilih. Dan pada pandangan pucuk pimpinan Wan Farid lah yang paling layak. Kepada yang tidak terpilih sebagai calon, seperti biasa boleh rasa hampa, itu juga perkara biasa, tapi jangan menjadikan diri anda seperti "gunting dalam lipatan". Bukan begitu budaya UMNO sejak dulu.

Gelombang Rakyat said...

Bungaraya, terima kasih di atas komen ini.

Semoga budaya UMNO sejak dulu terus abadi.