Gelombang Rakyat

Baling Kasut Arah Bush - Pak Lah Molek Ambil Iktibar

Baru-baru ini ada kedengaran Rais Yatim bersuara perihal George W Bush dibaling kasut. Para pemimpin lain tiadalah saya dengar respons dan reaksi mereka perihal insiden ini.


TIME
Shoe-assault served Bush well, some US citizens say
GulfNews, United Arab Emirates - 20 Dec 2008
Rais Yatim praised "the shoe-throwing act by that remarkable reporter who gave President Bush his final farewell. "That shoe-throwing episode, in my view, ...
Saya juga belum menyatakan pendirian saya.

Ketika insiden itu berlaku, ada Blogger teringatkan Abdullah Ahmad Badawi. Sedangkan saya melihat ramai lagi para pemimpin politik di Malaysia, khususnya para Menteri yang molek mengambil iktibar. Terutama mereka yang syok semacam membuat keputusan tidak popular. Macam baguisyh jer.

Tentu Lah, baling kasut ke arah pemimpin negara bukan budaya kita Rakyat Malaysia. Saya berpendapat walau macam macampun seseorang pemimpin meletakkan dirinya ke lembah paling hina, bukanlah kasut yang harus dibaling ke arahnya. Kita masih hormat dan sayangkan pemimpin kita.

Tetapi, seperti George W Bush dan kepemimpinnya, sama beza sedikit sebanyak dengan para pemimpin utama negara di dunia dan di Malaysia juga, kenapakah setelah amanah diberikan-Nya, tetapi tidak dilaksanakan sebagai pemimpin beramanah.

Contohnya, pemimpin diberikan amanah, dia tidor dalam majlis rasmi.

Sememangnya Lah tiada yang sampai hati membaling kasut ataupun terompah ke arahnya, contohnya. Tetapi, bantal telah disorongkan, jika tidak faham akan maksud sorongan itu.

Macam adegan filem, dua watak - seorang buat tak senonoh, dan seorang lagi membuat genggaman hendak menghentam tetapi tidak dihentamnya. Hanya suara geram sahaja, "Eisyh budak ni, kang aku tum..esyh kalau kena kang, esyh benjol kang."

Begitu Lah, kerap eisyh dan kang. Apa pun tidak berlaku.

Jadi apa reaksi Abdullah Ahmad Badawi perihal George W Bush dilaing kasut oleh seorang wartawan tempoh hari?

The New Straits Times OnLine melaporkan:
NST Online » NewsBreak
2008/12/24
ABDULLAH: Govt leaders deserve respect
From Muin Abdul Majid, BERNAMA
Email to friend Email to Friend Print article Print Article

TEHRAN, IRAN, WED:

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi stressed that a head of government should not be humiliated like by throwing shoes at him like what happened to United States President George Bush in Baghdad recently.

The Prime Minister said people who were dissatisfied with something could express their feelings through other ways.

Sambungan di sini:

http://www.nst.com.my/
Media Korea Utara suka Bush dibaling ...
www.wn.com
Tak apa Lah Bush itu, Pak Lah oii.

Pada saya Abdullah Ahmad Badawi sendiri molek mengambil iktibar perihal insiden ini. Ketika mengumumkan peralihan kuasa, pada saya Abdullah Ahmad Badawi merasa cukup syiok diberi "Standing Overvation".

Saya kata, Abdullah Ahmad Badawi ini, itupun dia tidak sensitif kepada mesej disampaikan kepadanya.

Tak apa Lah. Syiok pee Lah Standing Ovation itu. Tapi, bak kata Nik Aziz Nik Mat, itu memang Standing Overvation.

9 Mac 2009, bersara Lah.

Diharapkan Abdullah Ahmad Badawi ingat apa reaksinya kepada insiden George W Bush dibaling kasut ini.

"As a Malaysian Leader, do you deserve the respect of Malaysians in Malaysia?"

Itu pertanyaan saya, maka harap dia faham Lah.

Ha! Ha!! Ha!!! - DEB Tidak Wujud Lagi

  • (Photo courtesy: Sin Chew Daily)
















2 comments:

Anonymous said...

Dear Zubli,

Hampir kena kasut sebelah
kepala Bush nyaris parah
orang tengok semua hoorah
padan muka haram jadah

Hormat pemimpin nasihat Pak Lah
cakap macam orang gelabah
rakyat semua kata poorahhh
jangan hang nak bersyarah

Buat harta melimpah ruah
orang dedah hampa marah
pemimpin BN tak dak maruah
jangan kena macam Bush sudahLah

Pemimpin khianat kami sanggah
kuat rasuah muntahkan darah
tak mau kena insaf Lah
tak dak kasut,telorq busuk pun boleh Lah

Gelombang Rakyat said...

A Mum Of Three Mohd

Dijaga karang, ada ler yang nyampe gamaknya.

Thank you for the pantun...