Fokus P 36 Kuala Terengganu - Fahami Pengundi Dari Strategis dan Pemimpin Tempatan
0 Comments
»
Tiada gunanya PAS menang untuk mencalonkan seseorang, namun kalah dalam pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.
Logo PAS ms.wikipedia.org |
Apa yang molek dipentingkan ialah PAS dan Pakatan Rakyat menang di kawasan Parlimen ini.
Sementara UMNO dan Barisan Nasional kalah, malah diharapkan kalah teruk.
Di sisi PAS dan di dalam Pakatan Rakyat, ada Anwar Ibrahim, dan Saifuddin Nasution, serta beberapa lagi pemimpin yang mahir dan masak untuk memenangi pilihanraya. Manfaatkanlah.
Kemenangan PAS sahaja tiada membawa erti apapun jika di P 36 Kuala Terengganu bukan kemenangan bersama Pakatan Rakyat dan kemenangan Rakyat Malaysia khususnya di kawasan Parlimen ini.
Ingat kembali di P 44 ianya bukan kemenangan Anwar Ibrahim, ialah disambut sebagai kemenangan Rakyat Malaysia, khususnya di Permatang Pauh.
Jika ada lagi sifat kenegerian, maka ini perlulah dididik para pemimpin selepas pilihanraya kecil ini.
Sebab pernah terjadi, sepasukan Pakar dari Shah Alam yang dianggap orang luar tidak diberi kesempatan untuk beserta dalam Kedah Maju 2010.
Dari Saifuddin Nasution, kita dapat pelajari bahawa, calon yang menang terdahulu mempunyai kelebihan dari aspek pengaruh, sentuhan, populariti, track record yang baik dan khidmatnya menyeluruh kepada Rakyat Malaysia di Kuala Terengganu, khususnya para pengundi.
Inilah petanda aras yang menjadi ukuran dalam penentuan calon yang layak mewakili PAS dan Pakatan Rakyat. Kini sukar dicari yang menyamainya di kalangan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat.
Memang sedap menemukakan calon baru, namun bila diambilkira tempoh berkempen, para pengundi akan bertanya, "siapo dio gak calong PAS?" Tidak dikenali! Peluang kalah memang ditempah.
Tambahan pula cuaca yang tidak menentu menyukarkan penyusunan kempen. Susun memang boleh susun sampai 1,000 ceramah. Jikalau hujan pengundi tidak datang pun tiada manfaatnya.
Semoleknya calon ialah tokoh yang dikenali di kalangan tempatan dan di peringkat nasional.
Nama yang disebut sebagai kemungkinan dipilih sebagai calon ialah:
Mustafa Ali www.geocities.com |
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi purnama8.tripod.com |
Benarlah kata Khalid Samad, yang penting ialah kemenangan pilihanraya kecil ini, bukan kemenangan calon cadangan pihak tertentu dipilih.
Memang ada kalangan yang mahu jika calonnya sama ada atau...
Ibarat temuduga calon, 2 soalan ditanya:
Asal dari mana?
Berapa lama berkecimpung dalam PAS?
Jadi faktor kemahuan pihak tertentu molek diturunkan untuk memenuhi kemahuan para pengundi.
Mungkinkah dalam PAS pun ada suara, "Jika calon yang kami cadangkan tidak diterima, maka kami akan pangkah calon Barisan Nasional atau calon Bebas.
Mungkinkah?
Macam pernah kudengar, tapi di parti mana ya?