Gelombang Rakyat

1Malaysiakah UMNO MCA MIC..?

























Konsep 1Malaysia jika hanya untuk membina imej Mohd Najib Abdul Razak sahaja, ianya satu konsep yang gagal sebelum bermula. Maka gagal terus bila dilaksanakan.

Tambahan lagi, 1Malaysia hanyalah cakap kosong, tiada inti sebenarnya yang memanfaatkan Rakyat Malaysia.

Apatah lagi Mohd Najib Abdul Razak lebih dahulu pemimpin UMNO daripada pemimpin Barisan Nasional.

Kita ketahui UMNO tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada M selepas U dan sebelum NO.

Sebab itu No. Dengan M itu, UMNO, tidak dan bukan kepada perjuangan 1Malaysia. UMNO sebenarnya lebih kepada 1M, sebagaimana huruf M pada U.M.NO. itu.

Kita ketahui MCA tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada C selepas M dan sebelum A.

So, you C. MCA tidak kepada perjuangan 1Malaysia. Lebih kepada C, pada M.C.A.

Kita ketahui MIC tidak menjadi wakil kepada satu Malaysia. Ini parti yang ada I selepas M dan sebelum C.

So, you C also, I. MIC tidak kepada perjuangan 1Malaysia. Lebih kepada I, pada M.I.C.

Rakyat dapatkah harapkan UMNO atau MCA atau MIC atau kesemuanya sekaligus, untuk memperjuangankan 1Malaysia. Sedangkan masing-masing mengutamakan M dan C dan I.

Gabungan yang hanya MCI sahaja.

Ketiga-tiga parti ini sudah lapok dan usang. Tidak relevan kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Sebab itu semakin ramai Rakyat, terutama golongan muda, tidak lagi dapat terima parti yang sesempit ini dalam perjuangan nasional mereka.

Maka, ramai yakin jika tidak dikuburkan pada 1946, kini sudah sampai masa dan ketikanya masing-masing mendekati kuburan sekelompok, selepas PRU 12.

Ada yang berkata tetapi UMNO dan MCA dan MIC berada dalam Barisan Nasional yang memperjuangkan 1Malaysia.

Tidak benar!

Perhatikan apa yang telah dan sedang berlaku di Shah Alam, perihal arak kepala lembu dan perpindahan kuil.

Perhatikan gambar Koh Tsu Khoon pernah dikoyak dipijak.

Perhatikan gelagat buruk mereka di setiap pilihanraya kecil.

Bila perjuangan itu untuk M atau C atau I sahaja, M akan didahulukan. Jika berani sebut begini:

Barisan Nasional terdiri daripada parti MIC, MCA, dan UMNO.

atau

Barisan Nasional terdiri daripada parti MCA, MIC, dan UMNO.

Tidak mungkin, walaupun 100 tahun akan datang. Hak memang tidak sama dan tidak akan disamakan. Serata dan saksama? 1,000 tahun belum tentu.

Semua ini sudah jelas.

Namun, pada saya model sebuah parti politik yang molek di Malaysia ialah Parti KeADILan Rakyat.

Perjuangannya ialah Untuk Perubahan Rakyat Negeri di dan Negara Malaysia. Rakyat itu semua.

Adil, dan saksama.

Sementara itu Democratic Action Party - DAP, dan Parti Islam Se-Malaysia, dua parti yang baik.

Bila bergabung dalam Pakatan Rakyat, itu yang menjadikan ketiga-tiganya bulatan yang mantap.

Ini kita kongsikan dengan seluruh Rakyat Malaysia, terutama Pengundi N 31 Bagan Pinang ya...
























Kota SiPuteh Usah Dikenang
Daun Padi Dikata Lalang
Jika Memang Rakyat Kan Menang
Jom Raya Pilihan Di Bagan Pinang


























16 September 2009 Hari Malaysia Untuk Seluruh Rakyat. Sama-sama kita meraikannya. UP Malaysia - Untuk Perubahan Malaysia. Penduduk dipersilakan meraikannya juga. Semua rakan di seluruh dunia boleh menyatakan ucapan...

Gelut Najib Di Arena Politik Malaysia
























Jika ada pemimpin politik di Malaysia kini yang sedang bergelut sekarang ini, dia ialah Mohd Najib Abdul Razak.

Pertama: Apa pergelutannya?

Kedua Menarik, siapa pasukan penasihat atau penyumbang informasi kelilingnya?







Memang kini Mohd Najib Abdul Razak tahu dia menduduki kerusi itu yang merupakan kerusi tertinggi kepemimpinan negara.

Namun, jelas sekali Mohd Najib Abdul Razak pun tahu dia bukan pemimpin politik negara satu Malaysia.

Ini jelas dari kedudukan kerusi di Parlimen, kerusi kerajaan negeri, dan sokongan Rakyat yang terbahagi dua. Mohd Najib Abdul Razak dapat sebahagian dari jumlah total.

Tentu ada yang kata, "biasalah itu..."

Pada saya tidak biasa, sebab pembahagian ini, kelihatan lebih ramai memihak kepada Anwar Ibrahim, Para Pemimpin Utama, Menteri Besar, Ketua Menteri, dan ahli parti serta penyokong Pakatan Rakyat. Ya, berbanding Mohd Najib Abdul Razak dan lain-lain kerusi yang didudukinya sebagai ketua.

Maka itu...

1Malaysia dibaca sebagai satu cara pembinaan imej Mohd Najib Abdul Razak.

Ya, satu daripada mimpi fantasinya yang bukan suatu realiti.

Untuk menjadikan erti itu dengan mengisi kekosongan supaya berisi sebagai realiti, Mohd Najib Abdul Razak melakukan dua langkah yakni gerak dan kawal.
Gerak

Geraknya menawan Selangor sepertimana Perak.

Alahai! Membaca pemikiran politik pemimpin baru dalam Pakatan Rakyat, mereka nampak ini "impossible" mengikut congakan logik mereka sendiri-sendiri.

Molek mereka matang segera. Ini politik Malaysia era siapa? Ya...

Era ini YB, kenaifan simpan dahulu dalam poket dahulu, selagi ada pemimpin pihak Barisan Nasional yang berkuasa dan mengguna kuasa itu, usah fikirlah dahulu salah atau benar, itu bukan persoalannya, namun cita politik capai akhirnya.

Tak percaya? Renung alasan insiden arak kepala lembu di Shah Alam. Setaraf tidak alasan itu dengan yang diarak?

Pusing-pusingan alasan diberikan oleh pasukan keliling Mohd Najib Abdul Razak. Mereka itu mudah dikenali, "They are exhausting every possibility, and they shall find one that is probably possible".

Pasukan ini saya sebut sebagai The Grand Design, dengan misi rebut atau rampas, Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, dan Kelantan.

Pemimpin Pakatan Rakyat boleh pantas jerit, "No Way!!!".

Pada saya, katalah yang sama, sebelum dan setelah Perak Dirampas.

Ramai tidak menyedari siapa dan di mana dalam struktur kuasa di Perak yang boleh memanfaatkan sesuatu rencana.

Molek Abdul Khalid Ibrahim, dan lain-lain pemimpin peneraju negeri, kaji dan fahami apa yang berlaku kepada Muhammad Nizar Jamaluddin.






Pun begitu, adakah pemimpin Pakatan Rakyat di negeri masing-masing nak tunggu terjadi baru menyusun tindakan. Perhatikan betapa letihnya Muhammad Nizar Jamaluddin nak masuk dewan persidangan DUN.

Lagi, pun begitu, apa yang diinginkan berlaku belum berlaku, dan yang hajat diinginkan terjadi belum terjadi, kerana Mohd Najib Abdul Razak bukan sahaja kekurangan sokongan 1Malaysia, dia juga kekurangan sokongan 1 UMNO dan 1Barisan Nasional.

Walaupun ada kalangan para Menteri dan beberapa organisasi strategik kerajaan dalam kawalan Mohd Najib Abdul Razak, namun dia kehilangan tokoh dari kalangan Vateran UMNO kecuali beberapa yang bergerak dalam NGO. Mohd Najib Abdul Razak juga ketiadaan tokoh politik handal dalam Sayap Wanita. Begitu juga kelihatan berbelah bahagi kepercayaan sebenar dalam pemimpin, pasukan, dan Sayap Pemuda.

Menekan lebih lagi ialah kehebatan rancak pemimpin dan kepemimpinan dalam MCA dan MIC berebut kerusi tertinggi parti. Manakala apa yang boleh diharapkan dari Gerakan dan lain-lain parti komponen Barisan Nasional. Barangkali bila diarah jala mereka ada tali pancing lilit tin susu kosong sahaja.

Semua ini, setakat kini membantutkan pencapaian manis nak dikecapi Mohd Najib Abdul Razak.

Dia masih bergelut.

Ketika masih ada satu lagi kemungkinan...

















Ini the weakest point dalam kekuatan politik Mohd Najib Abdul Razak.

Sedangkan pemimpin puluhan tahun berpolitik dalam Pakatan Rakyat, mereka tahu apa yang disebutkan di sini, dan pada saya, enjut kembali gerak bulatan padu tuju Putrajaya!

Jom! Kita tawan Putrajaya!!!

Siapkan Piagam Pakatan Rakyat dahulu.

Kemudian informasi akan dikongsi dengan semua, cara bagaimana ini boleh dilakukan sebaiknya, sehingga Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang akan restui ini kerana menepati dilaku langsungkan bertepatan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Demi itu, dua manfaat molek dicapai:

Pertama: Mohd Najib Abdul Razak yang bergelut akan bertambah keliru dan sumbang pula jurus dan langkahnya.

Kekuatan pasukannya akan terbelah dua dari aspek tumpu dan laksana.

Anwar Ibrahim boleh menerajui keyakinan bertambah bahawa usaha pemimpin yang dihilangkan di Selangor dapat dihalang, lompatan bersebab lain-lain pemimpin tidak menjadi kerana yakin setia mereka di negeri lain dikuasai Pakatan Rakyat.

InsyaAllah bersambung...

Kebijaksanaan Pemimpin dan Kepemimpinan Politik Malaysia
























Dari jumlah undi di PRU 12, kita dapat anggarkan sokongan Rakyat kepada bulatan Pakatan Rakyat.

Angka ini mungkin berubah, boleh turun rendah, namun usah terkejut, boleh meningkat berdasarkan paling tidak dua faktor:

01. Pakatan Rakyat ialah bulatan terdiri daripada pemimpin yang hebat dan ke semua prinsip terbaik yang menjadi asas murni ada dalam gabungan ini.

02. Barisan Nasional ialah gabungan parti politik yang bersifat kekelompokan yang dibariskan tidak sama, dalam amalan budaya yang kebanyakannya tidak baik lantaran tidak memanfaatkan Rakyat dalam ertikata sebenarnya, melainkan cakap kosong, dan tidak konsisten pula amalannya.

Rakyat menilai, Pengundi menentukan kerajaan pusat dan negeri.

Ada yang beranggapan pakatan ini ialah untuk menang pilihanraya sahaja, sebab saingan politik utama yang sama.

Kejayaan Anwar Ibrahim diakui menyatukan pakatan Parti Pakatan KeADILan Rakyat - PKR, dengan Parti Islam Se-Malaysia - PAS, dan Democratic Action Party - DAP. Tentulah ini juga kebijaksanaan Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang, dan ramai lagi para pemimpin berwibawa dalam ketiga-tiga parti yang bergabung.

Suasana berubah dan menarik sekali ialah kemenangan di PRU 12, di luar jangkaan, dan membolehkan kemenangan Pakatan Rakyat dan membentuk kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.

Kemenangan manis.

Semua ini disusuli dengan Anwar Ibrahim bertanding di P 44 Permatang Pauh, dalam laluan ke Parlimen dan ke PutraJaya. Niat ini baik, namun perjuangan ini bukanlah boleh dibiarkan berseorangan, dan beberapa kelemahan teknikal dari aspek strategi.

Saya masih lagi menyokong usaha ini, seandainya pemimpin PAS dan DAP sama berjuang meletakkan seluruh Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Rakyat di PutraJaya yang mampu segera memanfaatkan Rakyat ketika mana yang bengkok diluruskan segera, atas dasar kemurnian Islam, keadilan, dan kesaksamaan Rakyat.

Ini boleh dilakukan sekali lagi.

Jika penting, maka utamakanlah Piagam Pakatan Rakyat, atau Piagam Bulatan Rakyat. Ini akan meningkatkan pakatan ini jauh melebihi barisan sedia ada, dalam menjadi model gabungan parti politik yang istimewa di Malaysia.

Istimewa kerana, ketiga-tiga parti ini tidak mewakili kelompok tertentu di Malaysia. Dasar kepartiannya besar dan lebar mencakupi semua Rakyat berpeluang menyertai.

Cuma, dari aspek teknikal kehalusan amat diperlukan untuk benar-benar menjayakan bulatan Pakatan Rakyat.

Kehalusan ini saya nampak ada pada natijah satu fikir - Anwar Ibrahim, dan Nik Aziz Nik Mat, dan Lim Kit Siang, disokongi para pemimpin dalam setiap parti dalam Pakatan dan Rakyat Malaysia.

Kehalusan ini penting kerana apa juga ketebalan tidak memanfaatkan ahli parti dan Rakyat Malaysia.

Sekarang, mahu atau tidak mahu.

Satu Bulatan Rakyat melalui rombakan tidak berombak, kemudian dimantapkan menjadi satu, mengertikan Reformasi menjadi Transformasi.

Ketika itu UMNO dan Barisan Nasional yang tidak lagi relevan sejak 2003, akan menjadi pembangkang yang kecil dengan perjuangan asal mereka yang tidak akan berubah mungkin untuk 100 tahun lagi.

Mantap! Mantap!! Mantap!!!

UP Malaysia - Untuk Perubahan Malaysia.

Untuk kemenangan paling manis dan paling besar Rakyat Malaysia

Rujukan Lanjut:

Usul Tian Chua dimoleki Nik Aziz Nik Mat

Oleh

Ibnu Hasyim

http://www.ibnuhasyim.com/2009/09/setuju-tubuh-kompenan-pas-sedia.html

BiGlory - Ada Tidak Anak Pemimpin UMNO Malu Dan Kini Sertai PAS..! Malaysiakini

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia
















Zubli Zainordin


P
emaju Masyarakat


biGlory

Blogger Rakyat Malaysia






Tiada kajian berapa jumlahnya.


Namun dipercayai ada.

Dulu jika ibu bapa pemimpin UMNO, justeru anak yang sertai atau pangkah selain Perikatan atau Barisan Nasional, macam melawan ibu bapa sendiri.

Sekarang lain. Mahathir Mohamad pun akui UMNO sekarang tidak seperti UMNO dulu. UMNO Yang Bukan Lagi UMNO.

Jadi tidak hairan Lah, ada anak pemimpin UMNO, kini sudi suci sertai PAS.

Seorang daripadanya:

Anonymous said...

itu nostalgia dulu,mcm. saya bapak dulu pemimpin umno,pernah jadi wakil rakyat,amat dihormati...masuk kg cari org susah,laki bini bergaduh,rumah terbakar,bini nak bersalin pun kejut abah tak kira malam ke,sihat tak sihat abah tetap tolong,senyum aje,abah dah lama pergi,kalau sekarang ni,pasti abah malu jadi ahli umno,sbb abah pernah kata mahathir naik tanda umno akan hancur..dan saya skarang bangga dapat jadi pengikut nik aziz.

Semoga 2 juta dan semua pengundi muda untuk PRU 13, turut berkaleh mengundi PAS - Pati Islam Se-Malaysia...


Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Salahuddin Dan Pengremajaan PAS..! Malaysiakini

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh

Wa baca Harakah Daily Net,

dan Wa rasa elok gak nii.

Ahad 15 Februari 2009 | 19 Safar 1430 Hijrah

Salahuddin kosongkan kerusi Ketua Pemuda PAS
Irwan Muhammad Zain
Sun | Feb 15, 09 | 4:39:28 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan dewan tersebut Jun ini.


Ketika mengumumkan keputusan itu, beliau menjelaskan beberapa faktor telah diambil kira antaranya untuk memberi peluang kepada muka baru menerajui dewan tersebut.

"Untuk meremajakan Dewan Pemuda, sudah sampai masanya orang lain mengisi tempat saya.

Sambungan di sini:

http://harakahdaily.net/

Wa tak sangka usia Salahuddin Ayub angka itu...

Salahuddin Ayub
shamsuleffendey.wordpress.com

Jasamu tetap dikenang...

Salahuddin Ayub
mkelana.wordpress.com

Walaupun Wa stuju. Tapi Wa rasa pemimpin sebaik Salahuddin Ayub, elok pegang jawatan dan peranan lebih tinggi dan lebih besar...

Terus berjuang...

BLOW - P 59 & N 25 Tercapai Dak Persepakatan Pakatan Rakyat Dalam Menentukan Calon..? Malaysiakini

Zizi - Cucu Tok Bebayang Acheh


Asas mula pakatan beberapa parti politik untuk menang pilihanraya itu ialah Pakatan Rakyat.





Cantik!

Ada pilihan pada para pengundi yang tolak pemimpin, parti, dan gabungan yang lain itu.

Apanama...ya! Betul.

Untuk P 59 Bukit Gantang dan N 25 Bukit Selambau, BLOW bertanya Tercapai Dak Persepakatan Pakatan Rakyat Dalam Menentukan Calon..?

Mesyuaratkan. Setelah dipersetujui, sokong penuh. Tidak perlu hebahkan di media yang mahu mencari pecah dan belah dengan cara pemberitaan dan pelaporan yang merugikan Pakatan Rakyat.

Macyiam, rumah dah siap, pahat masih berbunyi..!

Maka, penting pemaufakatan di antara pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat. PKR - Parti KeADILan Rakyat, PAS - Parti Islam SeMalaysia, dan DAP - Democratic Action Party...



Pesanan Ayah ChikAbdul Hadi Awang
Profile Lim Kit Siang

Terkini pos di PRO REFORM

15 February 2009

Calon PAS di Bkt Gantang,

PKR di Bkt Selambau

Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mengikut parti yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu di kedua-dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.

Sambungan kat sini:

http://ppmas-proreform.blogspot.com/

Lagi di Malaysiakini:
  • Calon PAS di Bkt Gantang, PKR di Bkt Selambau
    Feb 15, 09 6:38pm
  • Pakatan Rakyat akan meletakkan calon mengikut parti yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau.LAGI
  • Tunggu umum nama
    Tunggu masa sesuai
Semoga persepakatan pemimpin, parti, dan pakatan, dapat berkat, wajar untuk kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihanraya Kecil 2 Bukit tersebut...

Perjuangan pun bermula...

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya...
Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Suka Cara PAS Pilih dan Tentukan Calon..!

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Cucu Cina AchehZiZi,

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Prima Maya Bloggers Network @ Selangor Malaysia

Wa suka cara PAS - Parti Islam Se-Malaysia pilih calon.

Nak calon nama seramai mungkin calonlah.

Pemimpin tertinggi panggil mesyuarat dan menganalisis calon berdasarkan maklumat dan maklumbalas.

Kemudian, semua sujud memohon petunjuk-Nya.

Calon dipilih!

Ramai yang suka.

Setelah calon dipilih semua jentera bersatu memberi sokongan supaya parti beroleh kemenangan.

Cantik!

Kemudian menang.

Tak tahulah dalam parti politik lain macam-mana.

UMNO wa malas nak studi kali ini. Depa memang kita dah tahu dah. Akhirnya berbalah dan undi protes sabotaj dari dalam.

Lantak pii lah mereka dengan budaya begitu.

Terkini wa tengah studi apa stori kat N 25 Bukit Selambau.

Info dari Yeols Blog PRO-REFORM:
My Photo
yeols
Malaysia
"Satukan hati kita,perbaiki kelemahan kita,dengan tujuan yg sama,barubah untuk Malaysia"
View my complete profile

BAPA ARUS PERUBAHAN MALAYSIA
Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI)

12 February 2009

Keutamaan Pada Agenda Perubahan!

Sdr Azmin Ali mula menggerakkan jentera pilihanraya DUN Bukit Selambau bersama pimpinan parti Kedah dan Bahagian Merbok petang semalam di Sungai Petani. Maka bermulalah tunjuk rasa penyokong melobi calon mereka. Malah terdapat gesaan dari parti rakan dan tuntutan calon Melayu, Hindraf, pejuang lama dan lain-lain, dengan pelbagai kaedah - sopan, tuntutan dan ugutan!

Sayugia disedari keperluan memperkukuh muafakat yang berhasil melahirkan kerajaan Pakatan Rakyat. Dan yang dikira mendesak, keperluan menonjolkan calon yang komited dengan perjuangan dan tidak mudah goyah dengan sogokan atau ugutan. Rakyat dan pengundi menuntut calon layak dan berwibawa.

Pengalaman terkini harus mengajar kita. Dan parti perlu memastikan hasrat murni ini tidak dikorbankan hanya untuk agenda terpenchil.

ANWAR IBRAHIM

InsyaAllah, bersambung...
Reblog this post [with Zemanta]

BLOW - Ape Wa Nengok Apa Yang Husam Nampak..!

Husam Musa
anwaribrahimblog.com
Durian pertama:

Kerelaan

Wah! Wa caya lah.

Itu Wira Rakyat, Nasarudin Hashim keluar itu parti apa nama, dan join PKR - Parti KeADILan Rakyat. Dia rela. Kerelaan. Fuyoo!

Bukan paksaan macam sana parti, kan YB..? Kan, YB Husam Musa..? Orait.

Macam YB Husam Musa cakap...apa pasal lak, 2 ADUN PKR hilang plak. Woi, tak dapat dihubungi. Entah-entah, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Macam-macam kemungkinan, ye dak? Mana ada unsur kerelaan itu macyiam. Paksa. Paksaan, ada lah. Susah wa nak hormat. No respek beb..! Banyak putar belit cara ini Be End. Biasalah...jahat!

Durian Kedua:

Hikmah

Mesti ada hikmah semua ini sudah jadek cam gini. Wa pun nampak, macyiam Najib kena main jah, dalam ini stori.

Najib serupa pemimpin tertekan, kan?

Najib terpukul, kata Husam Musa, jika ini rancangan Najib.

Durian Ketiga:

Tenang dan Tabah.

Apa perlu panik, kan YB Husam Musa..? Pakatan Rakyat masih tegak. Ini negeri masih Pakatan Rakyat punyia pemerentahan.

Durian Keempat:

Pening Dalaman

Parti lawan, sana amat lemah. Pening wor..! Manyak problem dalaman tak boleh selesai. Lagi nak pemilihan pemimpin Perhimpunan Agong. Problem, wa cakap lu. Tak tau mana nak lawan. Luar lawan, dalam lawan. Letih wor. Boleh cilit punyia. Cilit cair wor.

Be End sudah teruk. Manyak kotor. Manyak jahat.

Pakatan Rakyat boleh bagi bersih lagi negeri Perak, bila Be End kalah. Wa ingat ya, kasi Be End kalah teruk kali ini.

Durian Kelima:

Hasil

Menang atau Kalah.

Betoi YB Husam Musa cakap. Bila Pakatan Rakyat menang. Tak dak lagi, sana parti boleh gugat, gigit. Lagi, kerajaan Pakatan Rakyat Perak boleh bagi terang dasar, usaha, dan pelaksanaan. Ya, semasa pilihanraya. Cantik..!

Pakatan Rakyat masih steady, jika pun menang satu dan tewas satu. Tapi wa ingat ya, kita usaha kasi menang dua dua lah syok.

Fakta:

N 14 Cangkat Jering, calon Be End dari MIC, M. Ramasamy, dulu kalah 1,102 undi. Lagi, N 59 Behrang kalah 1,027.

Durian Keenam

Calon

Be End mana reti letak calon. P 44 Arif Shah Omar Shah. P 36 WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tumbang! Gedeboom, boom..!!

Kali ini ya, Be End nak letak calon, siapa dia? Itu 2 bekas ADUN, Be End sendiri pernah kata depa rasuah? Jika ya, pertuduhan macyiam mana? Gugurkan mereka, ganti orang lain? Mana ada calon lagi.

Tajol Rosli kena tendang pun, Najib gak tambah kerusi, Ahmad Zahid naik. Tapi, dua-dua tak layak. No, not 4 Perak lah dua-dua ini.

Lagi poin? Tunggu...

Jom!

Sementara itu, mai nengok ada lagi durian dak..?

Cucu Cina Acheh

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Manyak lagi...
Durian
photography.nationalgeographic.com

Ciom durian ye bang..?
Durian
thestar.com.my

Durian Perak, best kan bang..?

Nanti abang undi siapa..?

Tolak parti busyiuk punyia ya bang..!

BLOW - Wa Nengok Husam Ni Hansem Idea Pun Comel..!

Husam Musa
jedyoong.wordpress.com
Wa memang minat Husam Musa.

Wa suka dengar pendapatnya. Oh, ada pendapat baru punyia ke? Maap ya, wa basuh tangan dulu. Selepat durian. Kasi pos dulu apa ulasan Husam Musa...

Husam Musa
kelantankini.files.wordpress.com

Sunday, February 01, 2009

Ulasan Dato' Husam Untuk Edaran: Politik Perak - malaysiakini

Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.

Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.

Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.

Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.

Jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.

Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan.

Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua ADUN PKR oleh pihak atasan yang terdesak? Jawabnya ialah kerelaan.

Selepas ADUN Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.

Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN.

Di Behrang, calon BN dari MIC, Dato M Ramasamy, dulunya kalah dengan 1,027 undi dan 1,102 undi di Cangkat Jering.

Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah? Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah Kerajaan BN akan gugurkan?

Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas. Sekali lagi, adakah unsur dalaman UMNO sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?

UMNO/BN lebih tertekan.

Ia mungkin sengit. Namun, ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat mampu memenangkan Pakatan, Insya Allah!

-Weblog Husam Musa

Baca wor..!

Wa pun baca. Sambil wa makan nii durian, dari tadi tak habis lagi...

Cucu Cina Acheh

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina


Durian
www.thaitable.com

BLOW - PRO REFORM Pos Pendapat Husam...Eh Sama Plak Kite Yer..!

Wa baca ini:

Husam Musa
jedyoong.wordpress.com

01 February 2009

PAS Cadang Bubar Parlimen-malaysiakini

Parti PAS mencadangkan agar Parlimen dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya umum diadakan semula daripada memperkenalkan undang-undang melompat parti.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, Umno tidak perlu mengadakan undang-undang itu semata-mata untuk menghalang mana-mana wakil rakyat daripada melompat parti. "Pada asasnya saya setuju, tetapi lebih baik mereka membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya semula bagi menentukan integriti Umno dan Barisan Nasional di mata rakyat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Lagi sambung kat sini:

http://www.blogger.com/


Wa nampak gak dulu dah. Wa pun post kat sini:

A Brief Survey - After P 36 Defeat - So Najib Must Resign

Posted by Zubli Zainordin on January 27, 2009

I did A Post Stating That Mohd Najib Abdul Razak Must Be Fully Responsible For Barisan Nasional Defeat At P 36 Kuala Terengganu Bye-Election. A Reader Placed A Comment Suggesting To Do A Survey Who Else Agree So I did.

It is just a brief survey.

Tuesday, January 27, 2009

BLOW - Undian Pelawat

Satu Blog Total

Najib Mesti Letak Jawatan

Selepas P 36 Kuala Terengganu

Agree 89 About 87 %

Disagree 9 About 8 %

Not Sure 4 About 3 %

Even though it is brief and just a small sample,
should we prefer to know exactly to the statement
Mohd Najib Abdul Razak Must Resign, after P 36 Kuala Terengganu, then I suggest involve all Malaysians in Malaysia to response.

Sambungan kat ini:

http://atotalblog.wordpress.com/2009/01/27/a-brief-survey-after-p-36-defeat-so-najib-must-resign/



i...
Husam Musa
malaysiavotes.com
Bak kata, Husam Musa, Parlimen dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya umum diadakan semula...

Rasa nya macam ramai lagi berpandangan sama.

Apa macam?

Soalannya...Radenjowo di Blog notoumno kueri

Feb 1, 2009

Cukup JANTAN kah BN? Wakakaka [update]

KOTA BAHARU 1 Feb. - Pas mencadangkan...

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata...

Baca kat sini:

http://notoumno.blogspot.com/


Apa pun pilihanraya kecil kat Perak, macam nak jadi dah..!

Jom!

We settle all these once and for all.

Wa cakap lu...

Cucu Cina Acheh

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

BLOW - Memahami Label Erdogan Dalam Kepemimpinan PAS

Jika saya ingin menyertai PAS - Parti Islam Se-Malaysia, kini saya yakin ini tidak akan menjadi nyata. Kerana ada di kalangan orang PAS sudah pun mula bertanya orang yang mengenali saya, "Siapa Zubli Zainordin? Dia kafir atau Islam".

Ini Lah masalah PAS - Parti Islam Se-Malaysia di zaman dahulu. Power nya mengkafirkan orang.

Kalau 27 juta orang kata saya kafir, sedangkan Allah terima saya, bagaimana?

Begitu juga yang bertanya itu, jika seluruh ahli PAS akui dan iktiraf dia Islam, Muslim...jika Allah tak akui, bagaimana?

Sudah Lah itu.

PAS - Parti Islam Se-Malaysia, jarang mahu diterima dahulu oleh orang yang tidak seuniform mereka. Kerana kehebatannya mengkafirkan orang. Sedangkan ini bukan penentuan manusia. Bukan juga penentuan manusia dalam PAS. Kita kembalikannya kepada Allah.

Kepemimpinan ulamak dalam PAS - Parti Islam Se-Malaysia, penting. Tiada dasar yang lebih kuat dari ini dalam sesebuah parti. Kita telah saksikannya sebagai model kerajaan di Negeri Kelantan.

Namun begitu, hakikatnya PAS - Parti Islam Se-Malaysia telah maju setapak lagi, dengan membuka ruang dan peluang kepada para pemimpin selain pendidikan pondok dan institusi pendidikan murni. Islam. Mereka molek bergabung, dua aliran disepadukan dalam kesatuan Islam.

Zaman telah berubah. Landskap politik di Malaysia sudah berlainan Yusuf Rawa.

Dengan kemunculan Nik Aziz Nik Mat, maka nikmat kepemimpinan ulamak tidak molek hanya dikecapi oleh Rakyat Malaysia di Kelantan sahaja.

Di negeri lain, ada yang berkata, kami nak gak.

Allah telah amanahkan Kedah dan Perak selepas PRU 12.

Negeri lain?

Sebab itulah, PAS - Parti Islam SeMalaysia molek kongsikan para pemimpinnya di setiap negeri di seluruh negara.

Saya baru nak berasa syok dengan PAS - Parti Islam SeMalaysia, kemudian apa hal pulak dengan label Erdogan ini?

Label begini menakutkan sebahagian Rakyat Malaysia yang mahu menyertai PAS.

Suka melabel itulah ujian kepemimpinan. Dalam PAS pun. Bila pemimpin ini diakui ramai sebagai Muslim. Ewah! Dia pulak bawak cap, untuk melabel orang. Cukup Lah Pak Lawak dalam parti lain. PAS harus terus kekal murni. Terutama amalan melabel orang lain.

Maka kelak kita akan lihat pemimpin yang baik, bila kena cap Erdogan sahaja, habislah dia. Bukan senang ke sana kemari bercakap perihal perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat sementara memikul label Erdogan ini.

Semoga, pemimpin PAS pusat melaksanakan kesatuan kepemimpinan PAS seluruh negara, supaya mampu melakukan penyatuan Rakyat Malaysia seluruhnya. Kita lenyapkan label ini semua, tiada label baru, maka yang ada ialah label PAS sahaja.

Jika 10 lagi label dikeluarkan sebagai cap, maka bersepai 10 Lah PAS di masa akan datang. Jika kepemimpinan PAS tidak dapat menyatukan dalaman PAS, bagaimana mungkin nak bersatu terus dalam Pakatan Rakyat, untuk menyatukan seluruh Rakyat Malaysia, sehingga 50 tahun akan datang dan seterusnya?

Renungkan!

BLOW - Perak Ekspress Up Kenyataan Zulkifli Nordin Bubar UMNO Sertai PAS..!

Sebenarnya ada pelbagai cara di mana ahli, parti komponen dan pemimpin Barisan Nasional menafikan kedudukan kini, tidak lagi menerajui kerajaan pusat, dan mula serahkan kuasa ini kepada para pemimpin hebat dalam Pakatan Rakyat.

Di Blog Perak Ekspress, saya baca...

Zulkifli: Bubar Umno masuk PAS, bentuk kerajaan pusat

Jan 30th, 2009 | By webmaster | Category: Isi II

zul_nordin_new2Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sebelum ini disebut-sebut menyertai Umno atau PAS, menggesa ahli-ahli Parlimen dari Umno agar menyertai PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sambungan di sini:

http://perakexpress.com/

Saya dulu meminati Zulkifli Noordin. Mendengar pita pendedahannya bagaimana seorang gadis tukar ditukar agamanya dengan cara amat halus.

Ketika itu usahanya lebih bermakna jika dia berdiri dan berjuang di atas platform politik.

Benar. Di atas platform politik perjuangannya hingga kini masih konsisten. Adakalanya kebenaran mutlak tegak bukan kerana majoriti.

Bubur dah. Semakin ramai kata bubarkan UMN. Namun bijaksana yakni sertai PAS - Parti Islam SeMalaysia.

Sudah tiba masanya, begitu ramai pemimpin PAS tersohor, maka kehebatan dan kejayaan di Kelatan, Kedah, dan Perak, dilebarkan ke seluruh negara.

Ya, bersama gabungan dalam pakatan semua pemimpin hebat dalam Pakatan Rakyat.

InsyaAllah, impian ini kita usahakan menjadi nyata.

BLOW - Perubahan? UMNO Cakap Saja Pakatan Rakyat Buat Dah..!

Berapa pemimpin, berapa kali, cakap cakap cakap...

UMN dan Perubahan!

Terkini pemimpinnya ada yang menyebut perihal perubahan drastik.

Pulak?

Setakat ini adakah perubahan? Apa yang telah diubah? Apa pula yang drastiknya?

Tak ada!

Wow pun dah tak ada!

Entah Lah, sejak PRU 12, UMN sudah buruk semakin teruk.

Nafi Lah sepuas-puasnya.

Selagi macam itu, macam itu Lah.

Mahathir Mohamad pun sudah keluar, dan beberapa lagi pemimpin sudah berada di luar. Entah berapa ramai lagi perlu keluar, dan UMN tidak akan juga berubah.

Lagi mahu dibubar sayap Putera UMNO dan Puteri UMNO. Kesian mereka. Timbul pula kisah nyamok okay, kelambu pun nak bakar? Betul, pemimpin tua bangka UMN tidak menghargai Putera UMNO dan Puteri UMNO. Mungkin mereka ramai-ramai pula keluar UMN.

Sertai Pakatan Rakyat.

Jadi, siapa nak ubah UMN..? Bila perubahan UMN dimulakan..?

Tidor!

Leka!

Entah Lah.

Sebelum PRU 12, kita sudah dihidangkan pemimpin Pakatan Rakyat untuk perubahan menyeluruh...

DAP - Democratic Action Party sudah mula meramaikan ahli dari kalangan Rakyat Malaysia. Tiada akan ketara kelak ini parti untuk yang tertentu sahaja. Semua Rakyat Malaysia boleh menyertai. Rakan Blogger yang saya temui rata-rata hormat kepada keterbukaan DAP. Malah ada yang mahu menyertai DAP.

PKR - Parti KeADILan Rakyat, juga begitu. Perubahan baik dilakukan dan berlaku. Teguran kepemimpinan di Pulau Pinang, diubah demi kebaikan. Terkini, teguran perihal di Bota pula. Kita saksikan...

Dalam semua parti politik di Malaysia, PAS paling ke hadapan dalam aspek perubahan. Sekaligus kita lihat di Kelantan, di Kedah, dan semakin menyerlah di Perak. Pun begitu, di Terengganu perubahan di P 36 Kuala Terengganu amat manis.

Perubahan?

UMN bagaimana?

Ada agaknya sikit. Kerusi Badan perhubungan UMN Negeri Perak.

Lantak Lah...


BLOW - Kerajaan PAS Kelantan - Wujudkan Kerusi Kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat..!

Serambi Mekah - saya fahami sebagai Kepemimpinan Ulamak yang meneruskan risalah dari para Anbiya kepada Nabi Muhammad, dan seterusnya para Sahabah.

Bahawa dasar kepemimpinan PAS - Parti Islam Se-Malaysia adalah susur-galur pejuangan memurnikan Islam dari Mekah hijrah ke Madinah dan kembalinya kepemimpinan Rasulullah SAW dianugerahkan kemenangan di Mekah.

Kelantan turut menang dan dikembalikan kepada Rakyat Malaysia.

Kemudian PAS terus menang di Kelatan berterusan, sebagai kemenangan Rakyat Malaysia.

Selagi ada pertalian Mekah ini dengan kepemimpinan Ulamak di Kelantan, maka Islam terus tegak di bumi Kelantan. Kita fikirkan bagaimana tegak Islam ini boleh melebar ke seluruh Malaysia.

Dari aspek amalan, sememangnya diakui kepemimpinan Ulamak di Kelantan, adalah pemurnian Islam, sehingga murninya itu menjadi bahang kepanasan para pemimpin UMN khususnya.

Ada di kalangan mereka mewakili UMN mahu supaya PAS menggugurkan nama Islam pada nama parti ini. Syukurlah ke hadrat-Nya, sehingga kini, walaupun ejaannya PAS, namun tetap di pendaftaran bahawa parti ini ialah Parti Islam Se-Malaysia.

Di Malaysia, telah dibangkitkan dari UMN pemimpin dan kepemimpinan tersohor. Mahathir Mohamad.

Dari kalangan pemimpin mantan UMN pula dikeluarkan lalu membawa perubahan baru, ialah kepemimpinan tersohor, Parti KeADILan Rakyat yakni Anwar Ibrahim.

Kedua-duanya kini di luar UMN.

UMN sudah ketiadaan pemimpin tersohor. Tidor!

Sistem dalam UMN ialah pemimpin berpotensi dicantas awal. Bijak pandai tidak dibenarkan menerajui parti. Akhirnya yang tinggal....hahahahahaha.

Ya mereka, pemimpin yang ada sekarang. Ramainya Pak Lawak sahaja.

Seorang lagi di luar UMN pemimpin tersohor ialah Nik Aziz Nik Mat.



Tidak ramai yang dapat nampak kerana kehebatannya dalam PAS terbukti hanya di Kelantan.

Pun begitu, PAS - Parti Islam Se-Malaysia masih mampu meletakkan seorang lagi semacam Nik Aziz Nik Mat di kerusi nombor satu kerajaan pusat. Perdana Menteri Malaysia.

Caranya ialah mewujudkan Kerusi Kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat.

Melalui Kerusi Kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat, kajian mendalam dan menyeluruh pemimpin tersohor PAS ini. Dari kajian itu, 10 Ulamak baris kedua, melalui pendidikan supaya mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia, InsyaAllah, kelak.

Akan tiba masanya kelak Rakyat Malaysia melihat tiada lagi pemimpin terbaik, sedangkan usia Nik Aziz Nik Mat seperti sekarang, maka 10 Ulamak ini bangkit supaya terus meyakinkan bahawa dalam PAS - Parti Islam SeMalaysia, tetap ada bulatan kepemimpinan untuk 50 tahun akan datang atau lebih dari itu.

Kerajaan PAS Kelantan dan Pengwujudan Kerusi Kepemimpinan Nik Aziz Nik Mat..

Foto: http://nikhassanazmi.blogspot.com/

Kita usahakan...

BLOW - Luahan Keluarga Kugan - Siapakah Pemimpin Yang Peduli..? Bhg 14

kugan ananthan funeral 230109










Manusia.

Seluruhnya...

Setiap nyawa setiap manusia, sama di sisi-Nya.

Bukan kerana keturunannya, bangsanya, bahasanya, budayanya.

Apapun, bagi keluarganya Kugan Ananthan sebahagian daripada mereka.

Pada kita Kugan Ananthan ialah hamba-Nya.

Menziarahi mereka yang masih hidup besar maknanya. Walaupun, dia yang pergi tidak kan kembali lagi.

Ziarah? Siapakah pemimpin yang peduli?

Pakatan Rakyat jugak!

Husam Musa, seorang daripadanya.