IJN - Bantahan Keras PAS Berjaya Kendurkan Keputusan Kerajaan BN Yang Semakin Lemah
2 Comments
»
Ini adalah kemenangan. Kemenangan kita. Kemenangan Rakyat Malaysia.
Suara Rakyat Malaysia semakin menjadi suara yang menyengat.
Sabtu 20 Disember 2008 | 21 Dzulhijjah 1429 Hijrah
PAS bantah IJN dijual pada Sime Darby
Irwan Muhammad Zain
Fri | Dec 19, 08 | 12:07:13 pm MYTKUALA LUMPUR, 19 Dis (Hrkh) - PAS membantah keras hasrat kerajaan mahu menjual Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Berhad.
Penjualan IJN atas dasar penswastaan itu menandakan kedudukan kewangan negara barada pada tahap kritikal akibat dari penyelewengan dan rasuah yang semakin meningkat, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar.
|
Awas! Sekiranya Barisan Nasional menang kali ini dan terus berkuasa. Macam-macam keputusan pelek bakal mereka redah tanpa peduli perasaan dan suara Rakyat Malaysia sepenuhnya. Pada mereka itu semua persepsi.
Contohnya:
Selepas PRU 12 - dari kenaikan harga petrol dan diesel sehinggalah keinginan menswastakan IJN.
Mujurlah ada bantahan keras oleh PAS, dan begitu ramai individu yang bersuara.
Sumber Foto http://funzu.com/
Para pemimpin Barisan Nasional sekarang semput kerana adanya pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.
Keputusan yang melampau tidak dapat dilaksanakan kerana ada pemimpin mereka khuatir keputusan ini dijadikan isu dan kalah teruk ialah akibatnya kepada Barisan Nasional.
Tidak diketahui apa lagi yang sedang ditangguh hanya menunggu keputusan memihak kepada Barisan Nasional, maka beberapa keputusan pelek dan melampau akan di redah pula.
Dengan demikian, usahakan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di P 36 Kuala Terengganu, dan beri isyarat kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Hanya kekalahan teruk, bakal menyedarkan mereka supaya lebih prihatin terhadap Rakyat Malaysia terutama dalam membuat keputusan nasional.
Keputusan PRU 12, dan kemudian P 44 Permatang Pauh belum mencukupi nampaknya untuk menyedarkan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Satu lagi kekalahan teruk Barisan Nasional diperlukan di P 36 Kuala Terengganu. Seteruskan kekalahan total Barisan Nasional di PRU 13.
Usahakan, dan teruskan perjuangan sehingga kita berjaya...