Gelombang Rakyat

Kenapa Pak Lah Nak Tunggu Sampai 9 Mac 2009 Bersara Awal...Jika Sekarang Bagus?

Abdullah Ahmad Badawi
atotalblog.wordpress.com
Jika Ini Mimpi Abdullah Ahmad Badawi

Jika ini mimpi Abdullah Ahmad Badawi, ketahuilah ada yang tidak lagi berada dalam alam itu.
Abdullah Ahmad Badawi
phantomclf.blogspot.com
Jika ini mimpi Abdullah Ahmad Badawi, maka Mohd Najib Abdul Razak tidak molek menyambungnya dengan suatu fantasi yang tidak memanfaatkan.

Abdullah Ahmad Badawi
www.tianchua.net
Jika ini mimpi Abdullah Ahmad Badawi, lain-lain pemimpin dalam Barisan Nasional seeloknya mengorak langkah ke kanan, kiri, depan atau belakang, supaya tersusun satu barisan pemimpin baru yang memanfaatkan Rakyat Malaysia.


Anwar Ibrahim
www.topnews.in

Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat sebaiknya memantap dan memperkukuhkan gabungan, kesepaduan itu kelak bakal membiarkan Barisan Nasional melalui halanya sendiri, yakni sejauhmana gabungan ini telah terbabas dari landasannya perjuangannya.

Sejak Abdullah Ahmad Badawi muncul sebagai pemimpin utama negara, Rakyat Malaysia sudah mula sedar betapa sudah ada sistem lazim yang begitu ketat membelengu kita. Harapan yang telah diletakkan pada Abdullah Ahmad Badawi sejak 2003, hanya sia-sia, kerana dia sememangnya pemimpin yang tidak berguna.

Mujurlah ramai yang tersedar, dan kemunculan pemimpin yang membawa perubahan sebenarnya, maka Abdullah Ahmad Badawi yang sebenarnya tidak upaya, terserlah satu demi satu kelemahannya.

PRU 12 adalah petanda, Rakyat Malaysia tidak mahu Abdullah Ahmad Badawi kekal di kerusi Presiden UMNO, Pengerusi Barisan Nasional, Menteri Kewangan Malaysia, Menteri Pertahanan Malaysia, dan lebih-lebih lagi tidak mahu dia kekal di kerusi Perdana Menteri Malaysia.

Seperti para pemimpin Barisan Nasional tertipu, maka para pemimpin Pakatan Rakyat tidak molek turut tertipu bahawa kekuatan pakatan terletak pada kelemahan Abdullah Ahmad Badawi.


Mohamad Nizar Jamaluddin
malaysianunplug.blogspot.com

Husam Musa
takgedebe.blogspot.com


Nurul Izzah Anwar
lakaranhatii.blogspot.com

Lim Guan Eng
lot250.blogspot.com

Jelas bahawa Pakatan Rakyat mempunyai ramai pemimpin yang hebat dan kekuatan kesatuannya tidak berkaitan dengan Abdullah Ahmad Badawi. Anwar Ibrahim perlu memikirkan untuk menaikkan pemimpin pelapis supaya ibarat seorang General naik ke tingkat Ketua Utama, seribu General lagi akan bangkit siap sedia untuk mengetuai setiap kedudukan di seluruh negara. Terutama di kalangan pemimpin wanita dan pemuda dari Pakatan Rakyat.

Elakkan kesilapan Abdullah Ahmad Badawi yang pecat dan gantung individu yang terbaik kepemimpinan mereka hanya kerana mahu mengekalkan orang yang semacam yang ada dalam UMNO dan Barisan Nasional sekarang.

Pada ketika yang sama, Pakatan Rakyat boleh menyusun ruang supaya Parti KeADILan Rakyat bukan sebuah parti eksklusif orang Anwar era Reformasi, namun menjadi parti contoh sebuah model parti nasional yang boleh disertai selesa oleh mereka yang mencari platform semacam PKR, dan keterbukaan kepada kalangan 2 Juta pengundi baru.

Seterusnya semua pemimpin dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu senada tidak mahu Abdullah Ahmad Badawi terus di kerusinya pada 9 Mac 2009.

Jika selama inipun tiada apa yang dilakukannya untuk memanfaatkan Rakyat Malaysia. Hanya kehampaan jika Abdullah Ahmad Badawi teruskan mimpinya hingga 9 Mac 2009.

Abdullah Ahmad Badawi semoleknya bersara sekarang!

0 comments: