Memahami Kepemimpinan PAS Selangor
0 Comments
»
Hassan Mohd Ali said ... malaysianunplug.blogspot.com |
Jika Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari, dan tradisi ini akan diteruskan oleh Mohd Najib Abdul Razak. Maka kita sudah boleh tahu nilai yang mereka berdua kongsi bersama.
Kemudian, pakatan PAS, DAP, PKR, untuk memenangi PRU 12 menampakkan semacam penjenamaan perjuangan asal PAS. Ini barangkali ada kaitan dengan Anwar Ibrahim. Bersama beberapa pemimpin telah menitip laluan selesa yang mampu merapatkan PAS dan DAP, yang kita ketahui ada pemimpin di kedua-dua pihak jika salah picit suiz, boleh melenting.
Pun begitu, masih mencari satu gambaran dengan persoalan adakah PAS juga mendukung Islam Hadhari. Jika bukan, di manakah dapat diketahui, sama ada dari pemimpin ulamak Kelantan atau Terengganu. Ataukah PAS Se-Malaysia.
Sebagaimana yang diketahui, orang lama masih berperanan dalam PAS. Kemudian kemunculan dari kalangan profesional, seterusnya kemunculan kepemimpinan baru yang nampak hebat.
Khalid Samad selangortoday.wordpress.com |
Saari Sungib hulukelangdaily.blogspot.com |
Sebenarnya, ada rasa ingin tahu. Saya pernah komen di Blog Husam Musa, dan Khalid Samad. Namun, belum mendapat sebarang maklumbalas.
Kepada Rastom Abdul Rahman saya bertanya, sepatah sahaja jawapannya.
Oleh kerana tidak dapat menjurus kepada sumber PAS, maka cuba memahami Kepemimpinan PAS Selangor, dari laporan media online.
Contohnya di sini:
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/13801-pas-selangor-admits-problems-with-erdogan-group
Kenyataan pemimpin PAS Selangor nampak semacam menyembunyikan alasan sebenar, dan berkias sedemikian rupa, mengundang orang lain membaca yang tersirat.
Semoga ada Blogger yang faham atau berbeza pandangan sanggup berkongsi maklumat di sini.