Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Pemain Politik Wang Kononnya Dirompak

Entah berapa juta RM sedang diusahakan supaya dibawa masuk ke P 36 Kuala Terengganu. Dari beberapa pemimpin yang ahlinya memang tahu mereka mesti main politik wang punya, mula tersenyum dan teruja, berapa pulak habuan kali ini!

Tetapi kali ini malang bagi pemimpin yang malang pun. Orang kanannya kena rompak di tengah jalan di antara Kuantan Ke Kuala Terengganu.

Orang kanan itu seorang sahaja, menaik satu kereta mewah. Di tengah jalan, 4 perompak yang sememangnya tahu akan kedatangannya, memberhentikan keretanya di tengah jalan. Perompak menyerbu. Orang kanan ini berlawan habis-habisan. Namun dia seorang tidak terlawan kekuatan 4 orang perompak itu.

gambar hiasan

Seorang dari perompak merampas dompetnya. Namun alangkah terkejutnya mereka, dalam dompet itu ada RM 10 sahaja. Mereka mengeledah kereta, apa pun tidak ditemui.



Gambar Hiasan

Ketua Perompak: Kau ni memang Haprak! Telor aku kau tendang, kawan-kawan aku terok bengkak luka, kau cuma nak selamatkan duit RM 10 ini, kau lawan kami habis-habisan? Kenapa?

Orang Kanan: Sebab aku lawan kau orang begitu, sebenarnya aku bawak wang RM 8 Juta, aku sorok bawah playwood dalam bonet...

...

Kuang! Jeng!! Thong!!!

7 comments:

ISA said...

Tuan Zubli,

Walaupun nampak ganas dan brutal, tapi satu idea yang bernas, bagi menyekat politik wang ke Kuala Terengganu... boleh jadi Robinhood...

Buat jahat untuk kebaikan, bukannya nampak baik tapi jahat... ha..ha..ha.. peribahasa baru..

Gelombang Rakyat said...

ISA,

Betul itu.

Bagi depa seram sikit nak buat amalan keji tak senonoh itu.

Terutama yang nampai baik tapi jahat!

Hahahahaha...

Anonymous said...

tu tang susah nak kenai depa ni nih...,kalu habaq kat orang kampung kata puak-puak yang nampak baik ni jahat,mampuih depa nal percaya..!!

Gelombang Rakyat said...

Dollah Yankee,

Orang kampung nuraninya tajam. Walau bukan secanggih suasana bandar, depa kenai had puak yang baik tapi jahat nii.

Begitu agaknya.

ISA said...

Tuan Zubli,

Posting tuan ini, telah menjadi ilham pada saya. ha..ha..ha..

Itu yang dikatakan tumpang tui kawan2, terima kasih.

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

ALIDOC said...

Menilai Kemampuan PAS

http://sting-alidoc.blogspot.com/

Gelombang Rakyat said...

Benar sekali, ALIDOC...

Saya juga berpandangan nan sama.

Jika ramai masih lena dan mengharapkan pemimpin yang itu juga, aka lama kelamaan, pupus kepemimpinan yang baik seperti yang sedia ada.