Lawak Pemimpin - Pemain Politik Wang Kononnya Dirompak
Entah berapa juta RM sedang diusahakan supaya dibawa masuk ke P 36 Kuala Terengganu. Dari beberapa pemimpin yang ahlinya memang tahu mereka mesti main politik wang punya, mula tersenyum dan teruja, berapa pulak habuan kali ini!
Tetapi kali ini malang bagi pemimpin yang malang pun. Orang kanannya kena rompak di tengah jalan di antara Kuantan Ke Kuala Terengganu.
Orang kanan itu seorang sahaja, menaik satu kereta mewah. Di tengah jalan, 4 perompak yang sememangnya tahu akan kedatangannya, memberhentikan keretanya di tengah jalan. Perompak menyerbu. Orang kanan ini berlawan habis-habisan. Namun dia seorang tidak terlawan kekuatan 4 orang perompak itu.
Ketua Perompak: Kau ni memang Haprak! Telor aku kau tendang, kawan-kawan aku terok bengkak luka, kau cuma nak selamatkan duit RM 10 ini, kau lawan kami habis-habisan? Kenapa?
Orang Kanan: Sebab aku lawan kau orang begitu, sebenarnya aku bawak wang RM 8 Juta, aku sorok bawah playwood dalam bonet...
...
Kuang! Jeng!! Thong!!!