Lawak Pemimpin - Persepsi Jenayah Elok Maka Elok Lah Jenayah
Jenayah di Malaysia. Dikatakan bila ekonomi rendah, kadar jenayah tinggi. Jadi, jom para wartawan tanya pemimpin yang berkenaan.
Maka lawak Lah jadinya.
Entah Lah.
Begini gamaknya...
...
Wartawan 1: Sila komen jenayah di Malaysia...
Pemimpin: Jenayah di Malaysia paling tidak serius.
Wartawan 2: Kenapa kata begitu?
Pemimpin: Jenayah di Malaysia amat sedikit kekerapannya. Dari sudut statistik memang kecil. Tapi bila satu jenayah berlaku, 10 orang yang melaporkannya. Jenayah yang satu itu nampak macam 10. Padahal satu jenayah sahaja.
Wartawan 3: Apakah usaha ke arah jenayah sifar?
Pemimpin: Jenayah di Malaysia amat rendah jika dibandingkan dengan Jepun, Hong Kong, dan ratusan negara lain. Di sesetengah negara, ada orang yang bawak pistol betul. Di Malaysia ada yang bawak pistol tapi bukan pistol betul. Jadi, jenayah di Malaysia masih terkawal. Salahnya ialah Rakyat yang mempunyai persepsi jenayah di Malaysia serius, sedangkan jenayah di Malaysia langsung tidak serius.
Wartawan 4: Betul ke nii tak serius?
Pemimpin: Betul. Saya dan keluarga saya sendiri takut hendak pergi ke mana-mana kawasan terbuka.
...
Kuang! Ba!! Ngang!!!