Gelombang Rakyat

Lawak Pemimpin - Saya Suruh Suruhan Baru Jaya - Ini Lah Kebebasan..!

Saya buat ini bukan kerana legasi saya. Walaupun saya selow, kelulusannya dilajukan. Sekian taklimat saya, saya harap tiada wartawan yang baling kasut ke arah saya. Saya buka untuk soalan dari media.

Wartawan 1: Apa perasaan bila ianya sudah diluluskan?

Saya: Well, I am happy. I hope people will not remember this as a legasi, although it is my personal victory for BN.

Wartawan 2: Adakah Suruhanjaya ini Bebas?

Saya: Ya, bebas sebebas-bebasnya bebas.

Wartawan 3: Macam mana proses pelaksanaannya?

Saya: Pelaksanaannya mudah, namanya pun Suruhanjaya. Sebelum bertindak mula, mesti Lah ada yang suruh baru dimulakan.

Wartawan 4: Bagaimana jika yang suruh itu disiasat?

Saya: Susah nak jaya.

Wartawan 5: Adakah jika nama besar terbabit, dia akan kena hukuman.

Saya: Terpulang kepada yang suruh.

Wartawan 6: Nampak macam tak ada peerubahan dan tiada beza dengan yang dulu!

Saya: Itu persepsi kamu. Soalan lain? Jika tiada, sekian dulu. Terima kasih kerana tidak membaling...adoi! Terompah!!

...

Kuang! Kena!! Dah!!!

Berkaitan:

Dari Blog http://ckcounterpunch.wordpress.com/

December 17, 2008...1:32 pm

Pakatan MPs opposed the Bill - describing it as dangerous, giving present and future premiers huge power over judges ~ Malaysiakini

By Wong Choon Mei

More here:

http://ckcounterpunch.wordpress.com/

7 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Tak ada faedahnya, buang karan membaling kasut kepada orang yang sudah tidak ada kehormatan diri, lebih rendah dari kasut yang hendak dibaling.

Gelombang Rakyat said...

Kluangman,

Ada wartawan baling kasut ke arah pemimpin.

Apakah kelak ada orang ambil pemimpin baling ke arah kasut.

Hinanya pemimpin yang tiada lagi kehormatan diri.

tepet said...

hurm...lawak yang logic.. susah nak buat..den keno berguru ni dengan tuan zubli....hik hik hik

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

Sonang sajo.

Hanyo ado 5 jenis lawak di dunia ini. Ya, 5 sahaja.

Pertamo:

Sangkaan Meleset (Kito nan melesetkannyo).

Contoh:

"Yeah! PM Sudah Bersara, Ini Penggantinya!!"

Ingat Pak Lah ke Najib, melesetnya ialah PM Thai daa.

Hahahaha...

Kedua:

Gembar Gembur (Kito yang gembar-gemburkan)

Contoh:

Mogok Bogel Tak Jadi! Sebab ramai pemogok belum sunat.

Hahahaha...

Kornar Kata (Kato-kato nan kito kornar kan)

Contohnya:

Menteri Kannot Inglis Wanna Be Deputy President of his political party.

Katanya: When I kannot Inglis, because I don understand, I undersit.

Hahahaha...

Keempat:

Kenakan atau Mengena (Kito nan konokan dio)

Contoh:

"Pemimpin Selepas Bersama GRO Minum Brandy Di Kelab Kareoke Kemudian Tertikam Keris Dibetis Kanannya Sendiri."

Contoh:

(Ini Tepet dah pakar dah.) Sudah terdapat pos yang begini den baca kat Blog ekau.

Kelima:

Selain yang disebut di atas. Terpulang Lah kepado kito bilo kito dah mahir kelak

Itu Lah yang den guno di Blog ini. Semogo memanfaatkan.

Selamek mancubo.

tepet said...

hurm...ilmu yg berguno....den akan cut n paste kn ilmu ni kek...blog den... supayo den bulih jadikan pedoman hik hik hik.... den cilok yo tuan zubli... den lotakkan kek posting den yg 1st skali

Gelombang Rakyat said...

Tepet,

Di Satu Blog Total ini sebenarnya tidak ada copyright atau hak cipta terpelihara.

Tidak ada, tidak pernah ada, dan tidak akan ada.

Maka, dibenarkan Tepet ambil yang mana nan berkenan di hati.

Cuma, Tepet nogorikan lagi yang tadi, den tak pandai sangat bahagian itu.

Silo tokok tambah, tak apo dor, dan nombor ketigo, den terlupo.

hik hik hik.

Anonymous said...

Dear Zubli,

JKR kata aku tak berani
Ikram takut timbul implikasi
Kenapa depa jadi begini
Kerna ramai yang pasti kena gari

Kasi dulu pada Pak Menteri
Kabibet nak kaji dengan teliti
Ramai yang sudah mengeletaq kaki
Kerna terkena batang hidung sendiri

Patut la hampa nak umum sendiri
walau pun ini negeri kami
siapa salah jangan lindungi
kalau sembunyi kami akan cari

Ambil tindakan masalah dibaiki
agar kejadian tak ulang lagi
sekat pembangunan di tanah tinggi
Itu Pakatan Rakyat punya misi