Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Anak Syarikat Terengganu Rugi RM 80 Juta Siapa Sebenarnya Yang Rugi?

Sedikit Sebanyak Rakyat Malaysia di Terengganu Yang Rugi.

Pun begitu RM 80 Juta bukanlah jumlah yang sedikit.

Malaysiakini melaporkan:

Anak syarikat T'ganu rugi RM80 juta
Dec 17, 08 8:02pm
Beberapa anak syarikat kerajaan Terengganu mengalami kerugian keseluruhan kira-kira RM80 juta dalam tempoh tiga tahun lalu, kata menteri besar di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/
Sebaiknya pemimpin kerajaan negeri proaktif dalam membuat keputusan perihal perniagaan anak syarikat kerajaan Terengganu. Untung!

Apa yang dapat dimanfaatkan sekira pemimpin kerajaan negeri reaktif, setelah kerugian dicatatkan? Rugi!

Pun begitu, dilaporkan bahawa terdahulu, lain kenyataannya:

Dari Blog http://amdang81.blogspot.com/
Sebaliknya Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh pada 14 Januari lalu berkata anak-anak syarikat kerajaan Terengganu dibawah Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) telah membantu beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri mencatatkan keuntungan daripada RM230 juta kepada RM530 juta, sehingga 31 Disember lepas.
Rakyat Malaysia di Terengganu semoleknya memikirkan perlunya sebuah kerajaan negeri yang mampu membentuk anak syarikat yang mampu untung, dan melimpahkan keuntungan ini dikongsi dengan mereka.

Tiada gunanya mempunyai kerajaan negeri yang dibebankan kerugian besar jutaan ringgit hanya kerana kelemahan pemimpin dan kepemimpinan di peringkat negeri.

Ubah!

4 comments:

Tok Uban said...

Itu baru Terengganu aje...macam mana negeri lain yang diperentah BN?....Ada siasat ke?

Mat Said ni nak kenakan Idris Jusoh...dia tak tahu ke yang dia buka pekong didada BN?..

Apalah Mat Said...lain kali guna otak dulu...bukan guna gigi....

Gelombang Rakyat said...

Tok Uban,

nampak macam dia guna hati.

Anonymous said...

Eden tak hairan langsung dengan berita ni, sebabnya den jarang dengar mana-mana anak syarikat kerajaan negeri yang untung, semuanya rugi...

Yang untung sebonarnya ialah tuan-tuan dan puan-puan yang mengendalikan syarikat tersebut... ha..ha..ha..

Gelombang Rakyat said...

Isa

Begitu kah?

Eisyh! Depa tak serik lagi noo...

Dok buat gheja macam gini.