Lawak Pemimpin - Silap Dengar Tu..!
Berapa ramai pemimpin yang tua bangka masih mahu berkhidmat 10 penggal lagi dalam parti politiknya.
Ini kisah seorang daripadanya. Risau dia, kesihatannya semakin merosot teruk, namun dia masih mahu kekal sebagai Presiden partinya.
Maka lawak Lah jadinya.
Entah Lah.
Begini gamaknya...
...
Pemimpin yang tua bangka ini pergi bertemu doktor dan mendapatkan nasihat pakar. Impiannya 10 penggal lagi, cukup Lah.
Maka Doktor pun membuat pemereksaan terperinci dan terpersentimeter. Nasihatpun diberikan.
3 hari kemudian, Doktor itu ternampak pemimpin tua bangka ini diapit 2 perempuan, seorang barangkali janda dan seorang lagi mungkin dara.
Bila 5 hari berikutnya pemimpin itu datang lagi untuk mendapatkan pemereksaan lanjut dan nasihat tambahan, Doktor itupun menegur.
Doktor: Hebat! Awak kahwin dua wanita serentak!! Seorang janda dan seorang lagi dara?
Pemimpin: Saya cuma ikut nasihat Doktor berikan hari itu. "Berjanda dan berdara".
Doktor: Saya tidak kata begitu, yang saya kata ialah, "Berjaga ini Dada". Maksud saya, bahagian ini awak dah lemah!
...
Kuang! Pe!! Kaq!!!
Lain kali, para pemimpin tua bangka sebegini, ambil ubat kat Doktor, ambil nasihat dari individu seikhlas A Mum Of Three Mohd.
Begini nasihatnya:
Ingat ya, pejabat dah kata pergi, kubur dok tanya ini olang apa pasai talak mali lagi!
Dear Zubli,
Berjanda dan berdara
Untuk buat eksen saja
Awang tidur lena
tak boleh buat apa-apa
Doktor kata berjaga-jaga
jantung 'Datuk' dalam bahaya
Janda dah merasa
nak dara putih mata