Gelombang Rakyat

Memahami Kepemimpinan PAS Selangor - Pendekatan Khalid Samad

Khalid Samad
Khalid Samad

Sumber Foto: http://thenutgraph.com/


Baiknya ialah sama perjuangan, walaupun berbeza pendapat, dan masing-masing menyuarakan pelbagai pendekatan, dan kemudian bersetuju dalam persepakatan untuk memilih pendekatan yang terbaik untuk semua.

Itu yang dapat saya fahami dari membaca pandangan Khalid Samad, dalam wawancaranya dengan Shanon Shah di The Nut Graph.

Para pemimpin PAS tentunya tahu dan menghayati konsep musyawarah sejak penciptaan Adam, hinggalah amalan yang sama sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Begitu juga konsep Group Think - satu pelajaran molek dari kepemimpinan John F. Kennedy ketika menyerang Cuba di Bay Of Pigs.

Group Think yang barangkali sama diamalkan dalam UMNO dan Barisan Nasional. Semua orang mesti bersetuju dengan Presiden UMNO dan semua parti komponen Barisan Nasional mesti bersetuju dengan UMNO, mithalnya.

Jika demikian ulamak tidak boleh ditegur. Kritikan disusuli laporan polis. Semua Fatwa mesti dipatuhi. Pandangan yang berbeza atau menyoal pelaksanaan Islam akan diserang dengan tindakan merosakkan, bukan melalui hikmah.

Jika ada yang mahu mengekalkan kepemimpinan cerita bab neraka sahaja, apapun hukum dahulu, amalan pecat mesti diutamakan, pemimpin yang baik digugurkan, supaya ahli kumpulan kepemimpinan tunduk kepada pemimpin dan bukan tunduk kepada Pencipta mereka, maka pemimpin sedemikian mampu membawa masyarakat mundur dan bukan maju.

Umpamanya yang diperjuangkan libasi-jilbab dan yang disebut libasi-taqwa.

Jadi, mula faham sedikit pendekatan berbeza Khalid Samad mewakili PAS. Saya juga mula faham kenapa dia mula jawapan sessi pertemuan itu dengan "chuckle". Sayapun akan begitu jika soalan yang pernah dikemukakan kepada saya, umpamanya, "Kenapakah suami saya setiap kali saya berleter, dia menjauhkan diri daripada saya".

Khalid Samad saya fahami memandang individu Rakyat Malaysia sebagai potensi, bukan melabelnya sebagai bukan seperti pegangan pemandang.

Saya pernah melihat pemimpin yang laju mengecap, dia kafir, dia bukan Islam, dia bukan Muslim, atau seumpamanya sedangkan di sisi Allah pengecap itu pun belum tentu lagi sebagaimana yang diakuinya.

Dalam satu ceramah yang saya hadiri, perihal nama yang baik disyarahkan. Kemudian nama begini disebut pula masuk Syurga. Jika orang yang nama para Nabi masuk syurga, saya sendiri dengan nama sahaja tidak akan berpeluang langsung Ya Allah.

Dengan demikian, baguslah pemimpin seperti Khalid Samad ada dan berada dalam PAS untuk memperjuangkan kemurnian dari Allah sebagaimana yang digerakkan sejak zaman kenabian dahulu. Kerja meneruskan misi tidak boleh menjadi alasan bahawa zaman itu sudah berakhir.

Jika yang mengikuti tidak lagi mengangkat umpamanya Kitabullah sebagai perundangan utama, kelak Allah boleh pilih orang lain, umpamanya Ketua Menteri dari DAP memperjuangkannya.

Ada ketikanya yang macam faham sangat perihal Islam, lantaran tidak mampu membuat keputusan bertepatan ketetapan Allah, yang mana dikompromi dan yang mana dipertimbangkan.

Itu saya fahami dari penjelasan Khalid Samad di sini, lihat gambar kedua.

Pun begitu, saya mula tertarik dengan Khalid Samad bila melihat gambarnya bersama Shahrir Abdul Samad. Hahahaha. Unik sekali. Adik beradik tetap bersaudara walaupun masing-masing memilih parti politik yang berbeza.

InsyaAllah bersambung, untuk memahami Kepemimpinan PAS Selangor...

0 comments: