Gelombang Rakyat

Isu Perpindahan Kuil Di Shah Alam Jawapan Khalid Samad Mententeramkan...
























Pada saya, tidak molek ianya terjadi. Tidak molek juga ianya berulang kembali. Cukuplah ini sekali.

Apa yang terjadi, telahpun terjadi. Sama-sama kita pelajari intipati dan saripatinya.

01. Ada manusia bertindak pantas sebelum usul periksa berdasarkan maklumat panas tetapi bukan maklumat sepenuhnya.

02. Ada manusia tidak bertindak pantas meredakan suasana demi keamanan dan keselamatan yang akibatnya buruk boleh sehingga membabitkan peringkat nasional dan international.

Sehingga ini perlu diarahkan seperti berikut:

PM arah IGP bertindak tangani protes kuil

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan untuk menyiasat satu insiden di Shah Alam hari ini mengenai penggunaan kepala lembu oleh sekumpulan penunjuk perasaan untuk melahirkan kemarahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor.

Lagi di sini:

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/28/mstar_berita/20090828211837&sec=mstar_berita


Sudah selazim itukah?

03. Ada yang mahu bertindak mempolitikkan isu ini, tetapi tidak pun memenangkan parti sendiri.

04. Dua pihak bertindak salah menyalah, namun kebenaran tetap tegak juga.

Walaupun di Seksyen 23, dan walaupun di Shah Alam, serta, walaupun di Selangor, tetapi kesan, akibat, dan implikasinya kembali kena Perdana Menteri di Pusat Kerajaan.











Natijahnya, Mohd Najib Abdul Razak perlu memikirkan bagaimana cara berhemah melepaskan jawatannya, supaya pemimpin yang lebih baik, dari parti yang lebih adil, menerajui Rakyat dan Negara Malaysia.

Turun supaya berlaku Tukar kerajaan pusat.

Kesimpulan itu, adalah hasil daripada membaca informasi dari pelbagai media, dan terkini membaca informasi yang dikongsi Khalid Samad di Blognya.
























http://www.khalidsamad.com/2009/08/tapak-kuil-seksyen-23-shah-alam.html


































































Boleh A Mum Of 3 Mohd & Zubli Tengok Akrab Di Antara Khalid & Hassan?

Saya ternanti-nanti bila Rafidah Aziz dan Shahrizat Abdul Jalil boleh berada sekarang seperti keadaan dulu. Gelak ketawa, sama lenggoknya. Namun tak kan lah disebabkan satu kerusi jadi rebutan, belumpun nampak mereka semeja.

Hasan Ali
malaysianunplug.blogspot.com
Khalid Samad
siasahdaily.blogspot.com
Begitu juga perihalnya di PAS Selangor. Bilakah dapat dilihat Hassan Ali dan Khalid Samad seakrab dahulu. Dari respons kepada pihak media, dua tokoh PAS ini semacam tidak akrab sebagaimana dahulu.

Berikut pandangan

A Mun of Three Mohd said...
I'm a wife
and also a mum
to three Mohd.
Mohd. Shakir
Mohd. Shazuan
and
Mohd Syafiq
who has left a new comment on your post "Bermulakah Setiap Pemimpin PAS Ada Label?":

Rasanya.... label melabel dalam PAS ini datangnya dari orang PAS sendiri.

Tak payah lah saling melabel.

Pada saya.... PAS perlukan ketiga-tiganya...konsevatif, moderate dan yang dikatakan kumpulan Erdogan.

Ketiga-tiganya boleh digarap untuk manfaat PAS. Setiap kumpulan disetkan dengan strategi dan laksanakan strategi dengan sebaik mungkin untuk jadikan PAS sebuah parti yang dinamik dan tidak kelihatan jumud.

Strategi dan perlaksanaan nya mesti selaras dengan ajaran Islam agar tidak tergelincir daripada landasan yang telah ditetap.

Strategi mesti focus pada satu tujuan yang sama.

Insya Allah PAS akan lebih diterima oleh semua..... Islam dan bukan-Islam.

Jauhi sifat sceptical antara satu sama lain.

Work out the differences in your approach wisely.

Barulah PAS boleh ke depan dan digeruni kawan dan lawan.
Pada saya, usahlah ditunggu Lim Guan Eng atau pemimpin yang seumpamanya mengeluarkan sepotong 2 ayat dari Kitab-Nya, barulah kelihatan keakraban kedua-duanya.

Memahami Kepemimpinan PAS Selangor - Pendekatan Khalid Samad

Khalid Samad
Khalid Samad

Sumber Foto: http://thenutgraph.com/


Baiknya ialah sama perjuangan, walaupun berbeza pendapat, dan masing-masing menyuarakan pelbagai pendekatan, dan kemudian bersetuju dalam persepakatan untuk memilih pendekatan yang terbaik untuk semua.

Itu yang dapat saya fahami dari membaca pandangan Khalid Samad, dalam wawancaranya dengan Shanon Shah di The Nut Graph.

Para pemimpin PAS tentunya tahu dan menghayati konsep musyawarah sejak penciptaan Adam, hinggalah amalan yang sama sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Begitu juga konsep Group Think - satu pelajaran molek dari kepemimpinan John F. Kennedy ketika menyerang Cuba di Bay Of Pigs.

Group Think yang barangkali sama diamalkan dalam UMNO dan Barisan Nasional. Semua orang mesti bersetuju dengan Presiden UMNO dan semua parti komponen Barisan Nasional mesti bersetuju dengan UMNO, mithalnya.

Jika demikian ulamak tidak boleh ditegur. Kritikan disusuli laporan polis. Semua Fatwa mesti dipatuhi. Pandangan yang berbeza atau menyoal pelaksanaan Islam akan diserang dengan tindakan merosakkan, bukan melalui hikmah.

Jika ada yang mahu mengekalkan kepemimpinan cerita bab neraka sahaja, apapun hukum dahulu, amalan pecat mesti diutamakan, pemimpin yang baik digugurkan, supaya ahli kumpulan kepemimpinan tunduk kepada pemimpin dan bukan tunduk kepada Pencipta mereka, maka pemimpin sedemikian mampu membawa masyarakat mundur dan bukan maju.

Umpamanya yang diperjuangkan libasi-jilbab dan yang disebut libasi-taqwa.

Jadi, mula faham sedikit pendekatan berbeza Khalid Samad mewakili PAS. Saya juga mula faham kenapa dia mula jawapan sessi pertemuan itu dengan "chuckle". Sayapun akan begitu jika soalan yang pernah dikemukakan kepada saya, umpamanya, "Kenapakah suami saya setiap kali saya berleter, dia menjauhkan diri daripada saya".

Khalid Samad saya fahami memandang individu Rakyat Malaysia sebagai potensi, bukan melabelnya sebagai bukan seperti pegangan pemandang.

Saya pernah melihat pemimpin yang laju mengecap, dia kafir, dia bukan Islam, dia bukan Muslim, atau seumpamanya sedangkan di sisi Allah pengecap itu pun belum tentu lagi sebagaimana yang diakuinya.

Dalam satu ceramah yang saya hadiri, perihal nama yang baik disyarahkan. Kemudian nama begini disebut pula masuk Syurga. Jika orang yang nama para Nabi masuk syurga, saya sendiri dengan nama sahaja tidak akan berpeluang langsung Ya Allah.

Dengan demikian, baguslah pemimpin seperti Khalid Samad ada dan berada dalam PAS untuk memperjuangkan kemurnian dari Allah sebagaimana yang digerakkan sejak zaman kenabian dahulu. Kerja meneruskan misi tidak boleh menjadi alasan bahawa zaman itu sudah berakhir.

Jika yang mengikuti tidak lagi mengangkat umpamanya Kitabullah sebagai perundangan utama, kelak Allah boleh pilih orang lain, umpamanya Ketua Menteri dari DAP memperjuangkannya.

Ada ketikanya yang macam faham sangat perihal Islam, lantaran tidak mampu membuat keputusan bertepatan ketetapan Allah, yang mana dikompromi dan yang mana dipertimbangkan.

Itu saya fahami dari penjelasan Khalid Samad di sini, lihat gambar kedua.

Pun begitu, saya mula tertarik dengan Khalid Samad bila melihat gambarnya bersama Shahrir Abdul Samad. Hahahaha. Unik sekali. Adik beradik tetap bersaudara walaupun masing-masing memilih parti politik yang berbeza.

InsyaAllah bersambung, untuk memahami Kepemimpinan PAS Selangor...