Rakyat Malaysia tersilap jika kita mengharapkan ada sesuatu keputusan dan tindakan bermakna dari kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Sebenarnya dia sudah tidak berguna lagi. Biarlah dia di alam mimpinya.
Rakyat Malaysia tersilap jika kita pun mengharapkan ada sesuatu yang lebih baik jika kepemimpinan Mohd Najib Abdul Razak mengganti teraju. Dia pun semakin memposisikan diri sebagai tidak berguna juga.
Selain dua pemimpin ini, belum nampak seorangpun pemimpin dari parti komponen Barisan Nasional yang boleh memanfaatkan Rakyat Malaysia sepenuhnya. Kelihatan masing-masing tidak boleh diharapkan lagi. Ramainya hanya Pembuat Lawak dan menjadi pemimpin Jenaka sahaja. Biarlah mereka dan parti mereka reput dalam budaya lapoknya.
Apa yang boleh diharapkan ialah Pakatan Rakyat dan pemimpin mereka yang hebat menyusun perkongsian manfaat bersama Rakyat Malaysia untuk tempoh 50 tahun pertama, dengan usaha menjadikan negeri pimpinan Pakatan Rakyat satu wilayah termaju di Malaysia.
Semasa Pakatan Rakyat memenangi beberapa negeri. Saya nampak bukan lima negeri tetapi suatu wilayah yang saling menjalin sempadan. Pakatan Rakyat contohnya tidak menang Perlis, Perak, Johor, Kelantan, dan Sarawak, umpamanya.
Namun, satu wilayah bermula dengan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Pada mulanya, kelihatan hakikat bahawa kerajaan pusat akan tidak berlaku adil kepada negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Ini dapat difahami siapa yang mereka jaga. Tambahan pula tidak akan kelihatan saluran dari kerajaan pusat satu projek mega di Pulau Pinang umpamanya, dan ini memberi kejayaan besar kepada Lim Guan Eng.
Sebab itu kelihatan ding-dong pertemuan Lim Guan Eng dengan Abdullah Ahmad Badawi beberapa kali. Kemudian, Azizan Abdul Razak sehingga mahu menebang balak di negeri ini, untuk menampung perbelanjaan Kedah.
Keketatan muncul bila Pakatan Rakyat hanyalah pakatan untuk menang pilihanraya. Bukan satu gabungan yang formal. Masih terasa, ini DAP, itu PKR, sana PAS.
Jika semuanya bubar dan punyai satu parti sahaja. Tiada lagi timbul itu semua. Hanya kita sesama kita dalam Pakatan Rakyat.
Tunggulah Pakatan Rakyat akan sampai juga ke kematangan ini. Jika tidak apa yang berlaku di antara parti dalam Barisan Nasional, lambat laun akan kena jugak dalam ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat.
Sehinggalah negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengagih kerusi bukan atas nisbah parti, tetapi di atas kewibawaan kepemimpinan.
|
|
Nik Aziz Nik Mat jenkinyat.com|
| Anwar Ibrahim www.topnews.in
|
|
| Wan Azizah Wan Ismail ridzuan1706.wordpress.com |
|
|
|
Abdul Hadi Awang lebah.wordpress.com
|
| Lim Guan Eng lot250.blogspot.com |
|
|
|
Husam Musa takgedebe.blogspot.com
|
| Lim Kit Siang malaysiangate.blogspot.com
|
|
|
|
Mohamad Sabu ... pas-kubangpasu.blogspot.com
|
|
|
Nurul Izzah Anwar lakaranhatii.blogspot.com |
Dan ramai lagi para pemimpin yang hebat!
Bak Kata
Wilayah ini boleh dimulakan sekarang, kemudian dimajukan untuk memasukkan negeri lain yang bakal dimenangi Pakatan Rakyat menjelang PRU 13.