Gelombang Rakyat

Nobisha Jika Pemimpin Tidak Ikhlas Begitu Lah Nak Buat Tak Nak..?

Apa cerita IJN..?

Lantaran Nobisha menulis:

Friday, December 19, 2008

MENGAPA TANGGUH, TOLAK SAJA-LAH!

Sebelum PRU12, rakyat merasakan kerajaan tidak mendengar pandangan mereka. Sebab itulah rakyat menolak Barisan Nasional. Itu kata penganalisis politik dalam pelbagai wacana dan seminar. Itu juga rumusan yang saya dapati dari pelbagai laporan mengenai PRU12.

http://nobisha.blogspot.com/
Jika dulu sejak 2003, apa kerajaan buat Rakyat Malaysia rugi, apa kerajaan tak buat Rakyat Malaysia rugi.

Sebabnya, kerajaan tidak ikhlas prihatin Rakyat Malaysia.

Apa yang Rakyat Malaysia nampak pemimpin prihatin dirinya. Kemudian keluarganya. Kemudian rakan akrabnya. Kemudian...ada lagi lapisan kemudiannya, dan nun di bawah sekali baru lah Rakyat Malaysia.

Sebagai memahami contoh, tiada ertinya dealings yang 2 orang dapat seorang 2 Billion, sedangkan 2 juta dikongsi 22 juta orang.

Banyak perkara pelek berlaku.

Sehinggalah PRU 12, kemunculan Anwar Ibrahim, Parti KeADILan Rakyat, Pakatan Rakyat yang berjuang untuk Rakyat. Rakyat Malaysia.

Gegaran berlaku di kalangan mereka yang mengaitkan kuasa politik dan nikmat ekonomi. Ertinya, lagi tinggi jawatan politik dalam parti, lagi banyak masyiuk.

Menyampah tengok pemimpin yang menangis depan isterinya, untung atas angin tahun lalu RM 100 juta, tahun ini RM 10 juta sahaja. Minthalnya. Sedangkan bertitik peluh pun penoreh getah di Baling, nak dapat RM 10 pun perit.
Nurul Izzah Anwar
lakaranhatii.blogspot.com
Saya masih ingat lagi, bila pihak lawan mengatakan Nurul Izzah Anwar calon yang tidak berpengalaman. Maka dibenarkan oleh Presiden Parti KeADILan Rakyat, Wan Azizah Wan Ismail, bahawa Nurul Izzah Anwar tidak berpengalaman budaya amalan lazimnya para pemimpin parti tersohor ketika itu.

Mereka yang lama dalam hal-ehwal scoring ini, memang soalan yang masih tidak lekang dari bibir mereka ialah, "ada apa lobang?"

Dalam maknanya itu...bagi mereka yang faham dan berkecimpongan aspek kelobangan ini.

Para pemimpin yang tidak ikhlas ini, peningnya ialah, tak nak buat, tak masyiuk. Jika buat, nanti kena, langsung apa masyiuk pun tarak.

Hakikatnya, Rakyat Malaysia sudah jelak!

Sebab itu, PRU 12, kita tolak UMNO, tolak Barisan Nasional. Tolak apa yang menjadi rupa dan amalan para pemimpinnya.

Di P 44 Permatang Pauh, kita tolak yang sama.

Di P 36 Kuala Terengganu, kita tolak lagi yang sama.

Kini sudah ada yang tidak sabar untuk menunjukkan kepada para pemimpin berkenaan supaya sedar kerana tidak sedar-sedar lagi.

Di PRU 13, kita tolak sepenuhnya. Biarlah pemimpin hebat dari Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat dan seluruh negeri di Malaysia. Serta memimpin dalam ertikata mereka sebahagian daripada Rakyat Malaysia yang memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan negara.

Berkaitan:

Friday, December 19, 2008

Penswastaan IJN - Adakah Satu Keperluan?

Negara dikejutkan semalam dengan berita bahawa...

Sambungan di sini:

http://drazwan.blogspot.com/

0 comments: