Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Memahami Pandangan Raja Petra - Politik Mudoh Buleh nJadi Komplikaterk Bahagiang 3

Raja Petra Kamaruddin, ...
mypetjawa.mu.nu

Raja Petra Kamaruddin telah memberi gambaran betapa pentingnya penentuan calon PAS untuk P 36 Kuala Terengganu.

Terutama, dari sebahagian para pengundi di P 36 Kuala Terengganu, 50 peratus bakal mengundi Barisan Nasional dan 50 peratus bakal mengundi PAS Pakatan Rakyat.

Namun, baki dari jumlah total pengundi di P 36 Kuala Terengganu bakal penentu calon mana mendapat majoriti, dan menang kali ini.


Minoriti menentu majoriti ini bakal datang dari pengundi Rakyat Malaysia di kalangan orang Cina, dan siapa mereka yang dikatakan para pengundi atas pagar.

Beberapa nama dari pemimpin PAS telah disebut, dan apa akan terjadi jika setiap orang dari mereka PAS calonkan.

Perincian di sini:

http://ckcounterpunch.wordpress.com/2008/12/28/kt-byelection-issues-versus-personalities/

Pun begitu, dari bacaan the Malaysian Insider, dapat dipelajari bahawa:

Mohamad Sabu bakal tidak disenaraikan, barangkali dia pemimpin yang bukan asal Terengganu. Walaupun disebut Nik Aziz Nik Mat, dan dia pemimpin diminati sebahagian individu di luar kawasan P 36 Kuala Terengganu, namun dirasakan ini sudah settle.

Namun, 2 nama pemimpin telah disebut-sebut:

Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,

dan

Datuk Wan Mutalib Embong.

Maka siapakah bakal diumumkan sebagai calon PAS, dan apa pula bacaan implikasinya, khususnya:

* unsur sabotaj dari kalangan pemimpin dan ahli PAS tempatan, jika ada,
* enjutan sokongan dari rakan Pakatan Rakyat yakni DAP dan PKR,
* penentuan para pengundi khususnya pengundi minoriti penentu majoriti.

Wan Mutalib Embong
www.daylife.com
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
pru12.pas.org.my

Sesiapa tahu, ada kejutankah, calon lain pula selain mereka berdua, bakal diumumkan pulak? Sila kongsi maklumat. Terima kasih.

InsyaAllah, sama-sama kita ikuti perkembangan selanjutnya...

0 comments: