Gelombang Rakyat

P 36 Kuala Terengganu - Masih Kesiankan Wan Ahmad Farid

Kesian..!

Siapa Tiada Berjawatan Sekarang?

Mana Itu Senyuman Manis?



NAJIB Tun Razak dan Hishammuddin Hussein berkata sesuatu pada Wan Farid Wan Salleh selepas beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya kecil, semalam.



Siapa Molek Letak Jawatan?




Sumber Foto:
http://www.utusan.com.my/

P 36 Kuala Terengganu - Bila Wan Farid DiAnugerahi Amanah Boleh Ditarik-Nya Sekelip Mata

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, telah dianiayai bila terpilih sebagai calon Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.

Itu maksud itu WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa melepaskan jawatannya. Senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia.

Jika kalah, habis...

Saya sependapat dengan...

Foto Saya
Isa
Puchong, Selangor, Malaysia
Manusia normal di Planet Bumi dalam Negeri Selangor. Nak kenal? kirimkan email anda ke zergdukes@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

Yang Menjengkelkan

Rata-rata melawat semua blog bercerita pasal post mortem BN, kesian One Parit kena naya dengan pimpinan parti,
Ibarat kata di P 36 Kuala Terengganu - Bila WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh DiAnugerahi Amanah Boleh Ditarik-Nya Sekelip Mata.

Ketika pilihanraya bukan main lagi, selepas kalah adakah siapa peduli? Adakah WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh bakal dilayani seperti Arif Shah Omar Shah yang kalah di P 44 Permatang Pauh.

Tidak seperti Mohd Najib Abdul Razak, jawatannya masih kekal. Walaupun dirasakan dia sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya kekalahan ini dan meletak jawatan.

Sama-sama kita ikuti kerjaya politik WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

P 36 Kuala Terengganu - Kesian Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Kesian..!

Wan Ahmad Farid Wan Salleh
www.malaysiakini.com
Pencalonan terpilih, mendapat restu, diumumkan, disokong dan seterusnya kalah, ialah satu penganiayaan pemimpin, parti dan gabungan terhadap WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Bagi WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh sendiri boleh dikatakan malang, yang dikejar tak dapat dan dikendong berkeciciran.

Jika ada seorang pemimpin, yang boleh belajar paling banyak dari keputusan P 36 Kuala Terengganu, ialah WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, masih muda dan masih ada masa depan yang cerah dalam politik Kuala Terengganu, Terengganu, dan Malaysia.

Bertekad Lah menjadi pemimpin terbaik menepati anugerah dan amanah-Nya.

Kepemimpinan sebenar bagi WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, tiada dalam UMNO dan Barisan Nasional kini. Kesemuanya rata-rata teruk dan buruk.

Bahawa imej bukan terbina dalam pura-pura di tempoh pilihanraya.

Persona boleh dibuat-buat menjadi personaliti lain di luar lain pula di dalam.

Pemimpin sebenar mempunyai karektor. Karektor murni. Dididik dari awal dan saban hari. Sehingga menjadi semulajadi.

Carilah identiti sendiri, dengan mengkaji para pemimpin silam yang unggul dan agung di dunia.

Baik-baik dan berhati-hati berdampingan dengan pemimpin lain. Ada kala mereka dirasakan mahu supaya membantu kemenangan, namun kehadiran mereka sudah cukup untuk membantu WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah.

Secara jelas teliti semula pemimpin seperti Ezam Mohd Noor dan Khairy Jamaluddin.

Jika selepas ini, setelah dipelajari masak-masak, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bangkit sebagai pemimpin unggul di Malaysia, Satu Blog Total, InsyaAllah menyokongnya.

Jika masih sama, imej begitu, kawan pemimpin itu juga, dalam budaya UMNO, dalam lapoknya Barisan Nasional, khidmat dalam kerajaan sokong ISA, memusuhi Rakyat Malaysia, maka WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sendiri meletak kedudukan diri untuk kalah dan kalah lagi, selain kutukan berpanjangan Rakyat Malaysia.

P 36 Kuala Terengganu - Ezam Khianati Harapan Wan Farid Dengan Mengkhianati Anwar Dan Husam..!

Selain daripada Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak, maka Ezam Mohd Noor turut memberi sumbangan besar kekalahan Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.

Beritahu saya, bahwa Ezam Mohd Noor tidak akan bertanding dalam mana-mana jawatan di Perhimpunan Agung UMNO terkecuali selepas 2100.

Ezam Mohd Noor And Abdullah Ahmad Badawi
thestar.com.my
Kesilapan Ezam Mohd Noor ialah menyertai UMNO. Satu platform yang paling tidak sesuai baginya dari perspektif perjuangannya yang kita ketahui dahulu.

Jika dari dalam, Ezam Mohd Noor mampu melakukan dan peningkatan jumlah laporan ke Lembaga Disiplin UMNO, dan terpeliot ramai pemimpin pengamal rasuah dan politik wang, maka dia masih relevan.

Namun, kita tahu dia tidak boleh bertanding merebut jawatan di Perhimpunan Agung UMNO tahun ini.

Maka hairan kenapa ditawarkan diri mahu bertanding di Lunas menentang Anwar Ibrahim? Pun mahu yang sama di P 44 Permatang Pauh.

Ezam Mohd Nor dan S Nallakaruppan
tirai-kamar.blogspot.com
Namun, bukan pun calon, kehadiran Ezam Mohd Noor khususnya, apatah lagi bersama S Nallakaruppan, di P 44 Permatang Pauh, telah memberi sumbangan besar kepada akibat kekalahan calon Barisan Nasional, Arif Shah Omar Shah.

Senyap.

Tiba-tiba muncul semula menawarkan diri di P 36 Kuala Terengganu.

Dipersilakan oleh WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

didapati, tanpa sedar, Ezam Mohd Nor telah mengkhianati harapan melalui pelawaan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh itu. WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, teraniaya.

Hanya kerana, misi Ezam Mohd Noor ialah hentam Anwar Ibrahim.

Apa kotak pun sudah tiada, Ezam Mohd Noor ketiadaan butir.

Aaah surat itu. So what?

Tapi, lagaan telah terjadi, bilamana Ezam Mohd Noor menyebut nama

Anwar Ibrahim
Mahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Mohd Najib Abdul Razak

Tambahan, Husam Musa pun disebut sama?

Sahabat?
Ezam Mohd Noor
gerbanginformasi.wordpress.com
Ternyata, Ezam Mohd Noor sudah ketiadaan apa-apapun. Tidak signifikan dalam memenangi pilihanraya.

Dijangkakan ada lagi pilihanraya, dan ada lagi Ezam Mohd Noor, dan tiada lain hanya nak hentam Anwar Ibrahim sahaja...maka, Ezam Mohd Noor dijangka bakal membantu setiap calon Barisan Nasional kalah atau kalah teruk.

Ezam Mohd Noor
amkbatu.blogspot.com
Batulkan semula, niat.

Pada saya, Ezam Mohd Noor masih mempunyai ciri kepemimpinan yang baik. Platform dan perjuangannya kini tidak tepat. Dia masih mampu meletakkan nama di persada politik tanahair, namun terlebih dahulu lari jauh lagi dari menyerupai suara dan gaya pidato Anwar Ibrahim, dapatkan identiti sebenar, dan kembali bersama perjuangan Rakyat Malaysia.

P 36 Kuala Terengganu - Tak Lepas 50 Peratus Wan Farid Sempat Tarik Diri


Demi menjaga maruah diri, dan imej UMNO serta Barisan Nasional, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh molek menarik dari dari terus bertanding di P 36 Kuala Terengganu.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, setakat ini belum melepasi peluang menang 50 peratus. Para pemimpin jentera pilihanraya Barisan Nasional tahu, dan mereka masih berkata peluang adalah 50 - 50.


Dari sumber lain, dikatakan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut semakin meningkat dari 60 ke 70 peratus.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh masih sempat menarik diri, supaya bulan mengambang terus di Kuala Terengganu.

P 36 Kuala Terengganu - 17 Januari 2009 Dan Hujan Rahmat-Nya

Apa Lah gunanya individu yang sanggup duduk dalam hujan berjam-jam lamanya untuk mendengar ceramah PAS.

Tiba-tiba kotak pun mari relalah infaq.

Adakah parti lain begitu? Jika tidak dijemput dengan bas khas, duduk di khemah luas, dan mungkin dapat sampul, ole-ole Baju-T atau paling tidak payung dan seumpamanya?

Blog Dollah Yankee melaporkan...

Thursday, January 15, 2009

P36 KT: Ohhhh..No..!



Dilaporkan mendung di sebelah pagi dan hujan dari tengahari ke petang!

Rahmat-Nya.

Dijangkakan peratusan yang datang mengundi menurun.

Turunan ini gamaknya disebabkan, penyokong Barisan Nasional tidak turun, kerana hujan, lagipun semua peruntukan pembangunan sudahpun disalurkan penuh dari pusat ke negeri. Tak turunpun tak mengapa.

Pengundi atas pagar gamaknya lagi Lah tak datang mengundi. Hujan.

Jumlah yang datang mengundi ialah penyokong PAS yang telah lama dididik tiadakan terjejas dek hujan. Mereka semua mengundi PAS.

Nanti akan orang akui, patutlah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut dipilih, dan nusrah-Nya datang dari atas.

Nanti orang akan tahu, dari ramai pemimpin tempatan yang berjasa dan berbakti di Kuala Terangganu, kesilapan ialah memilih calon Barisan Nasional paling buruk, supaya mudah kalah.

Selepas hujan, barangkali Bulan Pun Mengambang Penuh di Kuala Terengganu, sehingga PRU 13.

InsyaAllah...

P 36 Kuala Terengganu - Wan Farid Kluangman Pun Heran..!

Pak Lah dan Jeane
Intim

martzcarvalho.blogspot.com

Dey! WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh...sukar!
Abdullah Ahmad Badawi ...
tunkuaisha.blogspot.com

kluangman kata...

Dalam keadaan Dolah yang selalu berkepit dengan Jane dan selalu tertidor, orang memanglah hairan bilamasa pula Wan Farid sempat mencelah dan intim dengan Dolah.

Jika Dolah melakukan jenayah sekalipun, Wan Farid tidak harus dipersalahkan jika hanya sekadar berkawan dengan penjenayah. Adakah itu maksud Wan Farid ?

Pada orang tertentu siapakah George W Bush?

Bukan Penjenayah Perang?

Abdullah Ahmad Badawi dan George W. Bush
www.daylife.com
Possible?

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh kena clarify, pertanyaan Kluangman itu.

P 36 Kuala Terengganu - Wan Farid Heran Rapat Ngan PM Pong Jadi Isyiu

Siapa Untung?
Monsoon Cup Terengganu
bp2.blogger.com
Mung Pengundi Dapak Ape?

Orang tidak kisah jika WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh nak rapat ke nak apa ke dengan Perdana Menteri Malaysia.

Beberapa orang yang kisah ialah dengan rapat itu WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh telah direstui Abdullah Ahmad Badawi sebagai calon di P 36 Kuala Terengganu walaupun ramai setuju dengan Mahathir Mohamad dia calon Barisan Nasional amat buruk.

Dengan rapat itu Lah, pemimpin tempatan yang lain yang banyak berjasa di P 36 Kuala Terengganu, tidak direstui, tidak terpilih, dan terlepas peluang untuk benar-benar berkhidmat kepada para pengundi di kawasan ini tanpa perlu make-up image segera. Mereka sudah pun murni image nya sedari dulu.

Sebab itu Lah, di P 36 Kuala Terengganu - WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh Tidak Perlu Heran Bahawa Dia Rapat Ngan Perdana Menteri Malaysia Pong Jadi Isyiu.

Ini semua bukan sangat pemimpin dan ahli PAS, tetapi ahli dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Dikatakan "proxy" itu, semacam Abdullah Ahmad Badawi mahu menjaga apa kah kepentingannya di Kuala Terengganu. WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh tentu tahu apa kepentingan itu.

Maka itu Lah menjadi isu.

Jadi macam mana ahli dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ini akan berusaha pengundi mengundi WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sedangkan mereka besar kemungkinan akan menyatakan undi protes melalui sabotaj dalaman.

The Star OnLine melaporkan...

On issues raised during campaigning, Wan Farid said he could not understand why there were people making an issue of him being close to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Is it a crime to be close to someone whom you have worked with?” he asked.

Lagi di sini:

http://thestar.com.my/

Eaik! "crime"? Kenapa guna perkataan itu? Ada apa-apa ke?

Setelah sekian lama berkhidmat di pejabat Abdullah Ahmad Badawi, tak kan WAFWAS Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak tahu hakikat rapat dengan Perdana Menteri Malaysia dan manfaat yang masing-masing perolehi?

P 36 Kuala Terengganu - Semakin Jelas BN Mungkin Kalah Kerana Salah Pilih Calon..!

Barisan Nasional Tersilap Calon
Wan Ahmad Farid Wan Salleh
thestar.com.my
Calon Tersilap Barisan Nasional

Siapa Lah sebenarnya yang bertanggungjawab memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon.

Sedari awal, sudah nampak bahawa pemilihan calon ini ialah suatu kesilapan.

Sekali lagi pandangan Mahathir Mohamad, betul. WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional amat buruk.

Dari aspek calon, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, serba-serbi jauh daripada menyamai pencapaian calon terdahulu sebelum ini.

Terkini WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, serba-serbi jauh daripada menyamai ketokohan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon sudah cukup untuk membolehkan Barisan Nasional kalah.


Jika dilihat kepada para pengundi Cina, mereka mula menolak WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dan mula menunjukkan undi memihak kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.



































Dengan jangkaan undi pemimpin dan ahli PAS dan Pakatan Rakyat bakal memberi undi penuh kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, harapan Barisan Nasional mahu menang dengan meletakkan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai calon, harapannya semakin tipis.

Walaupun Undi Pos tidak banyak, namun sebahagian kecil bakal memihak kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Sekarang ini Undi menarik perhatian ialah ahli dan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak akan memberi Undi penuh kepada WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Lihat kepada berapa puak sedang bertelagah secara terbuka atau senyap. Sebahagian berbentuk Undi protes melalui sabotaj dalaman bakal memihak kepada peningkatan peratusan Undi untuk MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Soalannya sekarang, "Itu Lah siapa suruh letak WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, sebagai calon. Kan dah tersilap!"

Seterusnya adakah UMNO dan Barisan Nasional kini terdesak?

P 36 Kuala Terengganu - Sia-sia Pilih Wan Farid - Pendiriannya

Para pengundi mahukan suara mereka didengar dalam Parlimen. Jika begitu sia-sia memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Adakah WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempunyai pendirian peribadi dalam isu tempatan dan isu nasional?

Jika tidak, maka sia-sia Lah memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili P 36 Kuala Terengganu.

Jika WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh ada pendirian peribadi, pendirian ini tidak akan berguna kerana pendirian ini perlu diselarikan dengan pendirian Ahli Parlimen Barisan Nasional. Setakat ini kebanyakan keputusan mereka tidak memihak kepada Rakyat Malaysia.

Keputusan mereka lentur untuk memenuhi kehendak masyarakat setempat hanya apabila ada pilihanraya. Setelah menang keputusan mereka kembali seperti biasa. Mandat yang diberikan tidak bermakna kepada para pengundi.

Jika demikian sia-sia sahaja Lah memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sila baca tiadanya pendirian atau pendirian tidak memanfaatkan para pengundi si WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini, di sini:

http://mt.m2day.org/


Di antaranya:

* Basmi kemiskinan dan keselesaan hidup
* Wang Royalti
* Hukum Hudud
* ISA

Menghampakan!

Sia-sia Lah sahaja memilih WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Tiada manfaat pendiriannya kepada para pengundi di P 36 Kuala Terengganu.

Pendirian Barisan Nasional memang ketara tiada memihak kepada manfaat Rakyat dan Negara Malaysia, apa tah lagi para pengundi dan masyarakat di P 36 Kuala Terengganu.

Perhatikan bila pemimpin cerdik sedikit seperti Muhyiddin Yassin telah buat keputusan, lantang betul suara Abdullah Ahmad Badawi minta dia jelaskan kepada kabinet keputusan yang dibuatnya perihal FTA dengan Amerika Syarikat.

Tidak boleh memandai, tidak boleh memandai-mandai, dan pandai macam mana pun mesti Lah sama bangangnya sebuah kabinet yang keputusan mereka setakat ini tidak pandai langsung.

Seperti Muhyiddin Yassin kena, atau akan dikenakan, sama Lah dengan pendirian WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Sia-sia sahaja Lah pilih si WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini untuk mewakili P 36 Kuala Terengganu.

Pilihan tepat ialah:

P 36 Kuala Terengganu - Jentera Pilihanraya BN Terbuntu Kini

Akankah Jadi Mangsa
Sabotaj Dalaman







Ketika
Jentera Pilihanraya
Barisan Nasional
Terbuntu Kini

Ada semacam gentlemengs' agreemeng di antara calon bahawa WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut supaya masing-masing tidak menyerang calon.

Pun begitu sedikit ada juga. Pertandingan lah katakan.

Dari awal WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, sekadar mempertahankan diri menepis serangan dari orang dan pihak lain yang bukan calon.

Terkini, WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, lebih banyak mempertahankan diri secara defensif.

Serangan tidak datang dari MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut. Tidak datang dari PAS yang sememangnya tahu WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, bukan calon yang baik. Sedangkan Mahathir Mohamad pun kata WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon amat buruk mewakili Barisan Nasional.

Serangan datang dari pengundi sendiri, dan terkezut tidak serangan ini juga datang dari pemimpin dan ahli UMNO sendiri.

Di antara serangan ini ialah datangnya dari kalangan pemimpin dan ahli UMNO yang khuatir jika kemenangan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, menunjukkan kemenangan peribadi dan sokongan kepada Ahmad Said.

Dikhuatiri Ahmad Said akan jadi pemimpin yang membuat keputusan, dan tiada sesiapa dari kerajaan pusat yang berani menegur. Seperti pembelian Mecedes Benz untuk Exco, tuntutan Wang Royalti, dan Ahmad Said ada lagi tuntutannya yang mengecutkan Abdullah Ahmad Badawi, dan Mohd Najib Abdul Razak.

Mereka ini mahukan WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah, supaya Ahmad Said hilang taring.

Ini telah mengakibatkan terkini Jentera Pilihanraya Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu jadi terbuntu kini.

Setakat ini lebih kelihatan ahli dan pemimpin UMNO sendiri dalam jentera pilihanraya ini lebih mahu WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kalah!

Bacaan lanjut di sini:

http://ckcounterpunch.wordpress.com/2009/01/12/in-final-stretch-bn-campaign-still-plagued-by-problems/

P 36 Kuala Terengganu - Kenapa Wan Farid Tolak Peluang Debat..?

Berani Kerana Benar,
Takut Kerana Salah













Jika Semua Pengundi
Mahu Juga Debat Ini
Adakah Wan Ahmad Farid
Tetap Tolak?

Debat di antara Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, adalah peluang untuk Rakyat Malaysia mengetahui bahawa Wang Royalti jelas telah dijelaskan melalui satu penjelasan terbaik.

Kenapa MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut, PAS, Pakatan Rakyat, mahukan debat ini? Satu yang penting ialah mereka akan kemukakan soalan yang sering dikemukakan oleh Rakyat Malaysia.

Kenapa WAFWAS - Wan Ahmad Farid Wan Salleh, UMNO, Barisan Nasional, tidak mahu debat ini? Adakah benar Wang Royalti telah selesai? Ataukah ada fakta yang masih tersembunyi. Adakah debat ini bakal mendedahkan kemungkinan ada yang tidak kena dengan urusan membereskan Wang Royalti.

Barangkali molek Wan Ahmad Farid Wan Salleh bertanya kepada Ahmad Said, betulkah kerajaan negeri sudah berpuashati dengan pembayaran Wang Royalti.

Jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh, nak jadi Mediator sebagaimana disebut Rafidah Aziz maka inilah masanya, melalui Debat.

Jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh sekadar nak jadi jambatan, maka jadilah.

Dengan sebab itu, para pengundi di P 36 Kuala Terengganu mesti menolak calon Barisan Nasional ini, kerana Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak sesuai mewakili Parlimen P 36 Kuala Terengganu.

Kelak kalau sudah di dalam Parlimen nak duduk dia, atau setuju sahaja? Tidak mahu berhujjah di dalamnya?

Maka sebab itu, pilihlah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon yang paling tepat untuk mewakili suara P 36 Kuala Terengganu di Parlimen.

P 36 Kuala Terengganu - PEMUDA BESUT Dah Dapat Kesan Perilaku Sombong Wan Farid


Untuk melihat perilaku Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini sila lawati:

http://pemudabesut.blogspot.com/2009/01/kt-imej-sombong-wan-farid.html

Setakat ini ada lima gambar, InsyaAllah banyak lagi.

Seseorang calon boleh mempamerkan persona melalui personaliti buat-buat. Umpamanya menguntumkan senyuman plastik.

Namun calon berkenaan tidak dapat menyembunyikan karektor sebenar, baik, buruk, mesra, atau sombong...

Jom!

Ahli dan para pemimpin UMNO tempatan di P 36 Kuala Terengganu, dan seluruh ahli dan pemimpin PAS, pastikan Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah.

Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak sesuai mewakili Parlimen P 36 Kuala Terengganu.

Calon pilihan ialah:

P 36 Kuala Terengganu - Pemimpin UMNO Tempatan Dan seluruh pemimpin PAS Bersatu Pastikan Wan Farid Kalah..!

Kenapa?

Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan Lah pemimpin yang mampu membawa perubahan kepada nasib Rakyat Malaysia di Terengganu dan Negeri Terengganu.

Rekodnya yang lalu menunjukkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh hanya Lah pemimpin muda yang angguk dan tidak berani menentang arus, walaupun Abdullah Ahmad Badawi meminggirkan Terangganu, memerap Wang Royalti di tabungan pusat, dan walaupun Mohd Najib Abdul Razak kini, terpaksa membanjiri wang dalam bentuk peruntukan yang banyak ke Kuala Terengganu.

Sehingga PRU 13, kita sudah ada Ahmad Said menerajui kerajaan negeri. Walau apapun bagaimana pun, kehadirannya di kerusi Menteri Besar Terengganu mengecutkan bebola pemimpin pusat. Selain dari wang peruntukan membanjiri Kuala Terengganu, dia masih ada beberapa lagi tuntutan yang mengakibatkan pemimpin pusat terpaksa memberi apa yang hak kepada Rakyat Malaysia di Terengganu.

Pun begitu, kita perhatikan Ahmad Said sehingga PRU 13, kerana PAS dan Pakatan Rakyat mestilah mempastikan negeri Terengganu kembali di bawah bulan mengambang, semua berlatarkan hijau.

Terengganu kini, khususnya di P 36 Kuala Terengganu memerlukan suara, suara lantang, mantap dan bernas, di Parlimen.

Suara ini ialah suara MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut.

Caranya ialah, kali ini ahli dan pemimpin UMNO tempatan bersatu dengan keseluruhan ahli dan pemimpin PAS mengundi MAWE Mohd Abdul Wahid Endut.

Demi kemajuan Rakyat Malaysia di P Kuala Terengganu dan kemakmoran Negeri Terengganu, kali ini ahli dan pemimpin UMNO tempatan bersatu dengan keseluruhan ahli dan pemimpin PAS mempastikan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kalah.

Suara siapa di perlukan di Parlimen mewakili P 36 Kuala Terengganu?


P 36 Kuala Terengganu - Kak Tom Pak Tam En Tan Okay Ler Tapi Phantom Siapa Pulak Wan Farid..?

Namanya pelek sikit. Jarang kedengaran dalam pilihanraya. Ada kah dia punyai surat beranak, atau nombor kad pengenalan, lahir di mana, tinggal di mana, seorang serumah, sekeluarga berlima, atau dalam rumah tinggal sampai 90 orang, rumah tak ada alamat pulak kah?

Kalau Kak Tom, ramai kenal. Kalau Pak Tam, tahu Lah siapa dia, atau Encik Tan, memang manusia belaka semuanya.

Ini Phantom.

Siapa dia ini, wahai Wan Ahmad Farid Wan Salleh..?

Kalau tak kenal, macam mana boleh disebutnya??

BERNAMA melaporkan:

January 10, 2009 00:06 AM

Phantom Voters Allegation Old Tactic - Wan Farid

KUALA TERENGGANU, Jan 9 (Bernama)-- The opposition parties should have objected the electoral roll if they were not happy with it instead of making allegations on phantom voters in the Kuala Terengganu parliamentary by-election.
Ini ke?






atau...

P 36 Kuala Terengganu - Wan Farid Sempat Lagi Tarik Diri - Nak Menang Cam Maner Jirang Pong Dok Kenal

Eksklusif betul Wan Ahmad Farid Wan Salleh ketika dia belum tahu bahawa dia bakal dianiayakan sebagai calon mewakili Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.

Malaysiakini melaporkan...

  • Tidak kenal calon BN, nafi sombong
    Muda Mohd Noor | Jan 10, 09 11:16am
  • Beberapa pengundi termasuk yang tinggal berdekatan rumah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Jalan Ibrahim mendakwa tidak mengenali calon BN itu walaupun pernah terserempak dengannya.LAGI
  • Lebih kenali bapa calon BN
    Pernah cat rumah Wan Farid

    Sambungan di sini:

    http://www.malaysiakini.com/

Adakah tidak cukup masa atau terlambat sudah, Wan Ahmad Farid Wan Salleh menjaja senyuman?

Namun dia masih sempat untuk menarik diri sebelum UMNO, Barisan Nasional mendapat malu besar, andai Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah kelak di P 36 Kuala Terengganu.

P 36 Kuala Terengganu - Khairy Mula Loghat Ganung Kite Habeh Ler Mung Wan Farid Kalah..!

Khairy Jamaluddin
tunkuaisha.blogspot.com
Ada orang peringatkan supaya mempastikan Khairy Jamaluddin supaya tidak tunjuk muka atau berkempen di P 36 Kuala Terengganu.

Ini disebabkan kemampuan Khairy Jamaluddin untuk mengakibatkan kekalahan calon Barisan Nasional bertanding.

Di antara wajah Khairy Jamaluddin bila kekuatannya bangkit untuk kalahkan calon Barisan Nasional.
Khairy Jamaludin
ijok2007.wordpress.com

Seperti di P 44 Permatang Pauh, anginnya bersahaja, namun bila di hari ke-5 Mohd Najib Abdul Razak sudah hilang sentuhan mengawal untuk kemenangan, Khairy Jamaluddin akan all-out di hadapan sekali.

Calon Barisan Nasional pun kalah.

Beranikah Mohd Najib Abdul Razak menegur Khairy Jamaluddin?
Khairy Jamaluddin
pak-lah-pm.blogspot.com
Ini djangka terjadi sekali lagi bila Mohd Najib Abdul Razak hilang sentuhan dan kawalan untuk menang, walaupun dia terajui kempen pilihanraya, P 36 Kuala Terengganu bakal menyaksikan Khairy Jamaluddin pemimpin super class berpotensi Perdana Menteri Malaysia.

It is like saying, "This is the way man..."

Maka calon Barisan Nasional bakal kalah.

Jika dipersalahkan, dia ada strategi ini:
Khairy Jamaluddin
no2umno.wordpress.com


Ramai tidak mengenalinya. Pelbagai wajahnya. Mahathir Mohamad sendiri pun tertanya, "Siapa dianya Khairy Jamaluddin ini..?"



Maka, tanda kekalahan Wan Ahmad Farid Wan Salleh jelas, kerana kini Khairy Jamaluddin, dia sudah mula telor, atau longhat Ganung Kite.

Habeh ler mung Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Malaysiakini
melaporkan...

Khairy: PAS parti 'dok rok cetong'
Muda Mohd Noor | Jan 10, 09 12:31pm
Naib Ketua Pemuda Umno,
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
menyifatkan...

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/


Di antara perkataang yang Khairy Jamaluddin gunakang ialah:

"keluk-kelek"

Untuk memahami perkataang itu, sekadar contoh ya, "UMNO parti keluk-kelek."

Dok Rok Cetong

Untuk memahami perkataang itu, sekadar contoh ya, "Wan Farid calong dok rok cetong mewakili Barisang Nasional."

Selain daripada Khairy Jamaluddin seorang sahaja yang berani berkata "Datang untuk tanam, kuburkan politik Anuar..." dia juga pandai menari.

P 36 Kuala Terengganu - Jika Najib Pak Lah & Semua Tak Ngaku Kini Wan Farid Orang Zubli

I kesian kat Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Dia calon amat teruk mewakili Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.

Setiap orang bukan sempurna. Ada baik dan ada buruknya. Tapi Mahathir Mohamad kata Wan Ahmad Farid Wan Salleh calon Barisan Nasional amat buruk.



















Terima Lah hakikat ini.

Semakin hari semakin Wan Ahmad Farid Wan Salleh menampakkan kekalahan, lagi Lah para pemimpin UMNO atau Barisan Nasional tidak mahu kena-mengena dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai orang dia, masing-masing.

Jika semua tak mahu mengaku Wan Ahmad Farid Wan Salleh orang sapa-sapa. Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan orang Pak Lah. Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan orang Khairy Jamaluddin. Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan orang Najib. Tetapi Wan Ahmad Farid Wan Salleh ialah orang. Kesian dia.

Sudah Lah jawatan dulu bukan sandangannya lagi, setelah dianiaya begitu rupa, dipilih sebagai calon jugak walaupun teruk, selepas itu semua nak lepas tangan.

Jadi Wan Ahmad Farid Wan Salleh kini jika dia setuju maka jadi orang saya. Orang Zubli Zainordin.

Zubli Zainordin Avatar
Zubli Zainordin


Kechil tapak tangan, stadium negeri saya tadahkan.

Mari Wan Ahmad Farid Wan Salleh kat Uncle.

Setelah setuju, saya nasihatkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh supaya menarik diri daripada bertanding. Supaya memberi laluan mudah kepada MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut supaya menang.

Biar Lah MAWE - Mohd Abdul Wahid Endut mewakili P 36 Kuala Terengganu di Parlimen.

Dengan Wan Ahmad Farid Wan Salleh menarik diri, para pemimpin UMNO pun tak perlu berhenti sekejap, lantaran mereka boleh terus tumpu kempen peribadi untuk masing-masing menang di Perhimpunan UMNO Mac 2009 kelak.

P 36 Kuala Terengganu - Pak Lah Orang UMNO Lebih Banyak Kata Tak Elok Wan Farid Ini..!

Malaysiakini melaporkan:

PM pelik orang Umno cakap tak elok tentang Wan Farid
Muda Mohd Noor | Jan 9, 09 12:12pm

Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau pelik kerana orang Umno yang lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/


Mungkin orang PAS malas nak cakap pasal Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini. Mereka tahu Wan Ahmad Farid Wan Salleh memang calon yang tidak baik.

Mahathir Mohamad telah kata begitu, bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh calon Barisan Nasional yang amat buruk.

Sebahagian pengundi di P 36 Kuala Terengganu pun tahu Wan Ahmad Farid Wan Salleh calon Barisan Nasional yang amat buruk. Ini satu kesilapan besar pemimpin Barisan Nasional dalam memilih calon. Ramai yang yang baik dan berjasa di Kuala Terengganu. Namun calon amat buruk juga pilihan para pemimpin yang memang buruk dan teruk.

Kini orang UMNO yang tahu dan tidak berpuas hati lebih banyak bercakap mengenai yang tidak elok terhadap calon BN bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, berbanding dengan pihak pembangkang.

Ini adalah kerana Wan Ahmad Farid Wan Salleh sememangnya calon Barisan Nasional yang amat buruk.

P 36 Kuala Terengganu - Amat Buruk Sangatkah Wan Farid Sehingga Tiada Pemimpin Mahu Akui Dia Orang Siapa-siapa..?

Saya melawat dan baca pos ini:

WAN FARID BUKAN ORANG SAPA-SAPA.... - Najib kata.... Wan Farid bukan orang sapa-sapa.... Dia tak de kena mengena dengan saya...... Dengan Pak Lah pun tiada juga....... Pak lah dan saya buat keputusan...

Sambungan di sini:

http://motherof3mohd.blogspot.com/
Malaysiakini turut melaporkan...
BN candidate not Pak Lah's man, says Najib
Jan 10, 09 12:40am
The Barisan Nasional candidate for the Jan 17 Kuala Terengganu by-election is not Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi's man as alleged by certain quarters.
It was a collective decision
BN has learnt its lesson

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/news/96167
Ada orang UMNO di kalangan pemimpin dan ahli yang mengatakan Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini Orang Khairy Jamaluddin.
Khairy Jamaluddin
www.jphpk.gov.my

Ternampak juga perkaitannya bila Wan Ahmad Farid Wan Salleh mempersilakan Ezam Mohd Noor untuk turut membantunya. Namun jelas nampaknya kehadiran Ezam Mohd Noor bakal membantu tokokan kekalahan Wan ahmad Farid Wan Salleh di P 36 Kuala Terengganu.

Mungkinkah Wan Ahmad Farid Wan Salleh orang Pak Lah?
Abdullah Ahmad Badawi
flickr.com

Ternampak juga perkaitannya bila Wan Ahmad Farid Wan Salleh ialah mantan Setiausaha Politik Abdullah Ahmad Badawi.

Ada gambaran menunjukkan Mohd Najib Abdul Razak mahu mengaitkan nama Abdullah Ahmad Badawi, seandainya Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah kelak. Sewaktu mengumumkan nama Wan Ahmad Farid Wan Salleh jelas Mohd Najib Abdul Razak ada menyebutkan bahawa calon Barisan Nasional ini mendapat restu daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Maka bila sekiranya Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah, akan ada orang yang mempersalahkan Abdullah Ahmad Badawi kerana tersalah merestui calon Barisan Nasional ini.

Pun begitu mungkinkah Wan Ahmad Farid Wan Salleh orang Mohd Najib Abdul Razak?


Mohd Najib Abdul Razak
www.graceong.com

Nampak juga perkaitannya bahawa Mohd Najib Abdul Razak sedang menuju kerusi Perdana Menteri Malaysia, jika Abdullah Ahmad Badawi tidak berbohong di atas niat mahu bersara awal.

Entah Lah,

Wan Ahmad Farid Wan Salleh ini orang siapa?

Orang tahu Wan Ahmad Farid Wan Salleh orang yang besar kemungkinan kalah di P 36 Kuala Terengganu.

Dengan demikian awal-awal lagi para pemimpin mula memotong perkaitan dengannya bahawa Wan Ahmad Farid Wan Salleh bukan orang saya, dia, engkau, depa, atau Orang sapa-sapa.

Betul juga, di antara kemenangan Mohd Najib Abdul Razak dan kekalahan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, siapakah yang Mohd Najib Abdul Razak utamakan?

Nampaknya Wan Ahmad Farid Wan Salleh, semacam teraniaya bila diumumkan sebagai calon Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.

Mungkin ada pengajaran dari pilihanraya kecil ini jika Wan Ahmad Farid Wan Salleh kalah kelak. Ketika itu adakah siapa pedulikannya?

Cuba telefon Arif Shah Omar Shah sekadar bertanya pengamalannya setelah kalah di P Permatang Pauh.