P 36 Kuala Terengganu - Pos Menarik Nik Hassan Azmi - Satu Blog Total Melihat Najib Tidak Reti Manfaat Pengumuman Calon
4 Comments
»
Mohd Najib Abdul Razak
omong.files.wordpress.com
http://atotalblog.wordpress.com/2008/12/20/p-36-kuala-terengganu-if-najib-is-leading-this-a-potential-bn-lost-again/
Mohd Najib Abdul Razak
Belum Sampai
Ke Taraf
Strategis Memenangi Pilihanraya
Sehebat Anwar Ibrahim
atau
Mahathir Mohamad
dan
Para Strategis
Pakatan Rakyat
Pengumuman yang dibuat oleh Mohd Najib Abdul Razak, setelah direstui Abdullah Ahmad Badawi, yakni Wan Ahmad Farid Wan Salleh, calon Barisan Nasional P 36 Kuala Terengganu, di hadapan kurang lebih 5,000 orang penyokong BN, di kediaman Menteri Besar.
Apakah pengumuman sedemikian itu, kerana mengelakkan rasa tidak puas hati beberapa nama yang turut disebut untuk dicalonkan. Terutama calon yang lebih tumpu kerja di Kuala Terengganu daripada lebih banyak masa di Kuala Lumpur?
Apapun Wan Ahmad Farid Wan Salleh, kerugian dari aspek mendapat liputan lebih sempurna terutama kepada para pengundi di P 36 Kuala Terengganu.
Perhatikan bagaimana PAS memanfaatkan pengumuman calonnya. Ini, di pos oleh Nik Hassan Azmi di Blognya. Saya cukup suka tengok senyuman Salahudin Ayub.
Tiada tertekan. Tenang mengumumkan susunan acara untuk PAS menang di P 36 Kuala Terengganu.21 December 2008
PAS umum calon di Stadium Negeri, besar-besaran - Malaysiakini
1 Januari 2009 dipilih kerana cuti umum.
Satu majlis besar-besaran diusul berlangsung di Stadium Negeri Kuala Terengganu.
It is A BIG deal.
Bayangkanlah berapa ramai pengundi, di kalangan penyokong PAS, pengundi atas pagar, dan liputan media bakal diperolehi untuk calon PAS kali ini.
Pengumuman ini dibuat oleh Presiden parti PAS. Ketika Abdullah Ahmad Badawi ke mana luar negara merayaunya.
Bijak! Bijak!!
InsyaAllah, seterusnya kita bakal menyaksikan satu demi satu "fumble" Mohd Najib Abdul Razak dalam menerajui pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu ini.