PM & UMNO - Pemimpin dan Parti Komponen BN Kembali Kepada "Ya, Baik Tuan"
Selepas PRU 12 beberapa peristiwa berlaku bersangkutan kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan UMNO. Dari Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, sampailah kepada para pemimpin dalam parti komponen Barisan Nasional masing-masing tidak memikul tanggungjawab bersama keputusan buruk yang telah dicapai.
Memanglah Abdullah Ahmad Badawi perlu bertanggungjawab sepenuhnya, dan molek sangatlah dia bersara awal sepatutnya pada 9 Mac 2008.
Ada lagi sebenarnya pemimpin yang molek turut sama bersara awal. Mereka masing-masing menjadi faktor prestasi buruk Barisan Nasional di PRU 12.
Barangkali ada benarnya pendapat yang menyatakan prestasi Barisan Nasional di PRU 12 banyak dihasilkan oleh Rakyat yang meluat dengan pemimpin Barisan Nasional yang tidak membela nasib mereka sebaliknya bersifat "Ya, Baik Tuan".
Pun begitu tidak boleh diperkecilkan gelombang harapan baru yang dibawa oleh Pakatan Rakyat yang konsisten sedari awal PRU 12 untuk mementingkan dan memanfaatkan Rakyat Malaysia seluruhnya.
Dalam keadaan Pakatan Rakyat kelihatan semakin kuat, dan Barisan Nasional semakin lemah, para pemimpin parti komponen Barisan Nasional mula menguji peluang mereka dengan menekan Abdullah Ahmad Badawi dan UMNO.
Apa yang telah berlaku umpamanya kepada SAPP, dan Zaid Ibrahim sekadar contoh, bakal mengembalikan pemimpin dan parti komponen Barisan Nasional kepada sifat lazim yang asal, "Ya, Baik Tuan".
Kita saksikan hal ini agak jelas pada MCA, MIC, Parti Gerakan Rakyat Malaysia, dan PPP. Mungkin parti yang lain juga dalam Barisan Nasional itu.
Walaupun sifat sedemikian memberi sedikit jaminan survival politik mereka, namun dalam jangka masa panjang, ahli parti yang tidak mendapat manfaat yang seumpama, bakal meninggalkan parti dan keluar Barisan Nasional.
Kini mereka ada alternatif.
Pakatan Rakyat.
Mungkin, jika pemimpin UMNO menjadi Perdana Menteri, dan UMNO terus terajui Barisan Nasional, ramai yang sedia ada akan kekal.
Perubahan akan menjadi kenyataan besar-besaran bila pemimpin yang menjadi Perdana Menteri ialah dari Pakatan Rakyat.
Usaha perlulah mempastikan bahawa Barisan Nasional kalah dan kalah teruk dalam setiap pilihanraya kecil dan PRU 13.
Pembentukan kerajaan baru, dan kemunculan Perdana Menteri Malaysia dari Pakatan Rakyat.
Perjuangan itu diteruskan di P 36 Kuala Terengganu.
InsyaAllah