Bloggawan Syukran Dan Rahsia Untuk Kalahkan PAS Dalam Pilihanraya
0 Comments
»
Menarik sungguh pos ini di Blog http://syukran.wordpress.com/:
Respons saya...Rahsia Untuk Kalahkan Pas
Dalam Pilihanraya
Dikirim pada Januari 21, 2009 oleh HermanSamsudeenUmno pening kepala selepas kalah lagi dengan Pas dalam Pilihanraya. Atas kertas kekuatan Umno melebihi Pas kerana mereka disokong dengan dana dan jentera pilihanraya yang lebih besar.
Bersambung di sini:
http://syukran.wordpress.com/2009/01/21/rahsia-untuk-kalahkan-pas-dalam-pilihanraya/
01. UMNO memperkenalkan Islam Hadhari.
Ini amat mengelirukan.
Ianya sebijik melambangkan pemimpin UMNO. Dari Abdullah Ahmad Badawi, Mohd Najib Abdul Razak, dan lain-lain pemimpin.
Pegangan Islam Hadhari ini, umpamanya, jika sembahyang boleh sampai jadi imam. Namun sekadar sentuh artis, pegang wanita yang bukan mukhrim contohnya tidak mengapa.
Ini image kecil, namun sampai ke imej besar pemimpin UMNO dan pegangan Islam Hadhari.
Sukar untuk melihat gambaran itu pada para pemimpin PAS.
02. Perjuangan Rakyat Malaysia
PAS Untuk Semua.
Hebat itu.
UMNO untuk Melayu. UMNO dalam Barisan Nasional baru untuk semua.
Pun begitu, dalam Barisan Nasional, UMNO bukan Lah untuk semua. UMNO tetap dengan ketuanan Melayu.
Manakala dalam UMNO pula, UMNO bukan untuk Melayu. UMNO untuk sekumpulan elit Melayu yang berkaitan Presidennya.
...
Saya anggarkan 100 tahun untuk pemimpin UMNO memulihkan parti ini.