Gelombang Rakyat

BLOW - Bila Bijak Pandai Dan Bloggawan Ahmad Saabun Lebih Tahu Cara Daripada Pemimpin Utama

Para pemimpin UMN kini kelihatan tenggelam punca. Mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada parti ini. Apa yang sedang berlaku dalam UMN. Bagaimana masa depan UMN sebagai parti peneraju gabungan, negeri, dan negara.

Dalam tenggelam punca, mereka mula lemas. Dan menjerit begitu begini, apa sahaja terfikir secara spontan.

Ini reaktif. Bukan proaktif.

Dalam tenggelam punca itu juga, mereka tidak dapat mendengar dengan baik, maklum Lah rata-rata tua-tua bangka belaka. Jika pun boleh mendengar, mereka tidak dapat respons sebagaimana sepatutnya.

Membaca pun kurang. Membaca pos di Blog apa tah lagi.

Dalam termanggu ini Lah ramai bijak pandai, mereka yang masih sayangkan UMN, dan individu prihatin seperti Ahmad Saabun melontarkan pandangan bernas.

Adakah pandangan begini mahu didengari? Entah Lah, saya telah lawati dan baca posnya...

Selasa, 2009 Januari 27

Bubar Puteri, Putera: Rithauddeen perlu letak jawatan

Salam untuk semua. Tengahari tadi ketika hendak menjamah makan tengahari saya tersentak. Lantas selera makan tersentap. Terpandang di kaca TV Buletin Tengahari TV3, Pengerusi Lembaga Displin UMNO Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail mencadangkan agar UMNO

Sambungan di sini:
http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/01/bubar-puteri-putera-rithauddeen-perlu.html

Lagi...

Rabu, 2009 Januari 28

Lantik saja TUN Pengerusi Jawatankuasa Displin

Salam hormat dan salam sejahtera. Hari ini sekali lagi Umno telah 'berubah'. Berubah bilamana Pengerusi Jawatankuasa Displin UMNO Tengku Ahmad Rithauddeen mencadangkan...

Sambungan di sini:

http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/01/lantik-saja-tun-pengerusi-jawatankuasa.html

Namun, apapun cadangan baik amat sukar untuk sampai kepada pembuat keputusan tertinggi UMN. Sedangkan mereka sudah tenggelam punca.

Kini masa kita semua untuk berhijrah dari UMN dan Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat. Pilihlah parti yang mana suka, semua bagus-bagus belaka...PAS - Parti Islam SeMalaysia, PKR - Parti KeADILan Rakyat, dan DAP - Democratic Action Party.

Tinggalkan UMNO. Tolak semua pemimpin mereka.

Jom! Semua sertai Pakatan Rakyat.

3 comments:

LESONGINDEK said...

Salam Sdra Zubli,

Tak sampai kok, hanya kita -kita yang baca posting ini gak. Mereka mana lah ada waktu , sebok bangat, banyak nak berfikior itu ini.

TK

Gelombang Rakyat said...

M.SEPIAL

Tambah-tambah lagi waktu begini, ramai pengunjung di sekeliling mereka.

Sebok!!!

Hehehehe...

Quantum Metal Consultant said...

Baca yang tersurat dan tersirat - Tengku Ahmad Rithautheen (ejaan ikut sedap mulut) sarankan sayap kanan dan kiri dibubarkan bermaksud UMNO sudah lumpuh kerana sayap sayap itu sudah tidak berfungsi.

Catatan sejarah patut backdated bahawa UMNO itu sendiri sebenarnya sudah terkubur bersamaan tarikh Tun keluar dari UMNO.