BLOW - Bila Bijak Pandai Dan Bloggawan Ahmad Saabun Lebih Tahu Cara Daripada Pemimpin Utama
Para pemimpin UMN kini kelihatan tenggelam punca. Mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada parti ini. Apa yang sedang berlaku dalam UMN. Bagaimana masa depan UMN sebagai parti peneraju gabungan, negeri, dan negara.
Dalam tenggelam punca, mereka mula lemas. Dan menjerit begitu begini, apa sahaja terfikir secara spontan.
Ini reaktif. Bukan proaktif.
Dalam tenggelam punca itu juga, mereka tidak dapat mendengar dengan baik, maklum Lah rata-rata tua-tua bangka belaka. Jika pun boleh mendengar, mereka tidak dapat respons sebagaimana sepatutnya.
Membaca pun kurang. Membaca pos di Blog apa tah lagi.
Dalam termanggu ini Lah ramai bijak pandai, mereka yang masih sayangkan UMN, dan individu prihatin seperti Ahmad Saabun melontarkan pandangan bernas.
Adakah pandangan begini mahu didengari? Entah Lah, saya telah lawati dan baca posnya...
Selasa, 2009 Januari 27
Bubar Puteri, Putera: Rithauddeen perlu letak jawatan
Salam untuk semua. Tengahari tadi ketika hendak menjamah makan tengahari saya tersentak. Lantas selera makan tersentap. Terpandang di kaca TV Buletin Tengahari TV3, Pengerusi Lembaga Displin UMNO Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudden Tengku Ismail mencadangkan agar UMNOSambungan di sini:
http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/01/bubar-puteri-putera-rithauddeen-perlu.html
Lagi...
Rabu, 2009 Januari 28
Lantik saja TUN Pengerusi Jawatankuasa Displin
Salam hormat dan salam sejahtera. Hari ini sekali lagi Umno telah 'berubah'. Berubah bilamana Pengerusi Jawatankuasa Displin UMNO Tengku Ahmad Rithauddeen mencadangkan...Sambungan di sini:
http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/01/lantik-saja-tun-pengerusi-jawatankuasa.html
Namun, apapun cadangan baik amat sukar untuk sampai kepada pembuat keputusan tertinggi UMN. Sedangkan mereka sudah tenggelam punca.
Kini masa kita semua untuk berhijrah dari UMN dan Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat. Pilihlah parti yang mana suka, semua bagus-bagus belaka...PAS - Parti Islam SeMalaysia, PKR - Parti KeADILan Rakyat, dan DAP - Democratic Action Party.
Tinggalkan UMNO. Tolak semua pemimpin mereka.
Jom! Semua sertai Pakatan Rakyat.