Gelombang Rakyat

BLOW - Bila Harimau Sudah Menaip Dan Satu Blog Total - Sama Beza

Harimau-Menaip kata...

Salam Tuan,

Ia pandangan peribadi saya. Mungkin ia silap.

Saya memandang beliau(Ku Li) sebagai seorang yang tamak dan gila kuasa. Bukan salah melawan ketua jika ketua itu silap, tetapi saya dapat merasakan bahawa Ku Li hanya bergelar pemimpin di Gua Musang sahaja.

Bagaimana mahu memimpin Malaysia jika tiada sokongan rakyat Malaysia?

Sebab itu, saya fikir calon paling layak bagi PM adalah Anwar.

Ku Li kelihatan sebagai Ahli Parlimen biasa-biasa sahaja. Tiada apa yang lebih atau hebat.

Betulkan saya kalau saya tersilap.

Wassalam.

January 24, 2009 1:24 PM


Oh begitu. Pos sebelum ini pun pandangan peribadi saya.

Kita Bloggawan punyai pandangan peribadi. Itu Lah syoknya ada Blog. Keperibadian nan tiada kan termuatkan di media arus perdana.

Dalam konteks pandangan peribadi, tiada niat untuk membetulkan sesiapa. Apa telah saya lakukan ialah kemukakan pandangan saya sendiri. Pandangan ini bukan baru. Telah saya pos terdahulu. Jadi berkaitan dengan komen asal.

Cuma saya melihat sokongan terhadap Tengku Razaleigh Hamzah begitu, kerana sifat gentlemen nya, UMNO buat peraturan macam-macam dan dia tergolek tanpa mendapat pencalonan mencukupi.

Tidak bermain rasuah, politik wang, tidak bermain politik pun, Tengku Razaleigh Hamzah mengharapkan the best man wins.

Tapi UMNO sekarang terlalu ramai berbanding dahulu pemimpin yang mampu kuburkan peluang pemimpin terbaik untuk memulih dan memelihara parti UMNO ini.

Pun begitu, Tengku Razaleigh Hamzah barangkali tidak tahu pun apa kita pos di sini.

Bila Harimau Sudah Menaip dan Satu Blog Total masing-masing boleh berpandangan sendiri. Seronok bila ada persamaan.

Setakat yang saya tahu:


















ANWAR IBRAHIM

0 comments: