Gelombang Rakyat

BLOW - Asrol Affandi Sertai Blogger Wawasan...

Asrol Affandi
di Kelantan

blog:

www.webpanas.blogspot.com

www.kelatekito.com

Sama-sama kita berjuang kerana Allah, berkongsi maklumat dengan semua, supaya melalui pilihanraya, pilihanraya kecil, dan terutama PRU 13, pemimpin, parti, gabungan yang menang ialah yang mereka yang memajukan Rakyat Malayisa semua dan memakmorkan Negara Malaysia seluruhnya.

BLOW - Blogger Forumer Grouper - Forsa Penentu Pilihanraya Kecil Dan Terutama PRU 13

BLOW - Blogger Wawasan -

Model Rangkaian Jaringan Total Freedom. Wawasan - mempastikan pemimpin, parti dan gabungan politik disokong kerana memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia. Tolak pemimpin, parti, dan gabungan politik RM 5 Billion kongsi 5 orang sekongkol pemimpin, dan RM 1 Juta kongsi 500,000 Rakyat.

Bakal menerajui forsa baru di persada politik Malaysia.

Ahli ada 3 setakat ini.

My Photo
Dollah Yankee Di Blogspot

Foto Saya
ISA - Ikut suka Aku



Zubli Zainordin - Satu Blog Total

Keahlian dan Penyertaan
Lain-lain Bloggers Sematlamat
Dialu-alukan.


Forumer setakat ini banyak membantu dari mengeluarkan informasi yang panas dan penting. Generasi yang mempunyai lingo tersendiri. Bila fokus mereka betul, Forumer boleh menjadi satu forsa penentu kemenangan pilihanraya dan terutama PRU 13.

Setakat ini seronok di TranungKite OnLine. Adakah yang lebih lagi. Sila beritahu.

Grouper lebih fokus. Bukan sesiapa boleh. Sekiranya boleh di atas jemputan dan ada approval moderation. Mereka sehati dan sekepala. Sama macam BLOW, namun mereka jauh lebih maju. Rencana lebih tersusun. Pengalaman dan pemikiran lebih matang.

Setakat ini Yahoo Group Perisik Rakyat.


Click to join PerisikRakyat

Click to join PerisikRakyat

(rujuk blog Perisik Rakyat®, ummi anni, sya reformis, zulmamak dll ahli bloggers network).

Semoga usaha kita diredhai Allah.

Bezanya Blower, Forumer, Grouper, ialah mereka bukan upahan. Tiada yang sponser supaya mengutara atau mengselatankan maklumat pemimpin, parti, gabungan yang baik kah atau tidak baik kah, diperjuang sebagai baik belaka. Kita, yang baik kita kata baik, dan yang tidak baik kita kata tidak baik. Jelas!

Jika kita jumpa mereka, merekapun mula dictate. Payah kita jadinya. Lebih molek mereka jumpa kita, dan kita diskus. Mereka faham kita dan kita faham mereka. Mereka ini bukan jenis yang salam, senyum, mesra sewaktu nak kan undi di pilihanraya sahaja. Kita kenalpasti mereka yang benar-benar terbaik dan mahu majukan Rakyat Malaysia dan makmorkan Negara Malaysia.

Bacaan pemimpin, parti, gabungan politik terkini menjelang PRU 13.

Ada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Setakat ini Barisan Nasional tidak mendekati teknologi internet berkaitan Blogger, Forumer, dan Grouper. Mungkin 2013 atau 2113 baru mereka sedar.

Manakala Pakatan Rakyat telah menyedari dan memanfaatkan teknologi internet berkaitan Blogger, Forumer, dan Grouper. Sedikit sebanyak ini memberi sumbangan kepada kemenangan pilihanraya dan kemungkinan menang besar PRU 13.

Pemimpin, parti, dan gabungan Pakatan Rakyat masih rendah keprihatinnya mereka terhadap Blower, Forumer, dan Grouper seperti kita. Bila menang pilihanraya, ada ucapan *Terima Kasih kepada semua pihak*, kita rasa macam kita pun dihargai, sebenarnya tidak. Perasan! Lawakwakahkuikui.

Lazimnya Pakatan Rakyat masih mencari penyatuan identiti dan perjuangan, dan kita ada kekhuatiran bahawa gabungan ini sama juga akan memelihara ahli dan pemimpin masing-masing, justru lambat laun akan sama geraknya dan budayanya dengan Barisan Nasional.

Letih!

Kita mahukan pemimpin, parti, dan gabungan yang memanfaatkan Rakyat Malaysia. Bila begitu, kita yang tidak memihak, tidak berparti, tidak taksub pemimpin, turut kecapi nikmat kemajuan dan kemakmoran usaha mereka untuk semua. Orait Lah, kita sokong mereka menang, mereka sokong semua, dan kita pun disokong sama.

Sekiranya terjadi Barisan Nasional 45 dan Pakatan Rakyat 45. Ada 10 peratus lagi, the swingers, jika tidak pun the Kingmakers.

Setakat ini dahulu, tetap terbuka kepada perbincangan, komen, dan kritikan anda semua.

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal terjadi seterusnya...

BLOW - Soalan TopengPerak - Perubahan UMNO Sekarang Atau April Atau Tunda Terus

Abdullah Ahmad Badawi menyatakan perubahan UMNO dilakukan selepas pemilihan pemimpin di Perhimpunan Agong UMNO 9 Mac 2009.

Bukan sekarang?

Selepas kenyataan itu, Muhyiddin Yassin yang berada di Dubai, turut di tanya, dan respons nya ialah perubahan itu sebaiknya dilakukan segera.

Demikian jauh bezanya kepemimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Muhyiddin Yassin perihal perubahan UMNO.

Pada saya, perubahan UMNO semoleknya semasa 9 Mac 2008, dan pemukiman segera. Namun tidak terjadi begitu, dan pemukiman berlaku kemudian, dan tiadapun kedengaran hasilnya sehubungan perubahan UMNO. Jika ada, tiada nampak hasilnya.

Sehingga Lah kesedaran Mohd Najib Abdul Razak selepas P 36 Kuala Terengganu.

Tidak juga segera. Tidak seperti mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel pada 5 Jun 2008 lalu. Kesilapan paling besar Abdullah Ahmad Badawi.

Ini satu lagi kesilapan Abdullah Ahmad Badawi yakni melambat, melengah...tunda.

Apakah seperti seorang petani melihat nangka busuk, dan terus busuk, lalu menyimpan pendapat agar biar Lah nangka ini benar-benar busuk dan gugur ke tanah juga.

Bercakap perihal perubahan UMNO, dengan mengambilkira mereka yang masih menyayangi UMNO, TopengPerak bertanya kepada saya,

Kenapakah kenyataan itu dibuat oleh Abdullah Ahmad Badawi dan bukan Mohd Najib Abdul Razak..?

Termenung saya seketika.

Pos TopengPerak di Blog nya Perisik Rakyat:

Saturday, January 24, 2009

Lepas Pemilihan Baru Ubah, Sekarang Enjoy...!!! - malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata...

Bersambung di sini:

http://perisik-rakyat.com/
Biasanya, pemimpin yang berjanji akan bersara awal, dia telahpun melakukan perubahan UMNO, dan apa juga perubahan berikutnya ditentukan oleh pemimpin pengganti.

Jikalau benar Mohd Najib Abdul Razak pengganti Abdullah Ahmad Badawi, jikalau betul Abdullah Ahmad Badawi betul-betul bersara awal sebagaimana dijanjikan.

Sedangkan sememangnya ada individu dan kumpulan di luar UMNO amat mengharap agar Abdullah Ahmad Badawi terus kekal di kerusi Perdana Menteri.

Kelebihannya ialah, Abdullah Ahmad Badawi dijangka tidak berbuat apa yang sepatutnya dia buat, dan mungkin membuat apa yang tidak sepatutnya di buatnya. Dengan itu Pakatan Rakyat terus boleh menang pilihanraya kecil demi pilihanraya kecil, dan InsyaAllah menang besar PRU 13.

Jika usaha ini sedang berlaku, tidak hairan Lah, pos terkini Mahathir Mohamad, kecaman terhadap Abdullah Ahmad Badawi berkaitan kekalahan Barisan Nasional di P 36 Kuala Terengganu.

PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

| | Comments (316) | TrackBacks (0)

7. UMNO dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan UMNO yang sebenar.


Pos sepenuhnya di sini:

http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/01/pilihanraya-kecil-kuala-tereng.html#more

Adeh!

BLOW - Jejak Nasarudin Hashim - Berapa Ramai Lagi Pemimpin Terperangkap Dalam Partinya Nak Ikut Sama Keluar..?

Entah Lah...

Di antara kami ada yang mengharapkan pemimpin bukan sahaja keluar, tapi ada pilihanraya kecil.

Baru Lah pemimpin yang terperangkap dalam partinya boleh ikut jejak Nasaruddin Hashim, bebas merdeka, dan terus berbakti melalui PKR - Parti Keadilan Rakyat, Pakatan Rakyat.

zzzzzlol-cats.jpg
http://www.veryfunnypics.com/

Alahai! Keluar jer, tak perlu Impressive begini...

How In The Graphic
Get the Code Add to Favorites

BLOW - Bote Bukan Tamparan Hebat Tapi Balingan Deroyan Sila Sambut UMNO BN Weh..!

Tak tahu ler Teman Telok Intan.

Nasarudin Hashim keluor UMN

O

masuk PKR - Parti Keadilan Rakyat, Pakatan Rakyat,

ade ke rupe macam dia nye beghi tamparan hebat kepada UMN

O

atau Barisan Nasional?

Tema ghase idak aieyh.

Rase macham dibalin nyer buah deroyan, heee, sambut ler mengkome pemimpin UMN

O.

Nengok gambo nii hee, ade ke roper macam ape ke name nye, konvokasen, eish idak ler reti Teman nyebot nye. Tapi cher mike nengok nii...

Ade lagi gambor nye kat sini:

http://arifabdull.wordpress.com/2009/01/25/adun-bota-perak-malaysiakini-masuk-pkr/

Ini durian ya, ibarat dibalin ke arah pemimpin deme,

durian
www.gamespot.com
ater sambut ler kalor masih tidor atau lena lagi...

Mane dak Mr Os ni...nyanyi ler!!!

BLOW - ISA - Ikut Suka Aku Jolok Cerita Mengarut

Dari Blog ISA Ikut Suka Aku

Foto Saya
Isa
Puchong, Selangor, Malaysia
Manusia normal di Planet Bumi dalam Negeri Selangor. Nak kenal? kirimkan email anda ke zergdukes@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

BLOW - Cerita Mengarut

Mengikuti perkembangan kes Altantuya melalui A Total Blog, tiba-tiba Isa tergelak sendiri.... apa tidaknya, berkenaan lain-lain isu yang masih dihujahkan lagi dalam mahkamah, itu lantak pi kat depa....

Bersambung di sini:

BLOW - Cerita Mengarut

BLOW - Dollah Yankee Menyengat Lagi - Mr. Finance Minister..LABU or KLIA ?

Dari Blog http://dollahyankee.blogspot.com/

Blower - Bloggawan Wawasan

About Me

My Photo
dollah yankee
george town, penang, Malaysia
(anak kota metropolitan yang hidupnya gelandangan)born during hippies years and woodstock festival taken place,when penang island is a duty free island,where you need to go through a customs officer in and out of the island.
View my complete profile

Georgetown,Penang

Sunday, January 25, 2009

BLOW- Mr. Finance Minister..LABU or KLIA ?

Dear Mr. Finance Minister...

Sambungan di sini:

http://dollahyankee.blogspot.com/2009/01/blow-mr-finance-ministerlabu-or-klia.html

BLOW - Sempatkah UMNO Berubah? Ahmad Saabun Sempat Sehati Bersama Nobisha

Dari Blog http://ahmadsaabun.blogspot.com/

Pos oleh...

Siapa Saya

Foto Saya
Ahmad Saabun
Shah Alam, Selangor, Malaysia
Insan biasa...
Lihat profil lengkap saya

Sabtu, 2009 Januari 24

Sempat kah UMNO Berubah?

Salam untuk semua. Semakin hari suara mahukan Umno berubah semakin kerap dan lantang kedengaran. Saya sendiri sudah dua 'posting' bercakap tentang Umno perlu berubah. Rakan-rakan blogger yang lain juga ada menyentuh tentang perlunya Umno berubah.
Tetapi persoalannya...

Bersambung di sini:
http://ahmadsaabun.blogspot.com/2009/01/sempat-kah-umno-berubah.html

Apa kisahnya...Acara Hot!!!

Sehati Bersama Nobisha

Blogger Nobisha akan menyampaikan ceramah umum bertajuk "Politik dan Media Baru: Dimana UMNO" pada jam 8.30 malam, 23 Januari 2009. Tempat: Shah Alam (tempat sebenar akan dimaklumkan kemudian).

Sekiranya anda berminat hadir, sila hantar nama penuh dan nombor telefon kepada ahmadsaabun[at] gmail [dot] com. Nyatakan juga URL sekiranya anda mempunyai blog.

Pos terkini...

POLITIK KAPALTERBANG DALAM UMNO - Sembang-sembang dengan seorang teman baru-baru ini. Sambil pekena teh tarik, dia bercerita mengenai politik kapalterbang dalam UMNO. Huh? Politik kapalterb...
14 beberapa jam yang lalu

Pada tarikh itu Hari Jadi Nobisha.

Wow!

BLOW - Lawak Pemimpin - Alasan Wajar Jika Mula Botak

Lawnmower Going Bald TattooLawnmower Going Bald Tattoo

BLOW - Bye-bye UMNO Ta Ta Ti Ti Tu Tu BN - Nasarudin Hashim Betapa Merdekanya




Nasarudin Hashim
bnparit.wordpress.com

Nasaruddin Hashim
www.geocities.com

Nasaruddin Hashim
www.geocities.com



-- Betapa Pemimpin Bota, kampung Tok Nenek saya, geliga otaknya, berani di hatinya, dan memerdekakan dirinya sendiri dari kehaprakan UMNO, lantaran membuka peluang Rakyat Malaysia di Bota, dimajukan oleh para pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat yang hebat di Perak Darul Ridzuan.

Tabik spring!!!

25
Jan

Adun Bota: Dato Nasarudin Hashim Menyertai PKR

Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

Continue reading ‘Adun Bota: Dato Nasarudin Hashim Menyertai PKR’

Mr Os, silakan...

BLOW - Kita Dan Pemimpin Forsa Baru PRU 13

Malaysia masih jauh lagi dari aspek pencapaian di mana Bloggawan dan Bloggawanita menyusun kedudukan sewajarnya.

Barisan Nasional masih jauh ketinggalan dalam memanfaatkan teknologi dan industri ini.

Pakatan Rakyat jauh lebih maju memanfaatkan teknologi dan industri ini.

Parti politik seperti PKR - Parti KeADILan Rakyat, PAS - Parti Islam Se-Malaysia, dan DAP - Democratic Action Party, boleh dikatakan pemimpinnya mempunyai Blog, dan sudah ada pasukan Blogger yang dinamik.

Resam ahli politik, kepemimpinannya amat perlu sokongan dari aspek kuantiti dan baru Lah kualiti.

Ini boleh difahami, 1 undi pun membolehkan kemenangan pemimpin di pilihanraya.

Namun, kita pernah dengar dalam kedudukan 45 - 45, di antara dua calon bertanding, maka yang disebut 10 peratus pengundi atas pagar itu sebagai penentu.

Namun bila penentu sudah menentu, pemimpin pun menang, lazimnya pemimpin yang tidak peduli dan tidak prihatin, bukaannya ialah kepada 45 peratus penyokong tegal itu. Sedangkan ketertutupan ialah pada 55 peratus. Ini Lah kelemahan pemimpin sedangkan 100 peratus itu ialah Rakyat Malaysia.

Dari gambaran itu jelas sekali sekumpulan Bloggawan dan Bloggawanita, bakal bermenung di manakah kepedulian dan keprihatinan pemimpin menang tadi?

Jika peratusan mereka besar, bakal berlaku sekejap BN menang, sekejap lain PR menang, dan tidak ada kesinambungan pemerentahan.

Bloggawan dan Bloggawanita ini, manusia seperti orang lain juga. Barangkali ada yang seperti biasa menyiapkan kertas cadangan dan diusul kepada pemimpin yang menang. Belum tentu kertas cadangan itu diterjemah menjadi hasil menang-menang. Kecuali pemimpin yang berjiwa Rakyat.

Sukar mencari pemimpin begitu. Kekuatan *Ta*, ramai yang tewas. Akan berulang RM 5 Billion dikongsi 5 orang, dan RM 1 Juta dikongsi 500,000 orang.

Lawakwakakakui!

Memang begitu lazimnya, bila pemimpin politik masih bergantung kepada sumber kewangan pihak yang masih berkuasa kerana wangnya. Pemimpin negara masih mengharapkan pelabur asing di negara ini.

Maka, Bloggawan dan Bloggawanita tidak berparti, tidak memihak, hanya mementingkan kemajuan Rakyat dan kemakmoran negara, molek mengangkat diri mereka ke tahap kepemimpinan baru, dan menjadi forsa.

May The Force Be With Us.

Forsa ini boleh memberi kesan melalui pengaruh satuan, Unity in Diversity, berperanan dalam pilihanraya, pilihanraya kecil, dan pilihanraya umum. Terutama PRU 13.

Ini penting kerana, kuasa Rakyat ialah kuasa penentu pemimpin, dan pemimpin yang terbaik itu kelak akan menentukan 100 peratus Rakyat Malaysia dimajukan dan seluruh Malaysia dimakmorkan.

Jika anda Bloggawan dan Bloggawanita tersebut, maka sertai BLOW!

BLOW - Pasca P 36 Kempen Pemilihan UMNO Yang Terhenti Disambung Perang Sesama Pemimpin..!

P 36 Kuala Terengganu telah mengajak para pemimpin UMNO menghentikan seketika kempen pemilihan UMNO di Perhimpunan Agong 9 Mac 2009.

Orang UMNO sendiri melaporkan kempen tidak terhenti secara total. Tetap dan terus berlangsung secara senyap di beberapa hotel di Kuala Terengganu.

Rehat kepenatan barangkali, senyap sahaja. Sekadar cakap-cakap respons kepada kekalahan Barisan Nasional di Kuala Terengganu.

Kempen yang tidak terhenti secara total, kini disambung semula. Di gelanggang khabarnya sudah ada dua pemimpin dari dua kem sudah memulakan perang sesama mereka.

Jika berbalas-balasan, mungkin pejuang dan pemimpin UMNO sejak 1946 akan menitiskan air mata, orang yang sayangkan UMNO akan kecewa berpanjangan, kerana perang kali ini tiada dikawal.

Kehancuran dalaman!

Sementara penyudah dan pencepat datang juga dari luar UMNO.

Untuk mendapat visual grafik, saksikan saat-sat akhir Titanic.

Sama ada UMNO terjadi begitu, kini terletak kepada betapa ganas pemimpin UMNO berperang ke arah mengekalkan kuasa sendiri keluarga dan rakan.

InsyaAllah, sama-sama kita saksikan apa yang berlaku seterusnya...

BLOW - Perjumpaan Tidak Formal Mampu Formalkan Sesuatu Untuk Manfaat Rakyat Dan Negara Malaysia

Perjumpaan ini tidak formal. Sekadar nak kenal, pekena lontong special, kopi tongkat ali, dan merapu.

Tambahan pula, kecuali saya dan Major (rtd) Ramli Ab Rahim, semua Bloggawan ini nama di Blog lain, nama sebenar lain. Tambahan pula rupa begini namun avatar begitu.

Ibarat kata, jika selama hari ini jiran, atau berselisih di pasar, naik bas duduk sebelah, memang tidak kenal, walaupun di Bloggoworld berinteraksi.

Namun, setiap mereka dihormat dan diakui mereka hebat.


Maka, sukar bila bertemu dengan Bloggawan hebat, setiap orang dapat dirasakan niat nan suci, minda yang tajam, perjuangan untuk memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia, mengikut kemampuan, pengalaman, pengetahuan dan komitmen masing-masing.

Seringkali individu yang pandai, individu berpengalaman, individu yang ikhlas, individu yang sedar betapa pentingnya memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia, mereka inilah sekumpulan manusia yang pertama sekali di pinggirkan parti politik.

Sebab mereka jika bagus dikatakan bagus, jika tak bagus dikatakan tak bagus.

Bukan dari kalangan nah RM 10,000 tulis bagus sahaja mengenai pemimpin dan parti.

Dari 9:00 pagi sehingga 2:10 petang, jelas sekali banyak persamaan dan ada perbezaan namun dihormat.

Pertukaran maklumat amat bermakna. Banyak yang saya pelajari dan banyak lagi yang boleh dikongsi.

Ada yang cakap deras (kuat dan lantang). Macam Lah pasar itu kami yang punya.

Ada juga yang hanya berbisik bila bercakap sambil mata memerhati ke kanan dan ke kiri. Mereka ini ada asma rupanya. Tidak boleh minum air sembarangan di mana-mana tempat semborono.

Ada juga maklumat sulit perlu di rahsiakan. Namun di Satu Blog Total, saya akan kongsikan secara terbuka...

InsyaAllah, ikuti Lah seterusnya...


Bloggawan yang hadir:


ISA:
http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/

Major (rtd) Ramli Ab Rahim
http://friendismirror.blogspot.com/

Topeng Perak:
http://perisik-rakyat.com/

Mat Comot:
http://www.rentaprevolusi.com/

Radenjowo:
http://notoumno.blogspot.com/

Edyes:
http://edyesdotcom.blogspot.com/

Shah Rir:
http://talkonly.blogspot.com/


Zubli Zainordin:
Satu Blog Total

BLOW - Zubli Zainordin Rehat Sebentar Nak Jumpa Bloggawan Hebat Kat Seksyen 16 Shah Alam

Satu perjumpaan tidak formal Bloggawan


Rehat dari Blogging sekejap. Hehehehe. Sejak P 36 Kuala Terengganu, belum rehat betul-betul. Dok melekat kat lap top ini.

Saya di Port Pasar Seksyen 16 Shah Alam Selangor
Jam 9 Pagi Hingga 12 Tengahari
Ahad
25 Januari 2009

Pakaian: Relaks

InsyaAllah, bertemu Bloggawan...

Blogger Isa

Mat Comot
BloggerradenjowoDelete
Topeng Perak
Blogger Zubli Zainordin

BLOW - Bila Kelemahannya Jelas Maka Rakyat Berkuasa Tentukan Perdana Menteri Malaysia..!

Silakan ke Blog rasmi Tengku Razaleigh Hamzah. diajaknya kita berfikir, dan dijelaskannya masalahnya ialah pemimpin dan kepemimpinan.

http://razaleigh.com/2009/01/25/think/


Masalah paling besar di Malaysia ialah pemimpin. Pemimpin politik. Ya, Abdullah Ahmad Badawi.

Setakat ini Rakyat Malaysia, kecuali barangkali Abdul Hadi Awang, mengakui Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Waktu di sini penting, dia ke sana. Waktu di sana penting, dia di sini. Waktu di sana atau di sini, Abdullah Ahmad Badawi tidakpun memimpin untuk memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Siap selepas perayaan Tahun Baru ini, harga bahan, barang, dan perkhidmatan akan naik sposen. Tunggu. Usah kata ala sposen No hal. Masalahnya kenaikan harga bukan satu sposen. Lihat bibir saya, banyak sposennya. Umpamanya 100 sposen, lima ratus sposen. Formula kiraannya sposen. Tetapi berapa sposen. Banyak!

Pemimpin kerajaan yang lemah, membuatkan peniaga besar yang mahu untung besar menguasai pasaran harga, dan Rakyat Malaysia bakal menderita, dan Negara Malaysia akan kena. atas alasan harga di pasaran dunia tinggi. Sejak 5 Jun 2008, ramai yang masuk kepala dalam kolar baju bila dengar alasan ini.

Namun, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang terajui kekuatan Rakyat untuk mengatasi permainan harga di pasaran dunia.

Pada masa ini, apabila Rakyat terjejas, Institusi Raja juga bakal merasai peritnya.

Dengan demikian, kita perlukan kini, 3 mantan Menteri Kewangan Malaysia, untuk kembali di pusat, dan melaksanakan satu kejayaan total berdasarkan pengalaman lalu.

Premisnya mesti Lah betul. Bahawa ekonomi Malaysia teruk, dan diburukkan lagi dengan krisis ekonomi dunia.

Mereka yang bercakap begini ialah Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Anwar Ibrahim.

Sedangkan pemimpin yang masih bermimpi dek tidor terlalu lama sana sini, telah memberi gambaran ekonomi Malaysia elok, dan Malaysia tidak terjejas oleh krisis ekonomi dunia.

Abdullah Ahmad Badawi sudah sepatutnya tidak duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, sejak 9 Mac 2008.

Entah apa yang mahu dibuatnya menangguh begitu lama, tapi tak buat apapun.

Tidak boleh kerusi Perdana Menteri Malaysia itu sesuka hati diberikan kepada sesiapa yang Abdullah Ahmad Badawi suka. Jika itu haknya. Bayangkan hak seluruh Rakyat Malaysia.

Mohd Najib Abdul Razak masih tenggelam dalam fantasi. telah memberi gambaran ekonomi Malaysia elok, dan Malaysia tidak terjejas oleh krisis ekonomi dunia.

Ini dapat difahami, kenyataan benar, ditakuti para pelabur lari.

Itu Lah masalahnya. Negara hebat semacam Malaysia bergantung kepara pelabur.

Kita mahukan pemimpin negara yang bila duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, membina kekuatan dari sumber sedia ada. Kemudian hanya pelabur berwibawan boleh dibenarkan di Malaysia.

Baru betul.

Betul-betul Rakyat Malaysia berkuasa tolak pemimpin negara yang tidak berguna. Rakyat Malaysia berkuasa tolak Abdullah Ahmad Badawi. Biar Lah Abdul Hadi Awang seorang berfikiran berbeza. Rakyat Malaysia berkuasa menolak Mohd Najib Abdul Razak.

Mengetahui bahawa hanya tinggal seorang atau dua sahaja pemimpin dari UMNO yang masih boleh menerajui negara, kita perlu melihat kekuatan dan ramainya pemimpin hebat dari Pakatan Rakyat.

Melalui platform ini, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim molek bersatu dan bekerjasama demi memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Tentunya, ini menjadi kesenangan hati Institusi Raja, yang sentiasa mahukan kesejahteraan Rakyat jelata.

Apapun prosesnya kena betul, mengikut lunas perlembagaan negara, dan kedaulatan undang-undang.

InsyaAllah...

BLOW - Pilih Ku Li Dan Memahami Regu Kepemimpinannya Untuk Rakyat dan Negara Malaysia..!

Jika Regu...

Abdullah Ahmad Badawi
dan
Mohd Najib Abdul Razak
gerbanginformasi.files.wordpress.com
A.

Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak

PM Tak Bagus dan TPM Tak Bagus.

Kita sudah tahu, Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia tidak mampu dipimpin maju dan makmor.

Mohd Najib Abdul Razak
dan
Muhyiddin Yassin
perisik-rakyat.com
B.

Mohd Najib Abdul Razak dan Muhyiddin Yassin

PM Tak Bagus dan TPM Sedikit Bagus.

Kita sudah tahu, Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia tidak mampu dipimpin maju dan makmor.

Muhyiddin Yassin
dan
Mohd Najib Abdul Razak
wartanasional.wordpress.com
C.

Muhyiddin Yassin dan Mohd Najib Abdul Razak

PM Sedikit Bagus dan TPM Tak Bagus.

Kita sudah tahu, Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia tidak mampu dipimpin maju dan makmor.

Itu sahaja opsyen dari UMNO setakat ini.

Adakah kemungkinan?

Tengku Razaleigh Hamzah
alditta.blogspot.com
Zaid Ibrahim
www.malaysiakini.com


Zaid Ibrahim
and
Anwar Ibrahim
www.malaysiakini.com
D.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim

PM Bagus dan TPM Lagi Bagus.

Kita sudah tahu, Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia mampu dipimpin maju dan makmor.

Kunci-Kata = Istana.



Seterusnya berapa ramaikah yang dapat menerima opsyen ini, untuk satu tempoh yang wajar?

Sebelum kita dengar respons pemimpin tertinggi parti berkaitan.

Blower
Foto Saya
ISA -
Ikut suka Aku:
Isa pilih...

Pilihanya sudah tentu D, itulah opsyen yang terbaik buat masa ini.

Anonymous
My Photo

Dollah Yankee Di Blogspot
pilih...

D ada lah yang terbaik buat masa ini untuk menyelamatkan kita, sekurang-kurangnya otak depa dua ni ada berjalan sikit dari depa dua orang laa ni...

January 25, 2009 2:00 AM

Delete

BLOW - Tip Menang Pilihanraya Di Setiap Negeri - Pengayat

BLOW - Lawak Pemimpin - Tak Perlu Gini Untuk Sedarkan Mereka...

"Ambik Kor!”

shazaam.jpg


Adeh!

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - Murugiah Pertimbang Saman Ketua Polis Selangor...Bhg 13

mSTAR OnLine melaporkan...

T Murugiah: AG classified Kugan's ...
www.sun2surf.com

kugan ananthan funeral 230109
Mutakhir »
'Ceroboh' bilik mayat: Murugiah mahu saman Ketua Polis Selangor

PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T. Murugiah sedang mempertimbangkan untuk menyaman Ketua Polis Selangor kerana mengeluarkan kenyataan bersifat memfitnah beliau berhubung isu kematian tahanan polis awal minggu ini.

Bersambung di sini:

http://www1.mstar.com.my/

Sama-sama kita saksikan apa yang bakal berlaku seterusnya...

BLOW - Perubahan UMNO - Pak Lah Tak Tahu Atau Tak Mahu Atau Kedua-duanya Sekali..?

Abdullah Ahmad Badawi
cenangau.blogspot.com
Bila sepatutnya berjaga, dia tidor.
Bila sepatutnya memimpin perubahan dia lepas begitu sahaja pada pemimpin berikutnya.

Wow!

Malaysiakini melaporkan...
Pak Lah: Perubahan dalam Umno selepas pemilihan parti
Jan 24, 09 3:54pm
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Umno akan melakukan perubahan dan pembaharuan untuk memperkasakan parti selepas ia diterajui kepimpinan baru berikutan pemilihan Umno Mac ini.

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/news/97107

Semoga Rakyat Malaysia dan Negara Malaysia diselamatkan daripada pemimpin seburuk dan seteruk ini di masa hadapan...