Gelombang Rakyat

BLOW - Bila Kelemahannya Jelas Maka Rakyat Berkuasa Tentukan Perdana Menteri Malaysia..!

Silakan ke Blog rasmi Tengku Razaleigh Hamzah. diajaknya kita berfikir, dan dijelaskannya masalahnya ialah pemimpin dan kepemimpinan.

http://razaleigh.com/2009/01/25/think/


Masalah paling besar di Malaysia ialah pemimpin. Pemimpin politik. Ya, Abdullah Ahmad Badawi.

Setakat ini Rakyat Malaysia, kecuali barangkali Abdul Hadi Awang, mengakui Abdullah Ahmad Badawi sudah tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Waktu di sini penting, dia ke sana. Waktu di sana penting, dia di sini. Waktu di sana atau di sini, Abdullah Ahmad Badawi tidakpun memimpin untuk memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Siap selepas perayaan Tahun Baru ini, harga bahan, barang, dan perkhidmatan akan naik sposen. Tunggu. Usah kata ala sposen No hal. Masalahnya kenaikan harga bukan satu sposen. Lihat bibir saya, banyak sposennya. Umpamanya 100 sposen, lima ratus sposen. Formula kiraannya sposen. Tetapi berapa sposen. Banyak!

Pemimpin kerajaan yang lemah, membuatkan peniaga besar yang mahu untung besar menguasai pasaran harga, dan Rakyat Malaysia bakal menderita, dan Negara Malaysia akan kena. atas alasan harga di pasaran dunia tinggi. Sejak 5 Jun 2008, ramai yang masuk kepala dalam kolar baju bila dengar alasan ini.

Namun, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang terajui kekuatan Rakyat untuk mengatasi permainan harga di pasaran dunia.

Pada masa ini, apabila Rakyat terjejas, Institusi Raja juga bakal merasai peritnya.

Dengan demikian, kita perlukan kini, 3 mantan Menteri Kewangan Malaysia, untuk kembali di pusat, dan melaksanakan satu kejayaan total berdasarkan pengalaman lalu.

Premisnya mesti Lah betul. Bahawa ekonomi Malaysia teruk, dan diburukkan lagi dengan krisis ekonomi dunia.

Mereka yang bercakap begini ialah Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Anwar Ibrahim.

Sedangkan pemimpin yang masih bermimpi dek tidor terlalu lama sana sini, telah memberi gambaran ekonomi Malaysia elok, dan Malaysia tidak terjejas oleh krisis ekonomi dunia.

Abdullah Ahmad Badawi sudah sepatutnya tidak duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, sejak 9 Mac 2008.

Entah apa yang mahu dibuatnya menangguh begitu lama, tapi tak buat apapun.

Tidak boleh kerusi Perdana Menteri Malaysia itu sesuka hati diberikan kepada sesiapa yang Abdullah Ahmad Badawi suka. Jika itu haknya. Bayangkan hak seluruh Rakyat Malaysia.

Mohd Najib Abdul Razak masih tenggelam dalam fantasi. telah memberi gambaran ekonomi Malaysia elok, dan Malaysia tidak terjejas oleh krisis ekonomi dunia.

Ini dapat difahami, kenyataan benar, ditakuti para pelabur lari.

Itu Lah masalahnya. Negara hebat semacam Malaysia bergantung kepara pelabur.

Kita mahukan pemimpin negara yang bila duduk di kerusi Perdana Menteri Malaysia, membina kekuatan dari sumber sedia ada. Kemudian hanya pelabur berwibawan boleh dibenarkan di Malaysia.

Baru betul.

Betul-betul Rakyat Malaysia berkuasa tolak pemimpin negara yang tidak berguna. Rakyat Malaysia berkuasa tolak Abdullah Ahmad Badawi. Biar Lah Abdul Hadi Awang seorang berfikiran berbeza. Rakyat Malaysia berkuasa menolak Mohd Najib Abdul Razak.

Mengetahui bahawa hanya tinggal seorang atau dua sahaja pemimpin dari UMNO yang masih boleh menerajui negara, kita perlu melihat kekuatan dan ramainya pemimpin hebat dari Pakatan Rakyat.

Melalui platform ini, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim molek bersatu dan bekerjasama demi memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Tentunya, ini menjadi kesenangan hati Institusi Raja, yang sentiasa mahukan kesejahteraan Rakyat jelata.

Apapun prosesnya kena betul, mengikut lunas perlembagaan negara, dan kedaulatan undang-undang.

InsyaAllah...

0 comments: