Gelombang Rakyat

BLOW - Kematian Kugan Ananthan - Kenyataan T Murugiah Bhg 7

Malaysiakini melaporkan...

Susulan...

Sambungan di sini:

http://www.malaysiakini.com/


t murugiahSementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah mengesahkan bahawa kematian Kugan dalam tahanan polis dikategorikan sebagai kes bunuh.

Menurutnya, peguam negara telah menghubunginya pagi ini bagi memberitahu tentang perkara itu, untuk dimaklumkan kepada anggota keluarga mangsa serta orang awam.

"Beliau (Abdul Gani) telah mengarahkan pihak polis untuk membuat siasatan rapi dan sekiranya proses siasatan berjalan lancar, kemungkinan besar orang
yang terlibat akan didakwa di mahkamah minggu depan," katanya kepada pemberita di Putrajaya, lapor Bernama.

Murugiah meminta agar ahli keluarga mangsa supaya memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang akan dijalankan.

Keluarganya yang tidak berpuas hati dengan kematian Kugan mendakwa dia didera polis kerana ada banyak kesan kecederaan pada tubuhnya walaupun laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya adalah akibat paru-paru berair.

Murugiah berkata beliau turut menerima aduan daripada anggota keluarga Kugan, yang antara lain tidak berpuas hati dengan laporan bahawa mereka membuat kecoh di rumah mayat Hospital Serdang, sedangkan mereka cuma merayu untuk melihat mayat Kuhan setelah lapan jam menunggu.

Katanya, mereka juga mendakwa pihak polis gagal memaklumkan kepada ibu bapa atau ahli keluarga terdekat Kugan dalam masa 24 jam setelah dia ditahan.

"Aduan ini akan saya majukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok supaya dapat diangkat dalam mesyuarat kabinet akan datang untuk dibincangkan," katanya.

InsyaAllah, bersambung...

0 comments: