BLOW - Kes Jenayah Dan Pemimpin Perjuang Bangsa
Kita semua perlu lihat kembali kenapa Allah jadikan manusia pelbagai bangsa.
Kemudian kita perlu kaji kenapa manusia saling berbunuhan kerana bangsa.
Lantaran baru kita faham betapa bangsa boleh wujud dalam sesebuah negara dan hidup penuh harmoni.
PRU 12 adalah tanda mula dan kita jangkakan PRU 13 lebih baik lagi.
Bahawa parti politik berteraskan bangsa sudah mula ditolak oleh Rakyat Malaysia. Bakal ditolak besar-besaran, kerana tidak relevan lagi.
Parti yang sewajarnya ialah parti politik untuk semua.
Kes Jenayah adalah satu tanda tidak baik dalam sesebuah negara. dan sebaiknya semua institusi mempastikan kadarnya diturunkan segera sehingga ke paling minima dan lenyap terus.
Jika hanya apabila jenayah berlaku baru Lah ada tindakan. Ini reaktif.
Proaktif ialah cegah dan banteras jenayah sebelum berlaku.
Umpamanya, bila sesuatu jenayah berlaku melibatkan bangsa. Maka Menteri bertanggungjawab mahu mengikut lunas perundangan. Tetapi berhadapan pula dengan tuntutan pemimpin politik dari kalangan yang mewakili bangsa si penjenayah itu dan konteksnya khusus.
Jadi isunya ialah Bangsa. Bukan kebenaran.
Ini tidak betul.
Ruang masih terbuka luas untuk kita perbaiki. Sebagai permulaan tolak parti politik berteraskan bangsa dan hanya memperjuangkan kaumnya sahaja.
Kita mahu pemimpin, parti, dan gabungan yang membuka ruang dan peluang kepada semua dan seluruh Rakyat Malaysia.
Sekadar contoh berkaitan, sila baca pos ini oleh TopengPerak di Blog Perisik Rakyat:
InsyaAllah, bersambung lagi...Isnin, Januari 26, 2009
MIC Pertahan 2 Menteri - malaysiakini
MIC akan mempertahankan...
Sambungan di sini:
http://perisik-rakyat.com/2009/01/mic-pertahan-2-menteri-malaysiakini.html