Gelombang Rakyat

BLOW - Pilihanraya Kecil 2 Lagi Yer Bang..?

Wa baru tukor warna latar belakang blog wa jadi hitam. Tetiba kena tukor warna lagi lak. Dok tengah pikir warna apa sesuai.

Sebabnya?

Gini...wa dapat info terkini. Ini haa:

...

Ya!

Siapa tu?

Silver Mask kah?

Ya, apa hal nya?

Iya ke?

2 lagi pilihanraya kecil. Kat mana P 182 Pensiangan? Pengmalaman? Mana..?

Bagi lagi info:

Okay, terima! Terima kasih...

Sunday, February 01, 2009

GEGAR Perak...!!! BERSEDIA UNTUK PILIHANRAYA KECIL...!!! - malaysiakini

SAH...!!! Speaker DUN Perak terima perletakan jawatan ADUN Jamaluddin dan Kapten Osman.

SPR akan dimaklumkan bahawa kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering digantung serta-merta (dikosongkan).

Bersedia untuk 2 lagi Pilihanraya Kecil.
Fuyoo! Kat Negeri Perak aqiu, Teman Teluk Intan.

Depa nuu, Royal Jelly WAFWAS pekena kat P 36 Kuala Terengganu maren ada lagi bang..?

Orait!

Radenjowo, ISA - Ikut Suka Aku...lain-lain BloggersNetwork@Malaysia, are you ready? Zubli Zainordin mohon berehat, Blogger ini akan buat kerja...

Cucu Cina Acheh

Cucu Tok Acheh Pedagang Cina

Bukan main lagi dia, baru lahir tadi semalam, hari ini dah perang info lak.

Buah Chempedak Masih Di Luar Pagar
Galah Boleh Apapun Tak Ngapa Jolokkan
Cucu ini baru blajar
Bantu support Lah selagi sudian.

BLOW - Sudah Ada Puteri Putera UMNO Nak Hijrah - Mana Boleh Dapat Borang PR..?

Pemuda Pemudi, mereka pantas bertindak.

Mana tidaknya.

Setelah berjuang untuk UMN dan Barisan Nasional di PRU 12, di P 44 dan di P 36, sayap parti mereka dicadangkan supaya bubar.

Dah bubar mereka tiada tempat tiada platform berpolitik.

Jasa mereka selama ini tidak dihargai UMN. Mereka disyakki bermain politik wang pulak. Silap gaya masih usia muda sudah kena tindakan disiplin atau ditangkap rasuah.

Dalam Pakatan Rakyat setakat diketahui tidak ada semua itu.

Jadi macam mana Puteri dan Putera UMNO dapat sucikan diri dari UMN, untuk hijrah ke Pakatan Rakyat.

Pilih sahaja Lah, nak PAS - Parti Islam SeMalaysia, nak PKR - Parti KeADILan Rakyat, atau DAP - Democratic Action Party.

Borang mana?

Borang!!!

Isi dulu, nanti kita organize majlis besar-besaran meraikan kemenangan Rakyat Malaysia.

6 Juta para pengundi sebaya di PRU 13, jom sertai untuk kita sama-sama memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia.

Jom!

BLOW - Istilah Katak Lompat Tak Sesuai Ditukarkan Apa..?

Kita sedang menyaksikan situasi pemimpin baik tidak dapat bersekongkol lagi bersama pemimpin tidak baik, parti dan gabungan yang memenuhi kepentingan kelompok tertentu, tanpa lagi memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Bukan mudah.

Namun bila pemimpin yang baik mencari keredhaan-Nya, dan nampak perjuangan Pakatan Rakyat maka dia dan mereka terdorong untuk samakan perjuangan peribadi dengan perjuangan parti dan pakatan.

Mereka keluar parti dan menyertai pilihannya sama ada PAS - Parti Islam Se-Malaysia, PKR - Parti KeADILan Rakyat, DAP - Democratic Action Parti.

Seperti telah dijangka setelah menyoal, setelah memujuk, tidak juga berjaya, pemimpin yang baik ini ditempelak.

Di antara tempelakan yang biasa digunakan ialah istilah Lompat Parti. Diibaratkan manusia ini seperti Katak.

Walhal istilah ini tidak tepat.

Ada yang mencadangkan istilah kembali, sedangkan pemimpin yang baik ini bukan asalnya parti yang baru disertainya. Tidak tepat juga.

Istilah seringkali digunakan para pemimpin Pakatan Rakyat ialah, di antaranya:

* Tukar
* Ubah

Contohnya -

* Wira Rakyat Nasarudin Hashim telah tukar keahlian parti dari UMNO ke Parti KeADILan Rakyat supaya sama-sama berperanan ke arah perubahan yang memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

* Wira Rakyat Nasarudin Hashim telah ubah diri dari UMNO ke Parti KeADILan Rakyat supaya sama-sama berperanan ke arah perubahan yang memanfaatkan Rakyat dan Negara Malaysia.

Molek kita buka lagi untuk perbincangan...

BLOW - Undian Pelawat Satu Blog Total Najib Mesti Letak Jawatan Selepas P 36 Kuala Terengganu



Mohd Najib Abdul Razak

Ditetapkan hanya 100 Pelawat mengambil bahagian. Namun, dalam pada itu ada lagi yang mengundi menjadikan 102. Jika dibiarkan mungkin ramai lagi mahu mengundi.

Tempoh dihadkan hanya 3 hari sahaja, dilaksanakan selepas pilihanraya kecil P 36 Kuala Terengganu.

Satu kenyataan diletakkan:

Selepas P 36 Najib Mesti Letak Jawatan

Tiga jawapan pilihan, undi sekali seorang:

Setuju

Tidak Setuju

Entah

Keputusan undian ialah...



Setuju 89 Bersamaan 87 %

Tidak Setuju 9 Bersamaan 8 %

Entah 4 Bersamaan 3 %

Walaupun persampelan kecil, jika kita ingin tahu Mestikah Mohd Najib Abdul Razak meletak jawatan selepas P 36 Kuala Terengganu, maka elok dilebarkan undian ini meliputi seluruh Rakyat Malaysia.

BLOW - Flashback Kah Lagi - Lawak Oghang Peghak - Betoi Ke Zahid Ganti Tajol..?

Moh ler kite ke romah Ahmad Zahid Hamidi.

Jom ler...

Agak-agak mike, jadi ke tidak jadi, Ahmad Zahid Hamidi ganti Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Perhubungan UMN Negeri Perak?

Entah ler. Kene tanye dia ler.

Jauh lagi ke rumah nye, sempat Flashback lagi satu.

Flashback itu ape?

Pantul Lampu Belakang. Kamu tanye lagi sekali siap ler kamu.

Eksyen bukan main. Eshy pantul ler cepat ikot mane pun...

Isnin, October 13, 2008

Lawak Orang Perak? Zahid Tanding Naib Pulak!

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin



Asal al-Kisahnya ini:

Lawak Orang Perak? Zahid Hamidi Ngan Akor Umbi

Kemudian diikuti dengan ini:

Lawak Orang Perak? Zahid Oii Umbi Udoh Berakor

Entah macam mana bersambung pula ya?

Jom! Kita ikuti apa pulak kisah Ahmad Zahid Hamidi kali ini...

...

Zahid: Heengh, sampai jugak kamu berdua yer?

Pekerja 1: Ater sepuloh kali sekejap mangge nyer, datang ler kami berduer...

Zahid: Sebelum nii 3 ari aku telepon kamu berduer, haram tak mandang. Tak sior lage ke kerojer ngan aku?

Pekerja 2: Bukan begitu Bos. Sebelum nii kan ke Bos jugok yang suroh kami berduer rebuih ubi, makan sampe setahon.

Pekerja 1: Heengh, belum setahon, baru seminggu udoh pangge balik.

Zahid: Tak reti base ruper nyer kamu berduer nii yer? Emm tak per ler. Nampok nyer kamu berduer ajer yang available. Ater kamu jer ler.

Pekerja 2: Bos, kami ni kan ker available. Bacyelar lagi Bos. Umor nak samer ngan Bos, tapi masih available.

Pekerja 1: Teman pon Bos. Nanti Bos cari ler artis ke, Mak Datin jander ker untok kami yer?

Zahid: Tak kuasa aku aih. Bukan itu kerojer aku. Tak usoh nak menggate ler. Bior samper tumpo, tak ngape. (Gelak).

Pekerja 1: Bos jangan nok gelok Bos, kami ni rame peminat. Sebot jer namer Bos, menderu deme datang kat kami berduer.

Zahid: Kamu tak usoh guner namer aku pulok. Aku maner nyer ader kroni. Nanti haru dibuat nyer. Tak usoh menyamor ler. Tak sampe tarap itu kamu berduer ini. Kira akor ubi boleh ler.

Pekerja 2: Aper ker ha Bos pangge kami ni?

Zahid: Oh yer tak iyer. Aku nak suroh kamu buat kerojer sikit. Cyer kamu pergi bertanyer. Sebab aku nok bertandin.

Pekerja 1: Kater ari itu Bos tak bertandin! Ini bertandin aper pulok Bos?

Zahid: Ari itu jawatan Timbalan Presiden. Tak upayer aku merebut nyer. Ini jawatan Naib pulok.

Pekerja 2: Wah! Menaib pulok yer Bos?

Zahid: Iyer. Naib Presiden ler. Jadi cyer kamu betanyer, macam maner peluang aku dapat pencalonan ni. Kamu check ader ker tak der, UMNO Bahagian yer...

Pekerja 1: Orait Bos, ini senang jer.

Zahid: Tapi tak usoh kamu berduer buat bedeah pulok. Hari itu kamu berduer kater:

Sejumlah, 23 par sen sokong Bos bertandin jawatan Presiden Parti. maner kaler, 67 par sen sokong Bos bertandin jawatanTimbalan Presiden Parti. Baki nyer sokong Bos bertandin keduer-duer jawatan sekaligoih.
Takat ini aku dapat 1 pencalonan jer, itu pon payoh! Kali ini bior betoi, bior bebenor sikit. Kalor kamu berduer kira lagi akor ubi. Nuu, ateh pokok kepaler nun aku ikat kamu berduer selamer setahon.

Pekerja 2: Usoh riso ler Bos, tanggung bereh jer ler. Err, adban tak der ker?

Zahid: Makan ubi seminggu yer. Kesian pulok aku mendengor nyer. Noh ler buat belanjer, yer...

Pekerja 1: Terimer kasih ler Bos. Orait. Bos, See You At The Top!

Zahid: Hamboi, bukan main speakin Inglis kamu yer! Hehehe...kaloh ler peninju Selangor...

Mereka pun beredar. 3 Hari kemudian.

Pekerja 1: Bos ader beriter baik nii Bos.

Zahid: Beriter aper ke namer nyer?

Pekerja 2: Bos, tiap-tiap kami check ader belaker, UMNO Bahagian.

Zahid: Iyer. Seronok nyer. Jadi aper kater deme aku betandin Naib?

Pekerja 1: Deme tak kater aper pun Bos.

Zahid: Heran aku. Beraper orang kamu tanyer?

Pekerja 2: 20 kedai semuer nyer Bos. Kami jumper sendiri tauke kedai nyer...

Zahid: Pegi kedai, tanyer tauke nyer buat aper??? Ini bukan parti deme!!!

Pekerja 1: Ater Bos yang suroh gitu!

Zahid: Aper nan aku suroh kamu berduer maren?

Pekerja 2: Bos nok masuk betandin menaib, kan? Ater, kami check ler mesin taib ader, PC ader, Lap Top ader. Pader Key Board nyer, ader abjad belaker, biler Bos menaib, ader semuer nyer, *P.R.E.S.I.D.E.N*, *U.M.N.O.*, ngan *B.A.H.A.G.I.A.N.*

Zahid menarik nafas panjang dan melepaskan nafas panjang juga. Zahid merenung ke dalam mata mereka berdua. Mereka pun tak tahu sama ada nak tunggu atau cabut lari...

Kuang! Jeng!! Kuang!!!

BLOW - Flashback Lagi - Lawak Oghang Peghak - Betoi Ke Zahid Ganti Tajol..?

Ater macam maner?

Iya ke idak ke Ahmad Zahid Hamidi ganti Tajol Rosli Ghazali sebagai anu aper jawatannye?

Sabor ler, kita kena check paling tidak 3 tempat. Dari Mohd Najib Abdul Razak, dari Tajol Rosli Ghazali, dan teruih dari Ahmad Zahid Hamidi.

Kalor gitu jom ler kite pegi jumpa Ahmad Zahid Hamidi kat romah dia.

Nanti dulu, kita minum chendoi bubuh deriyan, sambe Flashback lagi.

Flashback itu ape.

Hai tadi udoh diterangkan, tanye pulok lagi? Di negeri Perak nii, kita pihak sebelah Tajol Rosli Ghazali ni, kerajaan ke Pembangkang?

Entah! Jom ler minum chendol bubuh deriyan, penin aku jadi nye. Ater Playback ke ape tadi.

Iya ler....

Sabtu, October 11, 2008

Lawak Orang Perak? Zahid Oii Umbi Udoh Berakor

Ingat tidak lawak tadi?

Lawak Orang Perak - Zahid Ngan Akor Umbi


Itu lawak first-first nya, terkini, ramai jugak yang hendak tahu pasal apa Ahmad Zahid Hamid, khabarnya telah menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti.

Entah Lah, at least bagitahu Lah saya, ini tidak, menyacak iyak, leboh begitu jer! Umor nyer udah 55, next round udoh baya atok-atok yang tue bangke. Apa ka heir Yeop? Lelame miker tumpo.

Itu baru intro tu, jom kita baca seterusnya perihal Ahmad Zahid Hamidi ini...

Penulis:

Zubli Zainordin AvatarZubli Zainordin



Begini Lah, gamaknya lawak nya.

Jangan maghah aargh, lawak sajer-sajer.

...

Pekerja 1: Bos, Bos, ader beriter baik nii Bos...

Zahid: Aper ke bender nye? Beriter baik aper?

Pekerja 2: Hai lain macam jer bunyi nyer. Bos tengoh bad mood ker ari ini?

Zahid: Aku tengoh celaru nii pikioran aku. Heengh, aper ke bender nyer? Beriter baik aper ker?

Pekerja 1
: Kami nok seroh report nii, *Sokongan Akor Umbi Kat Zahid Untuk Jawatan Timbalan Presiden Parti* Heengh, nii Bos! Cyer Bos bacer.

Pekerja 2: Jenuh menaip Bos! Kami pinjam Mesin Taip Burok jer. Lap Top Bos tak sapplai.

Zahid: Lap Top? Ngader-ngader miker nii. Nok mintok upoh lebih ler tuu. Eisyh, maleh aku membacer nyer. Kamu cyeriter jer ler seayat duer.

Pekerja 2: Baik ler Bos! Ini report nyer. Sejumlah, 23 par sen sokong Bos bertandin jawatan Presiden Parti. maner kaler, 67 par sen sokong Bos bertandin jawatanTimbalan Presiden Parti. Baki nyer sokong Bos bertandin keduer-duer jawatan sekaligoih.

Pekerja 1: makner nyer, Bos ler Perdana Menteri, Bos juger ler Timbalan Perdana Menteri. Tak peronah jadi lagi Bos. Ini sejaroh Malaysia Bos.

(Zahid Hamidi nak marah pun tak jadi, dia tergelak terbahak-bahak)

Zahid: Kepala hotak kamu berjamboi! Bede-ah keduer-duer nyer miker ni. Aper asas report miker ni? Kalor tak nok kener luku kepaler, bak balik adban aku bagi marin. Aper asas report miker nii, cyer kamu khabor kan kat aku!

Pekerja 2: Asas nyer tanah ler Bos. Asas aper yang ader lagi...

Zahid: Asas tanah? Lagi..!

Pekerja 1: Ateh tanah tu, kami tengok ader pokok ubi 20 batang. Ari pertamer, kami cabut duer batang. Kami nengok akor nyer. Esok kami cabut lagi duer batang. Kami nengok akor nyer. Seminggu gitu, kami nengok umbi nyer udoh berakor. Berakor panjang...

Pekerja 2: Ateh itu ler asas nyer Bos...

Zahid: Patut ler, silap besor aku ambik miker berduer bekerojer ngan aku. Sampe Che Det pun kater, aku nii sorang pader Jokers.

Pekerja 2: Orang Tuer tu kan nyer reti aper. Orang yang menentu Bos bertandin bukan nyer dier. Akor Ubi sebenor nyer.

Zahid: Tak ngaper ler. Aku tak bertandin dah.

Pekerja 2: Woi! Pase aper?

Zahid: Aku tarik diri.

Pekerja 1: Bahagian diri Bos yang maner Bos tarik?

Pekerja 2: Nok buat aper ler Bos tarik-tarik diri pulok? Nok macam orang giler. Bos kener ler rasional.

Zahid: Rasional kepaler hotak kamu. Ini politit tau dok. Miker berduer maner reti. Observe akor ubi buat report setakat itu jer ler yang miker berduer boleh.

Pekerja 1: Jadi nyer? Tarik diri tuu aper sebenor nyer?

Zahid: Aku bukan nyer tarik diri aku. Aku tarik diri dari bertandin. Makner nyer, aku tak bertandin jawatan Timbalan Presiden Parti lagi doh.

Pekerja 2: Kalo tak bertandin, cam maner kiter semuer nok tingge dalam Istaner PeeYem kat PutraJayer?

Zahid: Usoh ngelabun ler. Tak ader nasib kiter macam itu. Tak per ler, bukan rejeki kiter...

Pekerja 2: Kenaper Bos termakan prezhar Che Det tu. Lawan Tetap Lawan!

Zahid: Lawan Tetap Lawan? Macam aku peronah dengor jer slogan tu...Kamu ADIL ker?

Pekerja 2: Bukan ler gitu Bos. Kami Yamno juger sejak dari tok nenek dulu. Cumer nyer, kami ader dengor ceramoh Nuar kat You Tube, baru-baru nii. Sajer jer dengor, bukan nyer aper.

Pekerja 1: Bos! Cyer cakap bebenor nyer. Siaper yang prezhar Bos sebenor nyer? Tok Lah ker, si Tok Najib ker?

Zahid: Tak payah ler aku cyeriter.

Pekerja 2: Kalo udoh tak payah, cyeriter ler Bos.

Zahid: Maksud aku tak perlu ler aku cyeriter pader kamu berduer. Nanti, angin tak der, ribut pun tak der, paser mulot miker berduer, habis keluor surat khabor belaker.

Pekerja 2: Jadi nyer, udoh Bos tak bertandin Timbalan Presiden Parti nii, maker lepaih ini, kami nok kener buat kerojer aper Bos?

Zahid: Miker berduer pegi ler reboih ubi kayu yang miker cabot tu...miker makan ler pueh-pueh selama setahun yer.

Kuang! Kuang!! Kuang!!!

Kedua pekerjanya melopong!

...

InsyaAllah bersambung lagi kelak....
.

BLOW - KedahLanie Zubli Zainordin Setuju IBNABDULLAHAWAB Popularkan MAWE

Saya membaca pos ini. Satu usaha yang mulia. Membetulkan fakta.

KedahLanie

27 January 2009

MEMBETULKAN: MAWE DIPOPULARKAN OLEH IBNABDULLAHAWAB

MEMBETULKAN: MAWE DIPOPULARKAN OLEH IBNABDULLAHAWAB TIDAK ZUBLI ZAINORDIN SEPERTI DILAPORKAN OLEH NOBISHA.

Saya telah sepintas lalu melayari beberapa blok dan bertemu dengan perkataan MAWE blogger dan tarikhnya. Semuanya baru dikeluarkan. Saya sebenarnya sejak 8 Muharram 1430/5 Januari 2009 Isnin telah mempolupori nama Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan rengkasnya Haji MAWE.

Saya rasa tidak benar dan tidak tepat kalau Sdr Nobisha mengatakan Sdr Zubli Zainordin mempelupori MAWE tersebut kerana tarikhnya jauh kemudian dari tarikh saya siapkan tajuk dibawah yang saya pastekan sebahagiannya untuk info dan maklumat kita semua:-

Bersambung di sini:

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/01/membetulkan-mawe-dipopularkan-oleh.html

Terima kasih. Sesama kita betulkan, apa yang Nobisha ikhlas sebutkan.

Kita juga suka untuk lawati blognya...

Ibn abdullah Awab : http://tintaibnabdullahawab.blogspot

Saya sendiri pentingkan kemenangan Rakyat di P 36 Kuala Terengganu.

InsyaAllah, teruskan perjuangan...selepas P 36 Kuala Terengganu, ada lagi pilihanraya, dan terutama PRU 13.

BLOW - A Mum Of Three Mohd Dah Nengok Gambor Bos Wan Farid, Beruk, Dan Puteri Pakai Punyia - Zorro Unmasked

Bloggawan Bloggawanita usia merdeka macam kami - A Mum Of Three Mohd, Satu Blog Total, boleh Lah nengok gambar ini.

Tepet, Mat Comot, ISA, Radenjowo, SilverMask, Edyes, atau yang lebih muda umpamanya sila minta restu ibu bapa dulu ya...

3 Gambar menarik di Blog Zorro-Unmasked..!

Lawakwahkahkui..!

BLOW - Dollah Yankee Pos Istimewa Corak Pengundi Penentu Di PRU 13

Satu pos istimewa yang menyedarkan kita semua...

oleh Dollah Yankee- ahli Blogger Wawasan (BLOW) yang sokong Pakatan Rakyat

About Me

My Photo
dollah yankee
george town, penang, Malaysia
(anak kota metropolitan yang hidupnya gelandangan)born during hippies years and woodstock festival taken place,when penang island is a duty free island,where you need to go through a customs officer in and out of the island.
View my complete profile

Georgetown, Penang

Ini posnya...

Tuesday, January 27, 2009

BLOW- PRU ke 13: Kami Sedang Datang ...!

Jika bangsa melayu pada awal tahun 60an, 70an dan 80an dapat menerima perjuangan BN/umno, kenapa pula bangsa melayu pada hari ini tidak dapat menerima perjuangan Pakatan Rakyat?

Sambungan di sini:

http://dollahyankee.blogspot.com/2009/01/blow-pru-ke-13-kami-sedang-datang.html

Asasnya pengundi ada samanya. Memilih pemimpin, parti, dan gabungan terbaik untuk kemajuan Rakyat Malaysia dan memakmorkan negara Malaysia.

Dari sudut perubahan Barisan Nasional tidak banyak perubahan. Manakala Pakatan Rakyat banyak perubahan.

Dari aspek pergerakan perubahan, Barisan Nasional telah mundur ke belakang. Sedangkan PAS - Parti Islam SeMalaysia, PKR - Parti KeADILan Rakyat, dan DAP - Democratic Action Party, dalam Pakatan Rakyat semakin maju ke hadapan.

Dalam senario ini Lah, para pengundi semakin menunjukkan sokongan padu dan besar kepada Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia seiringan, untuk menjadikan Malaysia tempat nikmat kita mensyukuri-Nya.

Bila ini berterusan, insyaAllah, akan bangkit Perdana Menteri Malaysia dari Pakatan Rakyat, dan bakal terbentuk kerajaan pusat Pakatan Rakyat, dan harapan kita seluruh kerajaan negeri ialah Pakatan Rakyat juga.

Sama-sama kita usahakan kini supaya kita dapat raikan kemenangan Rakyat. Pakatan Rakyat dan Rakyat Malaysia..!

BLOW - Salam Ex-AFATS 34 Dari Zubli Zainordin MBNS

Followers (31)

Seronok bila Satu Blog Total ada Blogger Follow. Saya pun follow Blognya. Bak kata Me NO Sepeak Inglis...We follow memollow Lah kan.

Bagus gadget ini. Boleh ada jalinan berterusan. Kitapun jadi tahu apa posnya dan betapa kerap.

Baru sebentar XAFATS34. Wow!

Ada sajak:

PENGORBANAN MENGENAL ERTI PERSAHABATAN

Ada matlamat:

MATLAMAT SEORANG PERANTIS

Setiap perantis putera dididik menjadi seorang yang berdisplin, berdedikasi, mempunyai komitmen dan daya tahan serta semangat yang padu dalam segala lapangan yang diceburi. Oleh yang demikian ia perlu memenuhi matlamat berikut,
:: Kejayaan akademik dan vokasional yang cemerlang
:: Kejayaan menamatkan latihan ketenteraan
:: Kejayaan dalam aktiviti ko-kurikulum
:: Displin yang baik
:: Akhlak yang mulia
:: Sikap yang dedikasi yang terpuji

Dan lagi di sini...

http://ex-afats34.blogspot.com/

Semoga boleh menjalinkan persahabatan berterusan...

BLOW - Lawak Pemimpin - Umumkan Serbuan Dulu

Jenayah banyak dan macam-macam. Dari kes curi gula-gula kat kedai, sorok gula, sampailah kes pakej jualan komputer.

Di negara kita pasukan serbuan cukup hebat. Ada prosedur diikuti. Bukan sembarangan. Kadang-kadang intipan ambil masa sampai 3 bulan. Kalau premis judi, sudah berjuta dikaut dalam tempoh masa itu.

Bila bukti sudah cukup! Maka diumumkan Lah, pasukan serbuan itu, hari apa, pukul berapa nak serbu. Orang ramai pun tahu. Kali ini penjenayah pasti kena!

Masih saya ingat lagi, dulu-dulu serbuan ke atas lori curi pasir di Selangor. Bukan kata orang ramai, wartawan media pun ada kat situ, nak buat liputan. Tapi penjenayah terlepas.

Sampai sekarang kita masih bertanya, macam mana penjenayah itu boleh tahu serbuan akan dibuat. Aduhai, cekap sungguh mereka.

Terkini, mungkin sama jugak.

Jom kita lawati Blog notoumno oleh Radenjowo, apa cerita serbuan pakej komputer neh?

Imigresen mahu serbu Plaza Low Yat


KUALA LUMPUR
– Kehadiran ramai warga asing terutama dari Bangladesh yang semakin menguasai perniagaan komputer di Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang di sini mula mendapat perhatian Jabatan Imigresen.

Sambungan di sini...

http://notoumno.blogspot.com/2009/01/imigresen-mahu-serbu-plaza-low-yat.html


Ya! Kali ini pasti berjaya, mereka akan kena!

BLOW - Lawak Pemimpin - Bedah Siasat

BEDAH SIASAT 1

Pemimpin: Dr ada satu mayat kita perlukan bedah siasat. Paling cepat berapa lama kita boleh dapat result.

Doktor: 3 hari.

Pemimpin: Lagi cepat dari itu?

Doktor: 3 jam.

Pemimpin: Bagus. Segerakan.

BEDAH SIASAT 2

Keluarga: Dr ini ada satu mayat kita perlukan bedah siasat. Paling cepat berapa lama kita boleh dapat result.

Doktor: Jikalau mayat ini di antara 3 bulan ke 3 tahun, baru boleh dapat result.

Keluarga: Lagi cepat dari itu?

Doktor: Tak boleh. Tengok kepada kesnya. Ada kala perlu ambil masa 30 tahun.

Keluarga: Adeh!

...

Begini Lah nasib, Rakyat Malaysia yang malang!

BLOW - Tiba Masanya Kita Jumpa AWA

Jika AWA siapapun tak kenal. Namun dalam sebuah filem P Ramlee nama karektornya terkenal. Abdul Wahab. Namun jika Abdul Wahab, ramai pulak, seramai Abdul Wahid AP P 36 Kuala Terengganu. Tapi, bila Abdul Wahab Arbain. Nah! Unik sekali. Terutama pencapaian akademik double Ph. D. Agitasi gula memang kepakarannya. Harga akan naik, barangkali molek agitasi homeopathy jus anggur pulak. Selesaikan masalah penganggur di Malaysia. Mungkin bermula di Klang terlebih dahulu.

Kita molek berjumpa. Terutama Dr Abdul Wahab Arbain telah membuat keputusan menerima 2 bintang kebesaran dari-Nya.

Jika adat Melayu masa ini dia tidak boleh diganggu. Namun Islam, inilah masa dan ketikanya. Dapat sekitar 10 orang semuda saya mendakap kasih akan dia, cepat segornya.

Sila respons di sini siapa ingin turut serta.

Pihak kami akan usul tarikh, waktu, tempat dan perkara asas.

Dulu, saya student beliau di ITM, kemudian smart business venture. InsyaAllah tiba masanya kita jumpa Dr Abdul Wahab Arbain.


Dr Abdul Wahab Arbain
Renungannya manja
Namun aqalnya tajam!

BLOW MBNS - Lawak Pemimpin - Pening Ala-Tajol

Setelah 40 minit pemimpin itu berucap menghentam pemimpin pihak lawan, dia semacam tidak mahu berhenti. Adakah kerana bahang MAWE di P 36 Kuala Terengganu masih panas dirasakannya. Ataukah bota semacam batu-bata yang menghempap kepalanya. Apapun, dari mula hadirin asyik berpandangan di antara satu sama lain dan nganga mendengar ucapan pemimpin itu.

Nampaknya dia terus berucap...

"Itu Ler saya nak khaborkan, pemimpin pembangkang di negeri kita ini memang buruk perangai. Bila parti pembangkang di negeri kita ini buat tidak betoi, deme mengaku deme betoi. Padahal perbuatan pemimpin dan parti pembangkang di negeri ini salah.

Tuan-tuan dan puan-puan, pemimpin dan parti pembangkang di negeri ini hanya pandai menuduh sahaja. Tetapi semenornya pemimpin dan parti pembangkang di negeri ini tidak mampu laksanakan apa yang kita telah laksanakan. Ini adalah kerana, kita tetap kota ape kite kate. Sedangkan pemimpin dan parti pembangkang di negeri ini tidak mampu nak kota ape deme kate.

Mari Lah kite kembali ke pangkal jalan. Ramai-ramai, kite keluor dari parti pembangkang!"

Tiba-tiba dia berhenti berucap, kerana hampir 10 orang bangun serentak. Seorang yang lama dalam parti telahpun bersuara.

"Kepala hotak kamu berjamboi. Ini negeri Perak. Ini negeri Perak Darul Ridzuan. Kerajaan negeri ialah Pakatan Rakyat. Parti kita Lah UMNO dan gabungan Barisan Nasional Pembangkang!

Aku harap bebenor kamu tahu ape yang kamu kate. Baru ler kamu boleh kota ape yang kamu kate".

Hadirin bertepuk tangan. Pemimpin UMNO Barisan Nasional itu terlupa siapa kerajaan dan siapa pula Pembangkang di negeri Perak ini.

Lawakwahkakahkui!

BLOW MBNS - Pengundi Muda Di Perak - Antara Tajol Rosli Dan Kita

Saya membaca dari BERNAMA OnLine, kenyataan Tajol Rosli Ghazali perihal usaha akan dijuangkan untuk mendapatkan undi golongan muda.

http://www.bernama.com/

"We have three years to do so and the BN has put in motion all measures especially to get the votes of the youth. BN was left behind in the 12th general election in the third and fourth streams...we will strive to get youth votes in those streams," he said here Monday.
Molek dikaji macam mana dilakukan begitu.

Setakat ini dilihat ramai yang golongan muda memihak kepada Pakatan Rakyat.

Pun begitu, Malaysians Blogger Network Perak molek berkongsi maklumat cara bagaimana pula golongan ini menyertai kita.

Malaysians Blogger Network Selangor pun ingin mempelajari apa yang telah dilakukan di Perak setakat ini.

InsyaAllah bersama-sama kita jayakan kemenangan pemimpin, parti, dan gabungan yang memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia menjelang dan selepas PRU 13.

BLOW MBNS - Kenapa Graduan Menganggur Pemimpin Kerajaan Tak Mampu Tangani..?

Anda dan di sekeliling anda, ada tidak penganggur? Bukan penanam anggur ya. Itu taman magic Abdul Wahab Arbain. Maksudnya Lulusan Universiti Tidak Ada Pekerjaan.

Pada saya, kerajaan Barisan Nasional tidak mencapai kejayaan 100 peratus. Penganggur dan pengangguran masih berleluasa.

Kesilapan mereka?

Takrif yang silap. Pelaksanaan lagi silap.

Begini.

Apakah industry? Industri!

Apakah industrialist? Usahawan!

Entreprenuer? Usahawan!

Lawakwakahkahkui...

Sebenarnya, business melahirkan businessmen dan businesswomen. Business ialah perniagaan. Lahirkan peniaga.

Industri melahirkan industrialist yakni usahawan.

Entrepreneur dari Enterprise melahirkan usahaniagawan usahaniagawati.

Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development ialah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Ministry Of Industry And International Trade ialah Kementerian Perdangangan Antarabangsa dan Industri.

Silap matanya, sebuah kementerian tidak mengwujudkan industrialist yakni usahawan usahawanita, supaya menguasai pasaran antarabangsa. Sebuah lagi kementerian bertumpu kepada kiosk jual manik umpamanya di mall mega. Yang kaya ialah pemili mall mega dan supplier kiosk. Mereka yang boleh mati terpacak tertonggok tak ada hasil ialah pemilik niaga kiosk. Ya, bukan semua, namun hakikatnya begitu.

Tak mengapa Lah, tidak banyak yang boleh diharapkan dari kementerian yang menterinya Barisan Nasional.

Kita nampak satu kekuatan baru anugerah Allah. Satu wilayah Pakatan Rakyat meliputi Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Ini menjelang PRU 13. InsyaAllah, selepas PRU 13, semua kerajaan negeri ialah Pakatan Rakyat.

Negeri dikuasai Pakatan Rakyat hendaklah melahirkan Industrialists. Penguasa Industri, bukan penjual manik kecil-kecilan.

Bayangkan Ajis tak lulus SPM. Dia daftar syarikat dan buka kilang. Maju. Aset RM 100,000 dah jadi RM 10 Juta, umpamanya.

Graduan Universiti keluar dari alam kampus dengan ijazah bekerja makan gaji dengan Ajis di kilang itu.

(Harap tak gelak ya...)

Masih ada kah yang lena di antara kita?

BLOW MBNS - 6 Juta Pengundi Baru - ISA Ikut Suka Aku Menyengat Lagi..!

Foto Saya
Isa
Puchong, Selangor, Malaysia
Manusia normal di Planet Bumi dalam Negeri Selangor. Nak kenal? kirimkan email anda ke zergdukes@gmail.com
Lihat profil lengkap saya

BLOW ISA di Blog nya Ikut Suka Aku kongsi maklumat ini...

BN - Berjaya dan Tahniah

Dari analisis Zubaidah Abu Bakar ( NST ) berkenaan PRU-13, Barisan Nasional akan hancur sepenuhnya di tangan pengundi muda. Dan jika 6 juta pengundi muda mendaftar, mereka...

Sambungan di sini:

ISA - Ikut Suka Aku

6 Juta...Wow!

Berapa ramai di Selangor boleh join BLOW dan Malaysians Blogger Network..?

Kenapa perlu join kita?

Sebab dalam garis ke puncak politik di Malaysia, kedudukannya begini:

Barisan Nasional - DEFORMATION

Yakni cacat bentuknya.

Pakatan Rakyat - REFORMATION

Yakni carian semula bentuknya.

BLOW dan Malaysians Blogger Network - TRANSFORMATION

Yakni bentuk padu yang kuat mudah ubah kepada sepadu yang lebih perkasa.

Nak faham tontonlah Transformer. (Bezanya, kita manusia)



Begini...

Setiap Blogger ada kekuatan tersendiri. Bila Blogger bergabung kekuatannya sama dengan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Di PRU 13, 6 Juta pengundi baru, kemungkinan berapa juta akan memangkah sama dengan kita pangkah.

Betapa pantas 6 Juta itu bersusun sertai BN atau PR atau kita!

Renungkan...

BLOW MBNS - Ahli Parlimen & ADUN BN Masih Ada Peluang Atau Kongsi Peluang Dengan Rakyat Malaysia Di Perak..!

Zubli Zainordin Avatar
Zubli Zainordin

satublogtotal

A Total Blog
Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Dan
Menteri Besar Malaysians Blogger Network Selangor


Blogger Wawasan dan Teraju Malaysians Blogger Network di Satu Blog Total faham bahawa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri merasakan masih ada peluang bersama Barisan Nasional.

Namun sebagai Ahli Yang Berhormat, jadi Lah bijak sekali ini dan kali-kali seterusnya, untuk memeriksa fakta keadaan setiap parti komponen dan Barisan Nasional seluruhnya.

Setiap parti komponen, terkecuali ada, akan pupus. Barisan Nasional tidak relevan lagi dan bersepai juga kelak.

Ini, kerana zaman telah berubah, dan landskap politik Malaysia sudah maju, para pengundi semakin bijak, rencam, dan tidak mengira setia parti, melainkan mahukan pemimpin, parti, dan gabungan yang memajukan semua Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia seluruhnya.

Buruk atau Baik pemimpin, kami akui, setiap pemimpin ada kelebihan dan ada keburukan. Pun, kami tabik Zaid Ibrahim, Yong Teck Lee, yang telah keluar dari UMNO, Barisan Nasional, kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Ada beberapa lagi pemimpin yang telahpun merdeka dan kini berkhidmat untuk Rakyat Malaysia melalui Pakatan Rakyat.

Terbaru, Wira Nasarudin Hashim, ADUN Bota. Keluar UMNO dan sertai PKR - Parti KeADILan Rakyat.

Masanya sudah tiba, untuk mengenepikan peluang dari UMNO dan Barisan Nasional, ubah kepada pemimpin terbaik untuk mengwujudkan peluang yang boleh dikongsi bersama Rakyat Malaysia.

Ini Lah pemimpin yang Rakyat Malaysia akan bariskan sebagai pasukan peneraju di PRU 13.

Selainnya pemimpin yang mementing diri, dengan formula RM 5 Billion kongsi 5 pemimpin, RM 1 Juta kongsi 500,000 Rakyat terpilih, umpamanya, bakal kecundang oleh kebenaran. Ini arus yang sedang kami bawa sesuai dengan transformasi politik di Malaysia.

Sudah jelak! Sudah jemu!! Jelak dan jemu dengan pemimpin otak sposen, hati nurani sposen gak.

Pemimpin yang sedang diperhatikan ialah pemimpin pemikiran bertaraf dunia, hati suci murni jika pun boleh menghampiri hati nurani para rasul terdahulu.

Ini Lah wajah pemimpin yang sedang dicorak dan dilakarkan untuk PRU 13.

Renung-renung cermin, sama ada andakah pemimpin itu, Yang Berhormat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri yang demikian itu.

Ketahui Lah, kami Rakyat Malaysia juga cerminan anda.

BLOW MBNS - Line Clear Penang Zulfadzli Md Nordin Dengan Selangor

Zulfadzli Md Nordin



!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!

™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

Lawati Lah blog saya

http://zulmamakpng.blogspot.com/

& rakan2 reformis penang

http://keadilanbayanbaru.blogspot.com/
http://unit-ehsan-penang.blogspot.com/
http://amkbayanbaru.blogspot.com/
http://bloghijat.blogspot.com/
http://kerani-opis.blogspot.com/
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com/
http://amkpenang.wordpress.com/
http://asidburnmacykoh.spaces.live.com/
http://chetokun.blogspot.com/

" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Saya harap Malaysian Bloggers Network Pulau Pinang buat Connection dengan Ahli BLOW - Blogger Wawasan (Pulau Pinang)

My Photo
Dollah Yankee Di Blogspot


http://dollahyankee.blogspot.com/


InsyaAllah, bila saya turun ke Pulau Pinang, kita pekena baik punyia Nasi Kandar Udang Galah, Kopi Tongkat Ali noo.

BLOW - Kes Jenayah Dan Pemimpin Perjuang Bangsa

Kita semua perlu lihat kembali kenapa Allah jadikan manusia pelbagai bangsa.

Kemudian kita perlu kaji kenapa manusia saling berbunuhan kerana bangsa.

Lantaran baru kita faham betapa bangsa boleh wujud dalam sesebuah negara dan hidup penuh harmoni.

PRU 12 adalah tanda mula dan kita jangkakan PRU 13 lebih baik lagi.

Bahawa parti politik berteraskan bangsa sudah mula ditolak oleh Rakyat Malaysia. Bakal ditolak besar-besaran, kerana tidak relevan lagi.

Parti yang sewajarnya ialah parti politik untuk semua.

Kes Jenayah adalah satu tanda tidak baik dalam sesebuah negara. dan sebaiknya semua institusi mempastikan kadarnya diturunkan segera sehingga ke paling minima dan lenyap terus.

Jika hanya apabila jenayah berlaku baru Lah ada tindakan. Ini reaktif.

Proaktif ialah cegah dan banteras jenayah sebelum berlaku.

Umpamanya, bila sesuatu jenayah berlaku melibatkan bangsa. Maka Menteri bertanggungjawab mahu mengikut lunas perundangan. Tetapi berhadapan pula dengan tuntutan pemimpin politik dari kalangan yang mewakili bangsa si penjenayah itu dan konteksnya khusus.

Jadi isunya ialah Bangsa. Bukan kebenaran.

Ini tidak betul.

Ruang masih terbuka luas untuk kita perbaiki. Sebagai permulaan tolak parti politik berteraskan bangsa dan hanya memperjuangkan kaumnya sahaja.

Kita mahu pemimpin, parti, dan gabungan yang membuka ruang dan peluang kepada semua dan seluruh Rakyat Malaysia.

Sekadar contoh berkaitan, sila baca pos ini oleh TopengPerak di Blog Perisik Rakyat:

Isnin, Januari 26, 2009

MIC Pertahan 2 Menteri - malaysiakini

MIC akan mempertahankan...

Sambungan di sini:

http://perisik-rakyat.com/2009/01/mic-pertahan-2-menteri-malaysiakini.html
InsyaAllah, bersambung lagi...