Gelombang Rakyat

BLOW - Lawak Pemimpin - UMNO Tak Perlu Berubah Sedikit Pun..Biar Kekal Macam Sekarang

Individu 1: Datuk, Datuk bangun..!

Individu 2: Apa dia?

Individu 1: Wartawan lain semua dah balik. Tinggal saya seorang. Ni nak tanya sikit.

Individu 2: Apa dia?

Individu 1: UMNO perlu berubah besar-besaran atau Bubar terus?

Individu 2: UMNO tidak patut dibubarkan. UMNO tak perlu berubah besar-besaran. UMNO perlu kekal macam dok ada sekarang.

Individu 1: Kenapa?

Individu 2: Sebab selepas PRU 12, UMNO masih menang. UMNO masih jadi kerajaan. Kalahpun beberapa negeri sahaja, bukan semua negeri. UMNO masih kuat dan dihormati. UMNO dulu, kini, dan selamanya.

Individu 1: Tapi UMNO dah kalah di P 44 dan P 36.

Individu 2: Apa dia P 44 dan P 36 itu?

Individu 1: Ooo tak tahu ya? P 44 Permatang Pauh, P 36 Kuala Terengganu.

Individu 2: O itu kekalahan baru 2 kali. Tidak ada apa-apapun impak kepada UMNO. Itu kehendak pengundi, UMNO kena hormati mereka. Ini demokrasi. UMNO pun belum kalah sampai 3 kali atau lebih. UMNO boleh menang pilihanraya akan datang. UMNO mampu menang paling besar di PRU 13.

Individu 1: Jadi, tiada perubahan kepada UMNO sekarang. Dikatakan imej buruk dan tidak mesra Rakyat Malaysia. Macam mana itu?

Individu 2: Jikalau imej buruk, kita hanya perlu cat semula logo UMNO di Ibu Pejabat. Bagi sahaja projek itu kat Kontraktor. Itu sahaja. Mesra Rakyat itu, kita perlu beri pemimpin 2 paper clip dan getah ikut saiz kepala. Paper clip cakok kat hujung bibir, getah ikat paper clip ikat letak belakang telinga.

Individu 1: Jadi UMNO Tak Perlu Berubah Sedikit Pun..Biar Kekal Macam Sekarang?

Individu 2: Ya, begitu.

Tiba-tiba...

Pegawai Hospital Khas 1: Encik, waktu lawatan dah tamat. Kita nak bawak Pak Chik ini masuk ke dalam, doktor nak rawat lagi otaknya, sebelum pembedahan esok.

Wartawan: Pak Chik nii siapa sebenarnya?

Pegawai Hospital Khas 1: Pak Chik ini? Dia berpuluh tahun pemanjat pokok petai kat hutan sebelah sini. Selepas jatuh dari pokok petai sebulan lalu, begini Lah jadinya.

Wartawan: Ooo begitu... Jadi berita saya temubual dengannya ini tak boleh pakai Lah ya?

Pegawai Hospital Khas 1: Entah Lah. Saya ini sekadar jaga orang otak tak center di sini.

Pegawai Hospital Khas 2: Kat sini rupanya dia. Puas aku mencari. Jadi wartawan pulak dah. Jom! Final checking. Esok nak operation...

Kuang! Jeng!! Blow!!!

0 comments: