BLOW - Lawak Pemimpin - Umumkan Serbuan Dulu
Jenayah banyak dan macam-macam. Dari kes curi gula-gula kat kedai, sorok gula, sampailah kes pakej jualan komputer.
Di negara kita pasukan serbuan cukup hebat. Ada prosedur diikuti. Bukan sembarangan. Kadang-kadang intipan ambil masa sampai 3 bulan. Kalau premis judi, sudah berjuta dikaut dalam tempoh masa itu.
Bila bukti sudah cukup! Maka diumumkan Lah, pasukan serbuan itu, hari apa, pukul berapa nak serbu. Orang ramai pun tahu. Kali ini penjenayah pasti kena!
Masih saya ingat lagi, dulu-dulu serbuan ke atas lori curi pasir di Selangor. Bukan kata orang ramai, wartawan media pun ada kat situ, nak buat liputan. Tapi penjenayah terlepas.
Sampai sekarang kita masih bertanya, macam mana penjenayah itu boleh tahu serbuan akan dibuat. Aduhai, cekap sungguh mereka.
Terkini, mungkin sama jugak.
Jom kita lawati Blog notoumno oleh Radenjowo, apa cerita serbuan pakej komputer neh?
Imigresen mahu serbu Plaza Low Yat
KUALA LUMPUR – Kehadiran ramai warga asing terutama dari Bangladesh yang semakin menguasai perniagaan komputer di Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang di sini mula mendapat perhatian Jabatan Imigresen.
Sambungan di sini...
http://notoumno.blogspot.com/2009/01/imigresen-mahu-serbu-plaza-low-yat.html
Ya! Kali ini pasti berjaya, mereka akan kena!