BLOW - LensaPR Sila Teruskan Saya Sukar Sikit Isu Ini...Bhg 1
Blower Satu Blog Total turut war-warkan informasi LensaPR.
-
Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.
Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Abdullah Hassan (UPSI).
War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.
Daulatkan Bahasa Melayu.
Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP
Bahasa Melayu jadi Bahasa Malaysia
Posted by: rastom on: 06/06/2007
YTH Prof Zubli Zainordin tanya saya: Apa macam Bahasa Melayu sudah dilazimkan menjadi Bahasa Malaysia. Ada bantahan?
Ehem. Cuba bayangkan bila baju Melayu dan lain lain objek yang dikaitkan dengan Melayu digantikan menjadi Malaysia? Baju Malaysia, Adat Malaysia, Agama orang Malaysia, Lagu lagu Malaysia Asli.
Jika saya keluar negeri contohnya, bila ditanya apa bahasa bahasa yang dituturkan [...]
Kepada Hang Tuah, atau Hang Tu Ah, dan bangsa yang sewaktu dengannya, sedarlah seruan itu kini telah menjadi, “Tiada! Hilang Melayu Di Dunia”. atau, “Tiada! Kan Hilang Melayu Di Dunia”, atau, “Sulah Tatak Ooo, Ini tunia talam argh sutah ngilang Ooo”.
Rastom,
Hanya apabila Pakar Bahasa ada pistol macam Polis! Sampai begitu sekali, nak menegakkan bahasa Melayu. Kesian.
Sekolah, di Victoria Institution, Kuala Lumpur, dulu, jiran itulah rumah kedua aqiu.
Tetapi lama kelamaan tersedar, dalam satu kumpulan ulamak di ITM (UiTM) pun boleh ada 10 pecahan, dan tak heran dalam satu kumpulan pakar bahasa, kat situ, boleh ada 5 haluan berbeza. Siapa yang pernah bekerja di sana dulu, tahu akan hal ini.
Selain daripada semudah penyelesaian tidak tertangankan, lambakan buku kat stor sana tak terjual, bab bahasa ini, tiada siapa kat sana yang mahu percaya, di mana letaknya kuasa lazim. Kita tengoklah nanti, penguatkuasaannya, ada efisyen ke tidak. Aku dah tahu jawapannya.
Sementara itu, bayangkanlah, aku telah pesan semangkok laksa kat sebuah gerai di Sungai Petani, pemilik gerai itu berdiri depan 20 mangkok laksa, dia jawab kat aqiu, “Di sini mane ade lakse”. Pergi lah sendiri ke sana, depa yang tak mahu jual laksa kat orang selain orang daerah depa, kini sudah tiada giginya lagi.
Di titik sambutan 50 tahun usianya, jauh sudah nyimpangnya. Bak kata kolumnis yang aku minat jugak dulu, “Min aina ila aina?”. jawabnya, “dolaliin mubin”.
Syukur alhamdulillah, aku kini bebas daripada sangkar pakar bahasa. Andai ternampak, pistol memang tak ada, tapi aku “tembak” melalui blog inilah.
Siapalah yang buang “ê”, dulu. Sehingga aku tak jumpa Jalan Perang, di Segamat, Johor sewaktu ke sana dulu. Orang keturunan Jawa kat sana pun konfius.
Kemudian, ada bijak di kalangan rakyat Malaysia begitu berani syorkan Va, ke dalam jawi berteras Arab, sebab mereka orang Arab, Wa atau Ba sahaja, bila mai bab Varia, orang pejuang jawi tak perlu pening dah. Dan yang banyak Va ini, adalah sedara ku dari kalangan orang India.
Nak tahu ejaan bahasa kita, dan perjuangannya, sila ke bukuonline.org. (Jika depa tak delete atau kena hack, masihlah ada di situ).
Orang putih pun sama jugak, sejak dulu guna “human”, yang ku dapati ada gender bias. Aku dok perjuang “huwman” (w added as a respect for woman).
Sesiapa nak tengok, orang kita perjuangkan perkataan Bahasa kita ke dalam bahasa orang putih, sila search engine - - Zubli Zainordin, ezinearticles. Sudah dua perkataan diterima.
Hai sejak bila pulak ada bahasa Melayu Tinggi neh? Bagaimana pula untuk orang gemok, kurus, rendah, dan sebagainya. Setahu aku, mahasiswa se kuliah dengan kita, M dan S sahaja yang boleh guna bahasa tinggi ini. Tokey dan rakan sewaktunya, termasuklah Rastom dan aku ini, bahasa Melayu sedang kot, sebab kami tidaklah tinggi.
Sewaktu baca berita dulu, memang sebutan menjadi begitu diutamakan, di antaranya, ada seorang sahaja yang sebut, “khargh-mis”, laa ni rata-rata di media massa seumpama, busuk sebutannya iaini hamis!
Aku tak setuju cadangan Rastom, Bahasa Melayu Futuristik. Sebab, ada future ke bahasa Me…layu ini?
Tengoklah mak cik yang ramai dan merata, di tanahair kita, selepas subuh dengan ahli keluarga, begini cakapnya. Sat gi mai bengali roti, beGitu pulak cakapnya. Lepaih tu, mai Cina sayur, begilu pulak cakapnya. Jikalau barangkali mungkin, mak cik yang sama, pergi Indonesia begituh pulak cakapnya, sama dengan jikalau mungkin barangkali, orang Indonesia datang ke Malaysia, begituh jugak cakapnya.
Ciri orang Melayu tetap me…layu. Futuristik? Aku tidak setuju.
Beginilah jadinya…pelek tapi benar.
Saya ingin melihat ayat begini, yang saya petik …
“Kembalikan e pepet dan e taling. Itulah sistem Za’ba. Lebih mudah, ringkas dan tepat…tolonglah kembalikan sesuatu yang hak kepada orang Melayu!” … datangnya dari pakar bahasa kepada orang ramai.
Hebatnya petikan tersebut, yang murni, datangnya dari Nisah Haron.
Pakar bahasa kat Malaysia di kalangan orang Me…layu, buat kerja apa selama ini?
Tak kanlah hal yang sedemikian utama seperti e pepet dan e taling membabitkan warisan bangsa anda, tidak terfikirkan walau seorang pun dari kalangan pakar bahasa yang masih hidup lagi…sama ada yang makan gaji atau yang makan nasi.
Esyh…esyh…esyh?
Mengapa Kami Bantah! 2
Posted by: rastom on: 19/12/2006
Tun Dr Zubli Zainordin dalam komennya membantah terhadap mereka yang membantah. Saya dulu mengaji sekolah aliran Inggeris dan saya nampak kenapa ada bantahan itu. Manakala saudara Tuan ZZ kalau masih betul ingatan saya cukup kuat daya juang bahasa Melayu ketika di kampus. Beliau juga penulis yang prolifik semasa di kampus. Ketika saya memetik gitar dan [...]
Tambah sikit lagi, supaya terang.
Pencipta Allah.
Selainnya ciptaan-Nya.
Mudah kan?
Semua manusia satu keturunan yang sama; dari Adam dan isterinya juga.
Fikirkan kenapa tidak terjadi semua manusia satu bangsa. Kenapa wujud pelbagai bangsa.
Fikirkan kenapa tidak berlaku semua manusia satu bahasa. Kenapa wujud pelbagai bahasa. Bercabang pula loghat kesukuannya.
Sememangnya saya ikuti perjuangan bahasa Melayu sejak dahulu. Benar perubahan telah berlaku. Tetapi bukan dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Ataupun sebaliknya.
Perubahannya ialah:
Surah Ar-Rum, ayat 22:
Di antara ayat-Nya ialah penciptaan langit dan bumi, dan kepelbagaian dalam bahasamu dan warna. Inilah ayat untuk seluruh manusia.
Surah Al-hujurat, ayat 13:
Wahai manusia, Kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan jadikan kamu berbagai bangsa dan berbagai suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari.
Bangsa dan Bahasa sama setara dalam ertikata tiada tinggi dan tiada rendah. Bezanya hanyalah taqwa. Bukan warna kulit atau lidah pertuturan. Allah jadikan kita semua supaya saling mengenali satu sama lain. Satu daripada caranya ialah menguasai pelbagai bahasa. Maka berlaku perhubungan, komunikasi, interaksi, jalinan, dan rangkaian kemanusiaan.
Jadi, bukanlah memperjuangkan satu iaini bahasa Melayu sahaja. Bukan pula perjuangan mengagungkan iaini bahasa Inggeris. Bukan.
Perjuangan kita sebenarnya ialah perjuangan menambah penguasaan bahasa sehingga pelbagai bahasa. Kehidupan rukun pelbagai bangsa.
InsyaAllah bersambung...