BLOW MBNS - Ahli Parlimen & ADUN BN Masih Ada Peluang Atau Kongsi Peluang Dengan Rakyat Malaysia Di Perak..!
Zubli Zainordin
satublogtotal
A Total Blog
Ahli BLOW - Blogger Wawasan
Dan
Menteri Besar Malaysians Blogger Network Selangor
Blogger Wawasan dan Teraju Malaysians Blogger Network di Satu Blog Total faham bahawa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri merasakan masih ada peluang bersama Barisan Nasional.
Namun sebagai Ahli Yang Berhormat, jadi Lah bijak sekali ini dan kali-kali seterusnya, untuk memeriksa fakta keadaan setiap parti komponen dan Barisan Nasional seluruhnya.
Setiap parti komponen, terkecuali ada, akan pupus. Barisan Nasional tidak relevan lagi dan bersepai juga kelak.
Ini, kerana zaman telah berubah, dan landskap politik Malaysia sudah maju, para pengundi semakin bijak, rencam, dan tidak mengira setia parti, melainkan mahukan pemimpin, parti, dan gabungan yang memajukan semua Rakyat Malaysia dan memakmorkan Negara Malaysia seluruhnya.
Buruk atau Baik pemimpin, kami akui, setiap pemimpin ada kelebihan dan ada keburukan. Pun, kami tabik Zaid Ibrahim, Yong Teck Lee, yang telah keluar dari UMNO, Barisan Nasional, kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Ada beberapa lagi pemimpin yang telahpun merdeka dan kini berkhidmat untuk Rakyat Malaysia melalui Pakatan Rakyat.
Terbaru, Wira Nasarudin Hashim, ADUN Bota. Keluar UMNO dan sertai PKR - Parti KeADILan Rakyat.
Masanya sudah tiba, untuk mengenepikan peluang dari UMNO dan Barisan Nasional, ubah kepada pemimpin terbaik untuk mengwujudkan peluang yang boleh dikongsi bersama Rakyat Malaysia.
Ini Lah pemimpin yang Rakyat Malaysia akan bariskan sebagai pasukan peneraju di PRU 13.
Selainnya pemimpin yang mementing diri, dengan formula RM 5 Billion kongsi 5 pemimpin, RM 1 Juta kongsi 500,000 Rakyat terpilih, umpamanya, bakal kecundang oleh kebenaran. Ini arus yang sedang kami bawa sesuai dengan transformasi politik di Malaysia.
Sudah jelak! Sudah jemu!! Jelak dan jemu dengan pemimpin otak sposen, hati nurani sposen gak.
Pemimpin yang sedang diperhatikan ialah pemimpin pemikiran bertaraf dunia, hati suci murni jika pun boleh menghampiri hati nurani para rasul terdahulu.
Ini Lah wajah pemimpin yang sedang dicorak dan dilakarkan untuk PRU 13.
Renung-renung cermin, sama ada andakah pemimpin itu, Yang Berhormat, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri yang demikian itu.
Ketahui Lah, kami Rakyat Malaysia juga cerminan anda.