BLOW MBNS - Lawak Pemimpin - Pening Ala-Tajol
Setelah 40 minit pemimpin itu berucap menghentam pemimpin pihak lawan, dia semacam tidak mahu berhenti. Adakah kerana bahang MAWE di P 36 Kuala Terengganu masih panas dirasakannya. Ataukah bota semacam batu-bata yang menghempap kepalanya. Apapun, dari mula hadirin asyik berpandangan di antara satu sama lain dan nganga mendengar ucapan pemimpin itu.
Nampaknya dia terus berucap...
"Itu Ler saya nak khaborkan, pemimpin pembangkang di negeri kita ini memang buruk perangai. Bila parti pembangkang di negeri kita ini buat tidak betoi, deme mengaku deme betoi. Padahal perbuatan pemimpin dan parti pembangkang di negeri ini salah.
Tuan-tuan dan puan-puan, pemimpin dan parti pembangkang di negeri ini hanya pandai menuduh sahaja. Tetapi semenornya pemimpin dan parti pembangkang di negeri ini tidak mampu laksanakan apa yang kita telah laksanakan. Ini adalah kerana, kita tetap kota ape kite kate. Sedangkan pemimpin dan parti pembangkang di negeri ini tidak mampu nak kota ape deme kate.
Mari Lah kite kembali ke pangkal jalan. Ramai-ramai, kite keluor dari parti pembangkang!"
Tiba-tiba dia berhenti berucap, kerana hampir 10 orang bangun serentak. Seorang yang lama dalam parti telahpun bersuara.
"Kepala hotak kamu berjamboi. Ini negeri Perak. Ini negeri Perak Darul Ridzuan. Kerajaan negeri ialah Pakatan Rakyat. Parti kita Lah UMNO dan gabungan Barisan Nasional Pembangkang!
Aku harap bebenor kamu tahu ape yang kamu kate. Baru ler kamu boleh kota ape yang kamu kate".
Hadirin bertepuk tangan. Pemimpin UMNO Barisan Nasional itu terlupa siapa kerajaan dan siapa pula Pembangkang di negeri Perak ini.
Lawakwahkakahkui!