Gelombang Rakyat

BLOW - Mujur Ada Rusdi Tangkap Gambar dan Fudzail Lapor Pak Lah Di Dubai..!








Foto Rusdi Abu Bakar


Kelihatan Letih Dan Lenyap Di Khalayak...

Seterusnya, lapor Bloggawan Fudzail:

Friday, January 23, 2009

Pertemuan dengan Pak Lah di Dubai - Malaysiakini

Pos sepenuhnya di sini

http://1426.blogspot.com/

...

Pada Blower Satu Blog Total, di antara kehebatan Abdullah Ahmad Badawi khusus pada perjumpaan itu ialah:

01. Abdullah Ahmad Badawi Lewat

Bila berjanji untuk hadiri mejlis sebagaimana waktu telah ditetapkan, Abdullah Ahmad Badawi datang lewat.

02. Abdullah Ahmad Badawi dan Kehilangan Wow

Alif Mim Nun Tanpa Wow!

Kini UMNO dikenali sebagai UMN United Malays Nasional. Syabas Abdullah Ahmad Badawi. Bersara awal?

03. Abdullah Ahmad Badawi Pak Lawak

Dia buat lawak. "Malam Jumaat". Seks!

04. Abdullah Ahmad Badawi One-Way Communication

Abdullah Ahmad Badawi berucap, selainnya khalayak dengar. Tiada sessi soal jawab. Tiada mahu mendengar apa Rakyat Malaysia di Dubai nak tahu atau nak maklum.

05. Abdullah Ahmad Badawi dan Fakta

Abdullah Ahmad Badawi tersasul, Qatar adalah sebahagian dari Emirates. Nanti bila dia kembali ke tanahair tanya dia, P 44 kat mana? P 36 kat mana? Tahu dah jawapannya. Tersasul punyia.

06. Abdullah Ahmad Badawi sebagai Pengucap Awam

Abdullah Ahmad Badawi seorang pengucap awam yang teruk. Ucapannya tidak menarik, membosankan. Seringkali orang terlupa apa dia kata. Sebab tidak penting. Dia gagal merangsang khalayak untuk kemajuan. Sambil dia berucap, ada yang keluar masuk mejlis. Dia tidak kaji khalayak, lalu ucapannya membuang masa sahaja. Khalayak tunggu bila nak tamat ucapan menjemukan ini.

07. Tidor dan Makan

Itu bila Abdullah Ahmad Badawi berucap, khalayak boleh ditidorkannya. Ada mejlis orang lain berucap dia tidor. Tidak di mejlis ini. Ucapannya berjela dan meleret, Khalayak lapar dah, lewat baru dapat sampai ke acara makan.

Ada lebih 50 gambar lagi di sini:

http://picasaweb.google.com/rusdiabubakar/PakLahShangrilaDXB#


Undur Lah!

0 comments: